Buffet Ramadhan 2019 Jom Iftar Di Lugar De La Boda Puchong
hai assalammualaikum
Buffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda PuchongBuffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda Puchong - Ok, kali ni, nad pergi preview Buffet Ramadhan jauh sikit dari rumah ye..hehee.. Salah satu tempat yang korang boleh berbuka nanti dengan pelbagai makanan buffet adalah di Lugar De La Boda Puchong. Ni pun pertama kali nad datang rasai makan buffet di sini dan setibanya di lokasi, nad ternampak dewan besar, berwarna putih. Dalam hati cakap " wah dewan, besarnya, cantiknya".
Kalau korang nak tau, Lugar De La Boda ni merupakan dewan perkahwinan dibawah Hanana Group yang menjalankan perniagaan berasakan katering, butik pengantin dan juga dewan perkahwinan. Lugar De La Boda, merupakan dewan perkahwinan berkonsepkan perkahwinan dalam taman atau " Garden Wedding "..Masuk sini memang macam pergi kenduri kawin je..hehee..
Tak susah nak parking kereta, sebab kawasannya yang luas dan diuruskan oleh RELA.
Difahamkan, sebelum ni Hanana Group hanya buat buffet ramadhan ni di Ambassador Putrajaya dan Lugar De La Boda ni merupakan lokasi kedua, dan masih baru dibuka di Puchong. Melihat khemahnya yang sangat besar dan luas, dengan dekorasi yang sangat menarik, memang sangat selesa kalau korang berbuka puasa di sini.
Kemudahan seperti tandas dan surau disediakan, jadi tak perlu risau ye. Orang Puchong atau yang berdekatan, kalau nak iftar di luar, nak makan makanan buffet, boleh cuba rasai makan di Lugar De La Boda Puchong ni. Banyak menu yang sedap disediakan dengan harga yang sangat berpatutan. Dikatakan harga untuk Early Bird jika korang booking sekarang sehingga 8 Mei sahaja, hanya RM 59.00 dewasa, dan RM 30 kanak-kanak berbanding harga asal RM 68 dewasa dan RM38 kanak-kanak..Apa tunggu lagi booking ya..hehee..
Meh layan video ni dulu,Edit by FB: Kerexstudio
Meh tengok makanan apa yang mereka sediakan..
Ada makanan yang dimasak secara live ya, depan mata kita. Jadi makan panas-panas gitu. Macam lauk pauk, dia dah masak awal la kan..hehee..
Ada seorang kawan nad ni cakap, kambing dia sangat sedap. Huish memang terbaik kambing dia. Daging lembut, kuah dia pun terbaik..
Makanan lauk pauk masakan kampung..arghh rindu masakan mak dekat kampung la pulak..hehee..Lauk pauk ni boleh dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih.
Sebahagian dessert dan kuih muih yang ada..
Menariknay dekat sini ada teppayanki ok..ayam campur sotong bersama sayur..perghh!!
Char Kuew Teow ni ramai kata sedap. Tapi nad tak dapat rasa..alahaii..takpe..puasa kang kita pergi lagi..hahaa..Habis kau..
Pertama kali makan dimsum..haahaa..janganla terkejut..Ya ampun sedap ok rasa dia..bila nad nak ambil lagi, terus habis..nasib dapat makan dah..
Ada juga ABC, laksa, roti john..
Air ada disediakan belah kanan dan belah kiri.
Hah macam mana, ok kan makanan dia. Ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh rasa. Korang boleh booking sekarang di kedua-dua tempat iaitu di Ambassador Putrajaya dan Lugar De la Boda Puchong.
Bawak, keluarga, teman semua iftar dekat sini. Mana yang nak kawin tu, hah boleh juga buat sini..hehee..
Harga Early Bird/ Promosi bermula sekarang sehingga 8 Mei 2019
Dewasa; RM59
Kanak-kanak: RM30
Harga Biasa dari 9 Mei sehingga 31 Mei 2019
Dewasa; RM68
Kanak-kanak: RM38
Harga Special Price untuk satu meja
1 Meja ( 10 Pax ); RM580
Kanak-kanak : 6-12 tahun
Untuk Tempahan boleh hubungi:
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)
Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor
Website: https://www.hananagroup.com/
Facebook: https://www.facebook.com/lugardelaboda/
Instagram: https://www.instagram.com/lugardelaboda/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-jom-iftar-di-lugar.html