Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Ramadan
semakin menghampiri kita. Pastinya ramai yang sedang mencari lokasi
berbuka puasa pada tahun ini.Dalam memilih lokasi berbuka puasa Bufet
Ramadan bersama Keluarga mahupun rakan rakan pejabat tentu terdapat
pelbagai faktor yang dititikberatkan dari segi menu, lokasi, keadaan
persekitaran dan juga harga.
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Antara lokasi Bufet Ramadan yang sering jadi perhatian di tengah ibu kota adalah Dorsett Kuala Lumpur. Jika tahun sebelum ini Dorsett Kuala Lumpur tidak menawarkan Harga Early Bird Price. Berbeza pada tahun ini. Dengan sambutan yang hangat pada tahun sebelum. Tahun ini Dorsett Kuala Lumpur menawarkan harga Early Bird Price untuk para tetamu yang ingin membuat perancangan awal untuk berbuka puasa disini.
Sajian Rasa Nusantara
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Bertemakan Sajian Rasa Nusantara , Dorsett Kuala Lumpur menawarkan aneka masakan seperti kambing golek, kari kepala ikan, lemang dan ketupat , masak lemak cili api, siput sedut masak lemak dan the signature daging salai masak lemak cili .
Dengan 3 menu berbeza mengikut giliran sepanjang tempoh Ramadan, Sajian Rasa Nusantara Dorsett Kuala Lumpur menjemput anda untuk kembali malam demi malam untuk menerokai kulinari yang sebenar.
PROJECT X PRODUCTIONSambil menikmati hidangan berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan Liveband dari PROJECT X PRODUCTION. Pastinya suasana berbuka akan jadi lebih meriah dengan alunan muzik dan suara merdu dari PROJECT X PRODUCTION.
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur With Daily Performance by Project X Production
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur With Daily Performance by Project X Production
Review Bufet Ramadan 2023 Dorsett Kuala Lumpur
Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Preview BUfet Ramadan di Dorsett Kuala Lumpur baru baru ini. Terdapat pelbagai menu yang menarik perhatian cik iena antaranya Kari Ayam Ubi Keledek, Bendi And Tempe Berchili, Sotong Tumis Chili Daun Selasih, Udang Daun Ubi Masak Tempoyak, Daging Goreng Kunyit Bunga Kubis, Telur Dadar Isi Ketam Sayuran, Ikan Goreng Tiga rasa, Sayur Campur Tahu Lembut, Siput Sedut Masak Lemak, Rendang Paru Dan Limpa Parit, Daging Salai Masak Lemak Dan banyak lagi aneka masakan seta ulam ulaman
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Selain hidangan utama diatas terdapat juga hidangan sampingan lain
seperti satay, kebab, aneka jenis kerabu, aneka
jenis sambal, pelbagai kuih muih traditional termasuk lemang dan ketupat palas Cik iena sendiri suka akan masakan di
sini.
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Tidak lupa juga aneka jenis pencuci mulut yang enak dan pelbagai. Ruangan Dessert adalah ruangan kegemaran Cik iena kerana CIk iena gemar memakan Dessert. Terdapat pelbagai Jenis dessert yang bakal menambat selera anda. Terdapat juga ruangan untuk anda membuat air batu campur anda sendiri.
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Dorset Kuala Lumpur merupakan antara lokasi bufet ramadan yang
termasuk dalam senarai buffet kegemaran Cik iena kerana rasa masakan
yang sangan enak. Masakan disini sememangya persis masakan ibunda kerana
resepi asal yang dikekalkan. Terasa seperti makan bersama keluarga di
kampung.
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Secara
keseluruhannya masakan yang Cik iena cuba menepati Cita rasa Cik iena.
Antara yang menjadi kegemaran Cik iena adalahUdang
dan daun ubi masak tempoyak
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur Udang
dan daun ubi masak tempoyak juga merupakan antara masakan pilihan Cik
iena sepanjang berbuka puasa di DOrsett KL. Boleh dikatakan setiap tahun
akan ada menu ini. Menu istimewa ini membuatkan Cik iena rindu kampung
halaman. Rasa Udang dan daun ubi masak tempoyak di sini memang sangat
sedap pekat likat pedas menusuk kalbu namun tetap enak untuk dinikmati
Udang dan daun ubi masak tempoyak | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Siput
sedut masak lemak juga antara menu kegemaran Cik iena di
Dorset Kuala Lumpur, antara menu wajib sentiasa ada semasa bufet ramadan
Dorset KL. Rasa kuah masak lemak yang pekat penas meruntun jiwa gitu.
MEmang sedap sangat Siput sedut masak lemak di Dorset KL.
Siput sedut masak lemak | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Sayur
ulam, aneka sambal dan aneka kerabu juga sentiasa menjadi pilihan Cik
iena memandangkan Cik iena penggemar sayur. Kesemua jenis sambal memang
sedap terutama sambal tompoyak, budu dan cincalok
Kari Ayam Ubi Keledek | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Bendi And Tempe Berchili - Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Sotong Tumis Chili Daun Selasih| Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Daging Goreng Kunyit Bunga Kubis } Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Telur Dadar Isi Ketam Sayuran | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Ikan Goreng Tiga rasa | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Sayur Campur Tahu Lembut | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Rendang Paru Dan Limpa Parit | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Aneka Ikan Bakar | Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Harga Bufet Ramadan2024 Dorsett Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Dewasa : RM158
Kanak2(4-11 tahun) : RM128
Warga Emas : RM128Tarikh : 13th March 2024 hingga 5th April 2024 (6.30 Petang hingga 10.00 Malam @ Checkers Cafe)
EARLY BIRD PRICEDewasa : RM138 nett.
Tarikh pembelian sehingga 10th March 2024.
Untuk pertanyaan dan tempahan.
call or whatsapp : +012 628 7930 or +603 2716 1010
Sekiranya anda ingin membuat tempahan online : https://dorsettbooking.com/malaysia/dorsett-kuala-lumpur/fnb/
Wardrobe : Pleated Sleeves Lace Kurung Set
Nak tau Kat mana Cik iena selalu beli baju raya boleh click Latest Raya Design
VLog Bufet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Untuk Maklumt Lanjut Sila layari
Website : www.dorsetthotels.com
Instagram : https://www.instagram.com/dorsettkualalumpur/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2024/01/bufet-ramadan-2024-dorsett-kuala-lumpur.html