Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes


Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai khasiat yang amat baik terhadap pesakit diabetes? Bukan hanya satu, tetapi terdapat banyak khasiat kacang bendi yang mungkin kita belum tahu. Teruskan membaca jika anda ingin tahu khasiat sayur bendi terhadap pesakit diabetes.
Khasiat kacang bendi: Adakah bendi boleh menjadi ubat untuk pesakit diabetes?
Ada yang gemar memakan bendi yang digoreng, dan ada juga yang gemar memakannya dengan cara direbus.
Apa pun cara penyediaannya, bendi telah lama dianggap sebagai antara tumbuhan yang menjadi ubat diabetes.
Ini kerana, antara khasiat kacang bendi ialah ia dapat mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.
Selain daripada mengawal paras gula darah, kacang bendi juga mempunyai beberapa manfaat khusus terhadap pesakit diabetes.
Berikut ialah lima khasiat sayur bendi khusus bagi penghidap diabetes.
Khasiat sayur bendi 1: Mengandungi serat yang tinggi
Sayur bendi merupakan antara jenis sayur yang tinggi dengan kandungan serat. Bagi setiap 100 gram bendi, ia mengandungi sekitar 3.6 gram serat.
Ini kerana, makanan yang tinggi serat dapat membantu mengawal paras gula darah dengan melambatkan proses pembentukan gula dalam tubuh manusia.
Kajian ada menunjukkan, peningkatan pengambilan serat boleh mencegah gula darah daripada naik secara mendadak dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Selain itu, sayuran yang tinggi serat seperti sayur bendi ini juga boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan buah pinggang dalam kalangan pesakit diabetes.
Khasiat kacang bendi 2: Menurunkan gula darah
Oleh sebab itu, sayur bendi sering digunakan sebagai tumbuhan semula jadi dalam merawat diabetes.
Satu kajian telah dilaksanakan terhadap tikus penghidap diabetes bagi melihat khasiat sayur bendi ini.
Hasil kajian tersebut menyatakan bahawa, pengambilan ekstrak bendi yang kaya dengan antioksidan dapat menyekat tekanan oksidatif dan kerintangan insulin.
Oleh itu, sayur bendi dapat membantu memperbaiki paras gula darah dalam kalangan pesakit diabetes.
Namun kajian ini hanya tertakluk kepada tikus sahaja. Masih banyak kajian lanjutan diperlukan bagi menguatkan manfaat sayur bendi terhadap kawalan gula darah.
Khasiat sayur bendi 3: Menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh
Kandungan serat yang tinggi dalam sayur bendi sangat bermanfaat dalam menurunkan paras kolesterol yang tinggi, yang biasa dialami oleh penghidap diabetes.
Persatuan Jantung Amerika menyatakan bahawa, individu yang menghidap diabetes lebih cenderung untuk mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi.
Kolesterol yang tinggi boleh memberikan kesan yang amat buruk kepada penghidap diabetes disebabkan oleh kesan negatifnya terhadap kesihatan jantung.
Khasiat kacang bendi 4: Bendi mempunyai kesan antistres
Hiperglisemia ialah keadaan di mana paras gula darah menjadi terlalu tinggi.
Oleh itu, penghidap diabetes juga perlu mengetahui cara untuk mengawal stres yang dialami mereka bagi mengelakkan hiperglisemia.
Jangan risau kerana antara khasiat sayur bendi ialah ia memiliki kesan antistres.
Kajian ada menyatakan bahawa, ekstrak biji kacang bendi mempunyai kesan antioksidan dan juga antistres apabila ia diuji terhadap tikus makmal.
Khasiat sayur bendi 5: Mencegah keletihan
Sekiranya anda menghidap diabetes dan sedang melakukan sebarang aktiviti, makanlah sayur bendi untuk mengelakkan anda menjadi terlalu letih atau penat.
Sekiranya anda kerap memakan sayur ini, anda mungkin tidak mudah untuk berasa letih ketika bersenam atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Perhatikan perkara ini sebelum mula makan sayur bendi
Walaupun sayur bendi mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat, ia bukanlah satu-satunya jalan atau ubat bagi merawat diabetes.
Anda tidak boleh sekali-kali meninggalkan ubat yang telah diberikan oleh doktor kerana ubat tersebut merupakan ikhtiar utama bagi penyakit diabetes anda.
Sekiranya anda ingin mula memasukkan sayur bendi dalam diet anda, bertanyalah kepada doktor terlebih dahulu.
Doktor akan memberikan cadangan pemakanan yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda.
Anda berkemungkinan tidak digalakkan untuk memakan bendi jika anda ada mengambil ubat metformin.
Ubat metformin berfungsi mengawal paras gula darah.
Jika anda memakan bendi ketika mengambil ubat ini, dikhuatiri ia boleh menyekat penyerapan ubat tersebut ke dalam tubuh.
Kesannya, ia mungkin menyebabkan ubat tersebut tidak begitu berkesan dalam mengawal keadaan diabetes anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
 
Sumber: hellodoktor.com
The post Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/betul-ke-sayur-bendi-boleh-bantu-kawal-paras-gula-darah-bagi-pesakit-diabetes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kerana Diabetes Saja 7 Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah

Bukan Kerana Diabetes Saja 7 Keadaan Ini Juga Boleh Sebabkan Hypo Atau Gula Darah Rendah

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 237 hits
Keadaan diabetes kadangkala boleh menyebabkan hipoglisemia atau paras gula darah menjadi terlalu rendah Namun ada juga ketikanya di mana seseorang itu boleh mengalami gula darah rendah tanpa diabetes Apakah punca yang menyebabkan hipoglisem...
6 Jenis Jus Sayur Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet No 6 Itu Paling Sedap Berkhasiat

6 Jenis Jus Sayur Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet No 6 Itu Paling Sedap Berkhasiat

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 301 hits
Anda sudah cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan namun masih gagal Mungkin anda perlu cuba amalkan jus sayur dan jus buah untuk diet Ya kadangkala anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau mi...
Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 295 hits
Sebelum saya menjawab soalan ini anda kena tanya dulu diri anda Penting sangat kah anda sampai orang nak hack Kalau ya jawapan mudah dia adalah kemungkinan besar TIDAK Pertama sekali kalau telefon anda sudah pun di hack ataupun di tapped ta...
Vaksinasi Lengkap Bantu 5 Negeri Kurangkan Kemasukan Pesakit Kategori 3 5 Covid 19 Ke Hospital Menurun Noor Hisham

Vaksinasi Lengkap Bantu 5 Negeri Kurangkan Kemasukan Pesakit Kategori 3 5 Covid 19 Ke Hospital Menurun Noor Hisham

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 174 hits
Dengan lebih banyak orang yang diberi vaksin sepenuhnya kemasukan pesakit kategori 3 5 Covid 19 ke hospital menurun DR Noor Hisham Putrajaya Suntikan dos lengkap vaksin Covid 19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri b...
Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko Covid 19

Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 334 hits
Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko COVID 19 Salam semua kes harian disebabkan virus Covid 19 dah semakin meninggi Nombor yang semakin meningkat amat merunsingkan Rasanya semua pun dah ada kes...
10 Jenis Kudap Kudap Manis Yang Sesuai Untuk Pesakit Diabetes Makan

10 Jenis Kudap Kudap Manis Yang Sesuai Untuk Pesakit Diabetes Makan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 386 hits
Seperti yang kita tahu pesakit diabetes mengalami kesukaran untuk mencari atau memilih makanan manis yang sesuai dengan kesihatan diri Hal ini agak sukar kerana makanan yang dipilih haruslah rendah kalori dan tidak menambah gula dengan bany...
Bolehkah Pesakit Diabetes Mengambil Buah Buahan

Bolehkah Pesakit Diabetes Mengambil Buah Buahan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 327 hits
BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL BUAH BUAHAN 1 Bagi pesakit diabetes saya mencadangkan agar memilih dan mengambil buah buahan dengan kadar yang sederhana Jika tidak paras gula dalam darah mencanak naik 2 Sebenarnya fruktosa yang memberik...
Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 293 hits
Bila anak dah mula boleh makan mama pasti terfikir apa lagi yang sesuai diberikan kepada si kecil Maklumlah mereka masih kecil pasti mama risau nak kenalkan pelbagai jenis pilihan makanan BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN TAPI NAK BAGI MAKAN APA Ra...
Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 168 hits
Jangan lupa baca kata kata hikmah saya pada penghujungnya Tuan tuan dalam posting saya pada Ahad 8hb Ogos 2021 saya telah buat ramalan berikut p s Saya telah sebut tadi bahawa saya akan membuat sedikit ramalan Ramalan saya ialah sedikit lam...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Belajar Menerima Keluarga Pasangan Anda

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat