Bukan Isu Cina Melayu India Soal Nyawa Kilang Haram Bantah



Pemuda PAS solidariti penduduk bantah kilang haramSUNGAI PETANI: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah bersolidariti bersama para penduduk dan NGO membantah kewujudan kilang haram yang beroperasi melupuskan sisa plastik di Taman Songket Indah, di sini sebentar tadi.Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairudin menegaskan, bantahan tersebut kerana ianya isu melibatkan keselamatan nyawa penduduk di mana wujud risiko dari kesan pencemaran udara operasi kilang itu."Ini bukan soal politik, tetapi kebimbangan terhadap nasib penduduk, kanak-kanak dan masa depan mereka. Ini bukan isu anak Melayu, bukan anak Cina, bukan anak India. Tapi ini mengenai kita menyedut udara yang sama," ujar beliau.Malah peringatnya, isu ini tidak harus dipolitikkan, sebaliknya menuntut penyelesaian profesional iaitu melibatkan pakar-pakar di bidang teknologi berkaitan kerana ia banyak melibatkan prosedur dan pengendalian berkaitan.Pun begitu, jurutera muda ini menyifatkan kewujudan kilang tersebut tidak wajar kerana sangat berdekatan radiusnya dari kediaman penduduk, selain ia sepatutnya tidak dibenarkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.Beliau turut menempelak pihak yang mempunyai kuasa kerana bersikap tidak bertanggungjawab yakni kerana mencari keuntungan sedikit tetapi rela membiarkan nyawa penduduk sekitar dalam keadaan terdedah risiko.Ir Khairil turut menerima memorandum penduduk untuk dibawa kepada pihak kerajaan dan disuarakan di Parlimen yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Lydia Ong Kok Fooi.Antara berucap pada himpunan itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden dan Pengerusi Skuad Badar, Ustaz Azhar Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid.Sementara itu, Lydia yang juga bekas Adun Berapit dan bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang cukup kuat melahirkan kebimbangannya terhadap operasi kilang haram tersebut di mana bakal menyebabkan banyak risiko.Beliau turut menampilkan beberapa penduduk dan anak-anak mereka yang mengalami kesan seperti kulit kemerahan, batuk-batuk, sakit mata dan gejala pernafasan lain di mana ia boleh menjadi lebih teruk bagi golongan tidak sihat."Negeri Kedah ini seperti sudah tidak ada kerajaan. Sejak setahun yang lalu, saya dan ramai orang telah membuat aduan kepada banyak pihak termasuk polis dan bertemu Menteri Besar. Tetapi hingga hari ini kilang ini bebas beroperasi," kesalinya.Beliau turut menyatakan terdapat banyak kilang seperti ini diseluruh negeri Kedah dan tiada tindakan konkrit diambil untuk menanganinya, selain ia turut dilindungi oleh kumpulan gangster yang diupah pihak tertentu. - HARAKAHDAILY 16/8/2019Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/bukan-isu-cinamelayuindia-soal-nyawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Pemuda Pas Bersolidariti Awam Bantah Kilang Haram

Kedah Pemuda Pas Bersolidariti Awam Bantah Kilang Haram

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 268 hits
Negeri Kedah ini seperti sudah tidak ada kerajaan Sejak setahun yang lalu saya dan ramai orang telah membuat aduan kepada banyak pihak termasuk polis dan bertemu Menteri Besar Tetapi hingga hari ini kilang ini bebas beroperasi SUNGAI PETANI...
Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 372 hits
PAS serah sumbangan mangsa kebakaran CherasBANDAR TUN RAZAK Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat Dr Rosni Adam telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Taman Ikan Emas Cheras di sini kelmarin Lawatan itu sebagai ...
Konspirator Politik Buat Melayu Cina India Bermusuh Kit Siang

Konspirator Politik Buat Melayu Cina India Bermusuh Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 474 hits
Konspirator politik telah berjaya membuatkan orang Melayu Cina India dan kaum kaum lain merasa terancam kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengulas kontroversi pelajaran tulisan Jawi baru baru ini Menurut Lim dirinya juga turut dipersa...
Surat Terbuka Untuk Melayu Liberal Melayu Moderate Dan Sahabat Kami Bangsa Cina Dan India

Surat Terbuka Untuk Melayu Liberal Melayu Moderate Dan Sahabat Kami Bangsa Cina Dan India

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 785 hits
Bukan Rasis Tapi Ini FaktaTanah Melayu diserang Khmer mana pergi Cina mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini Tanah Melayu diserang Chola mana pergi Cina mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini Tanah Melayu dis...
Remaja Cina Belajar Seni Khat Jawi Rakan Sekelas Melayu Diajar Mandarin

Remaja Cina Belajar Seni Khat Jawi Rakan Sekelas Melayu Diajar Mandarin

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 473 hits
PENULISAN khat dan jawi menjadi bualan hangat netizen baru baru ini berhubung pelaksanaannya di sekolah sekolah vernakular Namun ia bukanlah penghalang buat gadis berbangsa Cina ini untuk terus belajar mengenal dan menulis seni khat Dikenal...
Tahfiz Mandarin Melayu Tak Jadi Cina Kerananya Sebaliknya

Tahfiz Mandarin Melayu Tak Jadi Cina Kerananya Sebaliknya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 452 hits
Terengganu Bina Pusat Tahfiz Berbahasa MandarinKUALA TERENGGANU 14 Ogos Kerajaan Terengganu akan membuka Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin di Dungun tahun depan antara lain untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara unik berbilang ka...
Hasto Soal Isu Wakil Menteri Bukan Bagi Bagi Portofolio

Hasto Soal Isu Wakil Menteri Bukan Bagi Bagi Portofolio

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 195 hits
Presiden Jokowi mengungkapkan menteri di kabinet baru akan terdiri 45 persen perwakilan parpol dan 55 persen dari kalangan profesional Berdasarkan informasi yang dihimpun Jokowi juga dikabarkan akan menempatkan posisi wakil menteri
Dong Zong Memang Rasis Hanya Cakap Soal Orang Cina Pm

Dong Zong Memang Rasis Hanya Cakap Soal Orang Cina Pm

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 474 hits
SEPANG DIKEMASKINI Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya melabel Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia sebagai rasis Menurutnya Dong Zong tidak pernah berkata apa apa tentang
Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 334 hits
SAYA yakin ramai umat Islam belum peka dengan istilah dominan berbanding demokrasi Pagi ini kita menerima berita Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara Saya bukan mahu bercakap tentang pendakwah itu tetapi mengenai ciri dominan...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba

Mala Agatha Koyo Mendung Chord

Malaysian Bar Confirms Walk For Judicial Independence On July 14

Bara Sengketa Masih Menyala

Maron Yang Berjasa Dalam Kenangan