Bukan Kerana Diabetes Saja 7 Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah


Keadaan diabetes kadangkala boleh menyebabkan hipoglisemia atau paras gula darah menjadi terlalu rendah. Namun, ada juga ketikanya di mana seseorang itu boleh mengalami gula darah rendah tanpa diabetes.
Apakah punca yang menyebabkan hipoglisemia selain penyakit diabetes?
Hipoglisemia: Keadaan gula darah rendah dalam badan
Secara umumnya, hipoglisemia ialah satu keadaan yang berlaku apabila paras gula darah dalam badan menjadi terlalu rendah. Biasanya ia disebut sebagai hypo.
Keadaan gula darah rendah ini sering dikaitkan dengan penghidap kencing manis atau diabetes.
Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa keadaan hipoglisemia ini sebenarnya boleh juga berlaku dalam kalangan individu yang tidak menghidap diabetes.
Bagi penghidap diabetes, gula darah rendah atau hipoglisemia ini boleh berlaku sekiranya tubuh badan menghasilkan terlalu banyak insulin.
Insulin merupakan sejenis hormon yang memproses gula untuk digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga.
Seseorang penghidap diabetes juga boleh mendapat hipoglisemia sekiranya dia mengambil terlalu banyak suntikan insulin.
Namun, jika anda bukanlah penghidap diabetes, hipoglisemia boleh berlaku sekiranya badan anda tidak dapat menstabilkan paras gula darah.
Ia juga boleh berlaku selepas anda makan sekiranya tubuh badan anda menghasilkan terlalu banyak insulin.
Hipoglisemia dalam kalangan bukan penghidap diabetes agak kurang berlaku berbanding daripada mereka yang menghidap diabetes.
Simptom atau tanda hipoglisemia
Setiap individu mungkin akan mengalami reaksi atau tindak balas yang berbeza jika gula darah mereka jatuh.
Namun, simptom atau tanda-tanda keadaan hipoglisemia yang biasa berlaku ialah:
Sakit kepala Berasa keliru Berasa pening Berasa terlalu lapar Berpeluh Badan jadi menggeletar Penglihatan mula menjadi kabur Tidak mampu untuk fokus atau memberikan tumpuan Perubahan mood atau emosi Namun, anda juga mungkin boleh mengalami hipoglisemia tanpa sebarang simptom. Keadaan ini dikenali sebagai ketidaksedaran hipoglisemia (hypoglicemia unawareness).
7 keadaan yang boleh sebabkan gula darah rendah
Selain penyakit diabetes, terdapat tujuh penyakit atau keadaan yang boleh menyebabkan paras gula darah menjadi terlalu rendah.
Tujuh keadaan penyebab hipoglisemia ini ialah seperti berikut:
#1. Kesan ubat-ubatan tertentu
Selain itu, gula darah rendah juga boleh berlaku disebabkan ubat-ubatan penyakit malaria, sesetengah jenis antibiotik dan juga ubat-ubatan penyakit pneumonia.
Sesetengah kelompok individu turut mempunyai risiko peningkatan hipoglisemia yang disebabkan oleh ubat-ubatan, antaranya ialah kanak-kanak dan individu yang mengalami kegagalan buah pinggang.
#2. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol
Glukagon akan mengarahkan hati untuk menguraikan tenaga yang tersimpan.
Hati kemudiannya akan melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah untuk menormalkan paras gula darah.
Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol boleh mengganggu fungsi hati.
Hati berkemungkinan tidak lagi dapat melepaskan glukosa kembali ke dalam aliran darah, yang akhirnya boleh menyebabkan hipoglisemia.
#3. Penyakit hepatitis
Jika anda menghidap hepatitis, ia boleh menghalang organ hati daripada berfungsi seperti yang sepatutnya.
Sekiranya hati tidak dapat menghasilkan atau melepaskan glukosa yang cukup, ini boleh menyebabkan masalah yang berkaitan dengan kadar gula darah dan mencetuskan hipoglisemia.
#4. Gangguan kelenjar pituitari atau adrenal
Masalah atau gangguan yang berlaku pada kelenjar pituitari atau kelenjar adrenal juga boleh menyebabkan hipoglisemia.
Ini kerana bahagian tubuh ini boleh mempengaruhi hormon yang mengawal pengeluaran glukosa.
#5. Masalah buah pinggang
Sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka, ubat-ubatan yang diambil akan kekal berkumpul dalam aliran darah.
Sekiranya keadaan ini berlaku, ia dapat mengubah paras gula dalam darah dan menyebabkan gangguan hipoglisemia.
#6. Tumor pankreas
Tumor pankreas amat jarang berlaku, namun ia juga boleh menjadi antara punca gula darah rendah atau hipoglisemia.
Sekiranya tahap insulin menjadi terlalu tinggi, paras gula darah juga akan jatuh secara mendadak. Ini kemudiannya akan menyebabkan hipoglisemia.
#7. Anoreksia
Oleh itu, badan tidak menerima sumber makanan secukupnya untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.
Kesannya, paras gula darah juga akan menjadi terlalu rendah.
Kesimpulan
Jika anda ada mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan anda.
Ini untuk menentukan sama ada anda mengalami hipoglisemia atau tidak.
Walaupun anda bukanlah penghidap diabetes, anda juga masih berisiko untuk mengalami hipoglisemia yang mungkin berpunca daripada tujuh sebab yang dinyatakan di atas.
 
Sumber: hellodoktor.com
The post Bukan Kerana Diabetes Saja, 7 Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bukan-kerana-diabetes-saja-7-keadaan-ini-juga-boleh-sebabkan-hypo-atau-gula-darah-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes

Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 173 hits
Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai khasiat yang amat baik terhadap pesakit diabetes Bukan hanya satu tetapi terdapat banyak khasiat kacang bendi yang mungkin kita belum tahu Teruskan membaca jika anda ingin tahu khasiat sayur bendi ...
Awas Pakai Gincu Murah Memandu Berkaki Ayam Boleh Sebabkan Mandul

Awas Pakai Gincu Murah Memandu Berkaki Ayam Boleh Sebabkan Mandul

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 209 hits
MENJADI satu kebiasaan terutama golongan wanita yang lebih gemar untuk memandu dengan berkaki ayam
Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 308 hits
Perjalanan menyusukan bayi bukan sesuatu yang mudah melainkan dalam diri dah bertekad untuk memberikan yang terbaik buat bayi Begitu juga kisah yang penuh inspirasi oleh pelakon Ika Nabella yang sangat komited memberi susu ibu buat anak lel...
Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 300 hits
Saya maafkan sesiapa saja orang di luar mungkin boleh nilai sendiri Ebit LewSesi merakam keterangan pendakwah Ebit Lew dengan pihak polis Bukit Aman berhubung kes gangguan seksual mengambil masa selama lima jam sebelum lelaki itu dibenarkan...
Tiada Had Dan Semuanya Boleh Berlaku Bitcoin Sudah Bersedia Untuk Pasaran Kenaikan Harga Yang Panjang

Tiada Had Dan Semuanya Boleh Berlaku Bitcoin Sudah Bersedia Untuk Pasaran Kenaikan Harga Yang Panjang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 193 hits
Harga Bitcoin diniagakan pada 46 000 paras harga tertinggi mata wang kripto pertama sejak Mei Pertumbuhan emas digital merekodkan bacaan lebih daripada 30 jika dibandingkan dengan bulan lalu Selama tiga bulan bitcoin gagal untuk mengatasi p...
Bitcoin Mencapai Paras Tertinggi 3 Bulan Tetapi Menunjukkan Tanda Tanda Kelemahan Sejauh Mana Kita Boleh Jatuh

Bitcoin Mencapai Paras Tertinggi 3 Bulan Tetapi Menunjukkan Tanda Tanda Kelemahan Sejauh Mana Kita Boleh Jatuh

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 216 hits
Minggu kedua penuh dengan pemulihan sebut harga cryptocurrency pertama dan seluruh pasaran bermula pada hari Isnin Selama ini bitcoin berjaya melepasi zon sukar 41 500 45 000 dan membentuk zon sokongan yang kuat pada 45 300 Hari ini 10 Ogos...
Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni

Boleh Percaya Ke Cerita Ahmad Maslan Pasal Zahid Dan Anwar Ni

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri atau b...
Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 170 hits
Jangan lupa baca kata kata hikmah saya pada penghujungnya Tuan tuan dalam posting saya pada Ahad 8hb Ogos 2021 saya telah buat ramalan berikut p s Saya telah sebut tadi bahawa saya akan membuat sedikit ramalan Ramalan saya ialah sedikit lam...
Dah Boleh Bergerak Berjalan Sendiri Elly Mazlein Syukur Makin Pulih

Dah Boleh Bergerak Berjalan Sendiri Elly Mazlein Syukur Makin Pulih

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 333 hits
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memanjatkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini sudah beransur pulih Elly memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya Menurut Elly dia kini sudah boleh berjalan walaupun s...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Orang Masjid Caj Rm1 000 Upah Solat Jenazah

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord

Jasa Pendaftaran Brand Membantu Anda Membangun Dan Memperkuat Identitas Brand Anda

Ringgit Slips On Expected Us Policy Tightening

Lama Tunggu Grab Chef Anis Nabilah Tawar Diri Hantar Lelaki Oku Penglihatan Balik Rumah



Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal


Pg Top 63 By Vonnie Tangtem168 Io 24 168 21 67

Effective Elevator Pitch

Biodata Lee Chong Wei Pemain Badminton No 1 Dunia

Kitab Tauhid Fiqih Akbar

Bermula Dari Kita

Pasangan Gbp Usd 13 Mei Pedagang Menunggu Laporan Inflasi As