Buffet Ramadhan 2020 Rhr Hotel Uniten
BUFFET RAMADHAN 2020: RHR HOTEL @ UNITEN
‘JOM LER BERBUKA’
Bila dah memasuki Bulan Rejab, pasti ramai yang menantikan Bulan Ramadhan yang akan tiba. Ramai juga yang mula melatih diri untuk berpuasa dengan Puasa Sunat dan tidak juga ada yang ‘menggantikan’ puasa tahun lepas kan??
AlongMurni (AM) sudah mulai merasai kemeriahan sambutan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Peluang untuk lebih beramal dan melakukan tanggungjawab menunaikan rukun Islam ke 3 sebagai seorang muslim pastinya.
Bila Ramadhan tiba maka banyak lambakan pakej-pakej Buffet Ramdhan yang ditawarkan di hotel-hotel sekitar dengan menu-menu yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Bagi penduduk sekitar Bangi yang ingin berbuka puasa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, AM sarankan untuk mencuba menu Buffet Ramadhan di RHR Hotel yang terletak di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
RHR Hotel @ UNITEN boleh diakses dari Pusat Bandar KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kali ini RHR Hotel @ UNITEN dengan tagline "Jom Ler Berbuka di RHR Hotel @ UNITEN" dan tema 'Balik Kampung', RHR Hotel menampilkan kelainan dengan pelbagai menu lazat dan istimewa mengikut negeri.
Hidangan menu dimulai pembuka selera di sampling Bergedil Tauhu , Kerabu Jantung Pisang & Kerisik, Urap Daun Selom & Pegaga, Kerabu Sotong Bulat, Salad hijau, bersama-sama menu tradisional seperti Sambal Belacan, Sambal Mangga, Tempoyak, dan lain-lain.
Turut menjadi menu pilihan istimewa di RHR Hotel adalah Sup Bro Aidil, Gulai Kawah Pak Suhaimi Asam Pedas Kepala Ikan, Masak Lemak Telur Itik dan Gulai Daging Tetel yang popular. Tidak lupa juga hidangan yang pastinya membuat pengunjung yang datang untuk mencuba Nasi Chef Hizrani yang memasak ayam panggang dengan perapan rempah istimewa dan lazat. Banyak yang meminati makanan seafood ada ShellOut tau dan juga Kambing Golek. Semuanya nyata sedap dan lazat untuk dinikmati bersama.
Bagi yang membawa anak-anak RHR Hotel turut menyajikan hidangan seperti Pasta Carbonara & Bolognaise yang lazat dan kudapan .Tidak lupa kuih muih tradisional, buahan-buahan dan kek-kek yang pastinya enak dan menjadi kegemaran anak-anak
Semua juadah ini boleh nikmati dengan hanya harga RM75.00 nett untuk seorang dewasa dan RM38.00nett untuk seorang kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun keatas. Tapi kalau booking sekarang ada harga 'early bird' hanya RM55.00 nett bermula 1 Mac hingga 20 April 2020. Tarikh sebenar bufet ini akan bermula adalah dari 25 April 2020 hingga 21 Mei 2020 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam.
Kemudahan lain ada kat sini seperti tempat solat yang dekat iaitu bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional. Kawasan parking yang luas dan selesa jadi tak perlu risau datang naik kenderaan di sini. Boleh lah bawa keluarga atau juga rancang dari sekarang untuk berbuka dengan kawan-kawan.
Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-8922 2088 sambungan 8036/8013
Whatsapp : 011-6318 2088
Email :
[email protected]Facebook : https://www.facebook.com/rhrhotelatuniten
Instagram : https://www.instagram.com/rhrhoteluniten
Bufet Ramadhan kali ini di sediakan di Jupiter Coffee House yang memiliki persijilanan Halal JAKIM. Kafe ini juga mampu memuatkan 500 hingga 700 orang dalam satu-satu masa. Jadi apa lagi, ‘Jom Ler Berbuka’ di RHR Hotel @UNITEN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2020/03/buffet-ramadhan-2020-rhr-hotel-uniten.html