Buffet Ramadan 2024 Selera Warisan Kampung Di World Trade Centre Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, hampir berbaki sebulan sahaja lagi sebelum kita bertemu dengan bulan Ramadan. Bagaimana dengan persiapan anda? Alhamdulillah, semoga kita dapat bertemu dengan ramadan yang bakal mendatang
Baiklah, dalam artikel kali ini aku nak kongsikan dengan anda salah sebuah lokasi popular yang anda boleh pilih sebagai lokasi berbuka puasa nanti
{tocify} $title={KANDUNGAN}
BUFFET RAMADAN 2024 : SELERA WARISAN KAMPUNG DI WORLD TRADE CENTRE, KL
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadan dengan buffet bertemakan "Selera Warisan Kampung". Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia, Briged Kulinari WTCKL, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan hidangan yang istimewa dan akan menggoda deria rasa anda pada bulan Ramadan nanti
Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali "Nasi Kandar Saddam" yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadhan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran
Selain itu, Briged Kulinari WTCKL juga menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio. Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi
Buffet Istimewa Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024. Ruang makan eksklusif kami terletak di Aras 2, Legar Putra, dan akan beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam
HARGA BUFFET RAMADAN DI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR View this post on Instagram A post shared by WTCKL (@worldtradecentrekualalumpur)
Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga buffet Ramadan yang sangat berpatutan. Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 nett seorang, manakala harga asal buffet ramdan "Selera Warisan Kampung" adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside atau hubungi talian 03 2614 6701/6702 atau klik pada pautan berikut :
Easy Store : https://riverside.wtckl.com/
NIKMATI KEMUDAHAN BERBUKA PUASA
WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-RAhman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, isya' dan Tarawih
PILIHAN PAKEJ BERBUKA PUASA 'GET TOGETHER' UNTUK BANQUET Jika anda merancang ingin berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menyediakan pakej 'Get Together' Selera Warisan Kampung untuk anda meraikan rakan perniagaan, jamuan persendirian, korporat atau keluarga dalam ruang dewa yang akan disediakan
Pakej 'Get Together' Selera Warisan Kampung ditawarkan dari RM138 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED, dan surau khusus
RAIKAN RAMADAN LEBIH HIJAU BERSAMA WTCKL
Eksklusif pada Ramadhan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan 'Tiffin Carrier' edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam buffet ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic Series, Ramadan Seris dan Batik Series
Tenang & Mudah - Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 MAC 2024 - 9 APRIL 2024) adalah RM12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang
WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)LOKASI : 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
LAMAN SESAWANG : https://worldtradecentrekl.com/HUBUNGI : +603 2614 6999
FB : https://www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpurIG : https://www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur/
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2024/02/buffet-ramadan-2024-wtckl.html