Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre



Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre
Tinggal kurang dari dua bulan sahaja lagi, bulan Ramadan bakal tiba. Sana sini semua dah sibuk mempromosikan pakej berbuka puasa termasuk hotel dan juga restoren. Menyantuni jemputan dari Kuala Lumpur Convention Centre Selasa lepas, aku antara media yang hadir untuk merasa dan menikmati juadah berbuka puasa yang bakal disajikan oleh Kuala Lumpur Convention Centre sepanjang bulan Ramadan nanti.

Kalau tahun lepas mereka mengetengahkan konsep “gerai”, tahun ini pula Kuala Lumpur Convention Centre mengembalikan kenangan indah bulan Ramadan dengan ‘Resepi Asli Turun-Temurun’. Dengan semangat balik beraya di kampung dan kegembiraan berkumpul satu keluarga, Kuala Lumpur Convention Centre ingin menghidupkan semula kemesraan ini dengan ‘Memoir Ramadan’ yang akan membawa pengunjung yang datang ‘menggamit kenangan zaman silam’.


20 Sajian Kegemaran Resepi Asli Turun Temurun
Khas sempena sepanjang bulan Ramadan tahun ini, pelanggan dapat menikmati resepi asli turun temurun yang disediakan oleh pasukan cef yang telah memenangi berbilang anugerah. Kebanyakkan diilhamkan oleh resepi tradisional yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga masing-masing.



Menurut Chef Eksekutif Kuala Lumpur Convention Centre, Hisham Jaafar, “kami akan mengekalkan menu yang sama sepanjang bulan Ramadan pada tahun kerana tidak mahu pengunjung terlepas merasai sajian yang kami tawarkan”. Beliau juga turut teruja untuk berkongsi masakan istimewa para Chef bersama pengunjung pada tahun ini.

Menu berbuka puasa meliputi campuran sajian tradisional dan moden serta tak lupa juadah kegemaran bulan puasa dan antara sajian yang perlu di cuba ialah Sup Tulang Rawan Kicap Bersama Sambal Cili Padi hasil sentuhan Chef Bahar, Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama Nangka Muda masakan istimewa Chef Asri, daging gulai kawah oleh Chef Rezal dan daging masak hitam daripada Chef Imran.

Uniknya sempena Ramadan kali ini, setiap menu yang dihidangkan mempunyai kenangan dan kisah tersendiri. Sebagai contoh menu Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama Nangka Muda oleh Chef Asri berasal dari neneknya yang menjadi tradisi untuk menghidangkan sajian istimewa ini pada hari pertama Ramadan.

Sejak berumur 10 tahun, beliau akan membantu nenek dan ibunya menyediakan sajian ini dan bertambah manisnya resepi ini menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya. Kenangan indah di dapur inilah yang membakar semangat Chef Asri untuk memperkenalkan sajian masakan Melayu kepada orang ramai


Menu Buka Puasa Perlu Korang Cuba
Mengikut selera anak tekak aku, semua menu memang patut korang cuba tetapi ada beberapa menu yang tak boleh korang lepaskan kalau berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre ini. Almaklumlah, jika banyak makanan di depan mata kadang-kadang keliru nak pilih yang mana. Jom baca lebih lanjut menu yang aku cadangkan.

Air Teh Susu Pisang

Untuk hilangkan dahaga korang boleh mula dengan air sejuk mahupun panas. Air yang aku nak cadangkan ialah air sejuk, campuran Lemon, Lada, daun limau purut. Walaupun ada lada namun tidaklah pedas macam sambal belacan ya, rasa ‘kick’ itu ada cukup untuk menyegarkan tekak. Manakala untuk minuman panas ada pelbagai pilihan Teh dan kopi dan aku sukakan air Teh Tarik Pisang. Kena minum masa panas-panas baru terasa aroma pisang yang lemak tu. Banyak lagi ‘air homemade’ yang disediakan untuk korang cuba.



Sup Tulang Rawan Kicap Bersama Sambal Cili Padi

Kesedapan sup yang disediakan oleh Chef Bahar masih lagi terasa. Sup yang direneh lama dengan rempah ratus serta kepelbagaian cara makan sup Tulang Rawan ni menambat tekak aku. Hirup sup begitu sahaja pun dah sedap. Sesuai makan dengan roti, mee mahupun nasi.


Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar

Kalau korang fikir Nasi Dagang dekat sini ialah nasi Dagang ber Lauk Ikan Tongkol korang salah okeh, apa yang menarik selera aku nak cuba adalah padanan lauk nasi dagang tu adalah dengan tulang rusuk. Ye nama dia ialah Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar. Daging super embuk dan sangat sedap. Cukup rasa dan semestinya nasi serta condiments yang menyerlahkan lagi kesedapan Nasi Dagang tu sendiri.


Sate Perut

Orang Malaysia kalau masa buffet Ramadan memang tak sah kalau tiada sate, dia rasa tak lengkap. Jadi untuk tahun ni Kuala Lumpur Convention Centre sediakan tiga jenis sate iaitu sate perut, sate daging dan ayam. Sate ayam dan daging lembut gilos.



Kambing Golek

Ada kambing golek baru la meriah buka puasa macam orang ada-ada. ok gurau. Masih mengekalkan menu Kambing Golek Harissa yang memang masyhur di sini dihidangkan dengan sos pudina, rosemerry, serta aneka sos lain.



Sajian Kontemporari & Antarabangsa

Sesekali buka puasa dengan menu antarabangsa apa salahnya kan. Boleh cuba makanan laut panggang daun pisang ala Portugese, Teriyaki Jepun dan aneka Pilihan Sushi. Memang tak mengecewakan sebab semua makanan laut tu fresh dan dimasak di depan mata.

Pisang Panggang Bermadu Nenas Bersama Badam

Walaupun pisang tu dipanggang dengan madu tetapi manis dia tidak lah terlampau manis. Rasa karamel tak pahit langsung dan ada rasa panggang. Rangup sangat bila kunyah badan dan pisang bersama. Layan habis. orang sebelah aku repeat dua kali makan pisang ni.


Ice Shave Avocado

Antara pencuci mulut yang dicadangkan oleh Chef: legakan tekak dengan Ice Shave Avocado yang lemak berkrim. Ais Avocado dikisar halus dan kemudian ditambah dengan aneka buah-buahan seperti nangka, honey dew, isi buah kelapa dan bermacam lagi condiment menambah kesegaran. Chef cadangkan untuk makan bersama isi kelapa muda dan buah nangka. Masa menulis ni terasa lagi kesedapan dia. Tolong jangan lupa cuba.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi menu-menu sedap yang ada di Kuala Lumpur Convention Centre sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma ni. Pengunjung yang hadir dijanjikan dengan sajian makanan lazat, layanan bertaraf 5 bintang dan kena tempah awal untuk dapatkan harga promosi dengan potongan 10% (harga asal RM155 seorang). Untuk harga korporat pula berpeluang mendapat promosi pada harga RM132.

Lima dapur di Kuala Lumpur Convention Centre disahkan Halal oleh JAKIM dan untuk yang risau terlepas Tarawih, Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khusus, sejadah, selipar, tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan Solat Maghrib, Isyak dan juga Tarawih. Semuanya berdekatan.

Disebabkan tempat duduk untuk orang ramai adalah terhad dan tempahan diperlukan untuk acara korporat, korang boleh hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan buka puasa orang ramai dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Boleh layari laman web Kuala Lumpur Convention Centre, www.klccconventioncentre.comuntuk mengetahui tawaran lanjut mengenai tawaran bulan puasa.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/03/buffet-ramadan-2020-di-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan 2020 Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2020 Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 572 hits
Buffet Ramadan 2020 Fiesta Rasa Muhibah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Bila dah nak menghampiri bulan Ramadan ni memang banyak la entri buffet ramadan muncul kan Bukan apa senang la nak pilih mana satu lokasi untuk ...
Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 713 hits
Senarai Buffet Ramadan 2020 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Ramadan akan menjelang tidak lama lagi Mesti ramai yang sedang mencari tempat makan yang menarik untuk berbuka bersama keluarga dan rakan rakan Kebanyakkan restoran dan hotel ...
Buffet Ramadhan 2020 Di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel Jom Iftar Chatz Brasserie

Buffet Ramadhan 2020 Di Parkroyal Kuala Lumpur Hotel Jom Iftar Chatz Brasserie

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 768 hits
Buffet Ramadhan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel Salah satu lokasi yang best untuk berbuka puasa di area Bukit Bintang adalah PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel yang menyediakan lebih 50 jenis hidangan yang sangat menyelerakan Buffet Ramadhan...
All Time Favorites Await At Jom Iftar Chatz Brasserie Parkroyal Kuala Lumpur 2020 Ramadhan Buffet

All Time Favorites Await At Jom Iftar Chatz Brasserie Parkroyal Kuala Lumpur 2020 Ramadhan Buffet

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 446 hits
All Time Favorites Await At Jom Iftar Chatz Brasserie PARKROYAL Kuala Lumpur 2020 Ramadhan Buffet We are now in the month of March and we all can see that the war of Iftar promotion is going strong everywhere offline and online too As I alw...
Hi Tea Buffet For 3 Adults At Hotel Royal Kuala Lumpur

Hi Tea Buffet For 3 Adults At Hotel Royal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 717 hits
Hello foodie sekalian Ada yang gemar aktiviti cafe hopping Ada juga yang suka santai santai menikmati Hi Tea Buffet di hotel hotel sekitar ibu kota Kepada penggemar manisan dan pastry ada berita baik untuk anda Sis mahu kongsi Sekarang ada ...
Global Drone Conference Amp Hackathon 2020 Diadakan Di Kuala Lumpur

Global Drone Conference Amp Hackathon 2020 Diadakan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 349 hits
Sehingga kini 15 syarikat telah bergiat aktif dalam industri dron Global Drone Conference dan Hackathon 2020 sudah pun berlangsung di Kuala lumpur Persidangan anjuran SME Corporation Malaysia yang bertemakan 8220 Asia s Flightp
Jom Iftar Chatz Brasserie Istimewa Bulan Ramadan Di Parkroyal Kuala Lumpur

Jom Iftar Chatz Brasserie Istimewa Bulan Ramadan Di Parkroyal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 464 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Laporan pekembangan virus Covid 19 di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari jadi kita kena lebih berhati hati dan juga selalu beringat Wa...
Buffet Ramadhan Sime Darby Convention Centre Bertemakan Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet

Buffet Ramadhan Sime Darby Convention Centre Bertemakan Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 497 hits
Ramadhan Buffet Di SDCC Tahun 2020 Cukup Meriah Dengan Pelbagai Jenis Hidangan Saban tahun kalau di tanya mana tempat paling best untuk berbuka puasa jawapannya haruslah di Sime Darby Convention Centre Antara sebabnya kenapa mama dan keluar...
5 Aktiviti Menarik Musim Cuti Sekolah 2020 Di Kuala Lumpur

5 Aktiviti Menarik Musim Cuti Sekolah 2020 Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 503 hits
Hi semua Musim cuti sekolah menjelang tiba Namun penularan wabak Koronavirus di seluruh dunia sangat membimbangkan Pasti ibu bapa khuatir nak pergi bercuti di luar negara Memandangkan keadaan di Malaysia masih lagi terkawal mungkin cuti sek...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali