Buffet Ramadan 2020 Berbuka Puasa Menu Citarasa Kampungku Di Hotel Armada Pj
Assalamulaikum & salam Ramadan..
Tiap kali datang bulan Ramadan mesti kita rindu masakan tradisional kampung. Tambah lagi menu-menu ni lah membangkitkan selera berbuka puasa. Juadah melayu paling kita idam waktu berpuasa siang hari. Sampai tahap craving pun ada.
Memahami selera umat Islam serta mereka yang meminati juadah melayu klasik, Hotel Armada PJ tahun ini membawa seleksi menu berbuka puasa bertema Citarasa Kampungku khusus buat penduduk Kuala Lumpur & Selangor. Ha baru seronok & berselera nak berbuka. Kena datang iftar kat sini lah!
100 Menu Hidangan Menanti AndaIstimewa sepanjang bulan Ramadan, Chef Chew Teik & Chef Alifah Binti Kandar juga lebih mesra dikenali Chef Mommy akan mempersembahan aneka sajian Melayu untuk santapan para pengunjung Restoren Utara. Tak cukup itu saja, ada juga menu sampingan lain seperti Jepun, Western boleh anda menikmati bersama ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja.
Mulakan nostalgia kampung dengan pembuka selera pelbagai Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor & aneka Jeruk. Tak lupa Sambal yang menaikkan selera berbuka puasa. Silap hari hari bertambah nasi tu hehehe
Ha peminat Kerabu jangan risau, chef ada sediakan 4 jenis hidangan kerabu dari Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Udang. Memang tak boleh miss out tanpa rasa kerabu dulu sebelum main dish ya.
Signature Restoren Utara - Nasi Ulam & pelbagai jenis kerabu
Selain tu, sajian signature Hotel Armada pastinya mengiurkan anak tekak seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (kawah), Daging Masak Hitam, Paru-Paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucu Paku Goreng Belacan dan all-time favourite Siput Sedut Masak Cili Padi. Aduh sedap-sedap belaka menu Citarasa Kampungku nie.
Nasi Beriani
Ikan Pari Masak Asam Pedas (masak dalam kawah)
Sup Tulang Rusuk
Daging Masak Hitam
Ketam Masak Gulai Siam
Sambal Udang Petai
Laksa Thai
Ada gerai goreng-goreng menyajikan menu Apam Balik, Kambing Golek, Satay, Roti Durian khas buat para tetamu yang datang berbuka puasa di sini. Pasti anda tak senang duduk ulang-alik rasa semua hidangan.
Pencuci mulut antaranya kuih tradisional, pastri French, Pengat Nangka bersama Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau boleh dijadikan penutup berbuka puasa. BBL dah try Cendol Pulut memang sedap sebab santan pekat. Berbaloi la datang sini.
Pengat Nangka bersama Sago
Ais Cendol - highly commandeered try sebab best
Puding Cendol
Rojak Buah
Harga Buffet Citarasa Kampungku @ Hotel Armada PJDari 24 April - 22 Mei 2020
Dewasa RM 90Kanak-kanak RM45 *Promosi - Early Bird RM 75 (dewasa) bermula 1 Mac hingga 19 April 2020
Tempahan boleh terus hubungi pihak Hotel Armada PJ di talian 03-79546888 ext 4557 atau whatsapp > wasap.my/60182220824 sebelum datang berbuka kat sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2020/03/buffet-ramadan-2020-berbuka-puasa-menu.html