Bufet Buka Puasa Selera Kampung D Geo Terletak Tengah Tanah Tinggi Yang Sejuk


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Satu lagi tempat buka puasa yang Maha nak bawa korang tengok dan rasai keistimewaannya yang juga berada di kawasan tanah tinggi Genting Highlands. Tempat yang Maha maksudkan adalah GEO Resort & Hotel Genting Highlands. Hotel ini juga sangat selesa dan istimewa bagi Maha. 


Ini adalah kunjungan kali pertama Maha ke hotel ini untuk cuba menu buka puasa mereka dan juga dapat merasai penginapan satu malam di sini. Maha sangat rasa teruja sampai tak terkata kerana hotel ni sangat mewah bilik siap ada balconi lagi. Reka bentuk luaran hotel yang sangat megah. Nak tengok dalam bilik yang Maha duduk jom kita masuk

Baring Dengan Katil Empuk Bersiaz Besar Giler
Patutlah bila masuk bilik tu tengok saiz katil besar daripada biasa kerana bilik yang Maha duduk ini adalah Superior King Room. Katil besar dan empuk saiz Super King. Lepas tu ada balkoni mengadap luar dengan pemandangan yang cantik dan hijau sahaja. Nak cerita kemudahan ada dalam bilik lengkap seperti cerek elektrik, penyaman udara dengan dikawal secara individu, peti keselamatan dalam bilik, seterika dan papan seterika, jubah mewah dan selipar, pengering rambut, serta istimewa ada mesin bancuh kopi sendiri wahhh





Bilik saiz besar sesuai untuk dua orang satu bilik ini dan masih ada ruangan solat. Kemudian kalau masuk bilik air tak perlu risau walaupun suasana sejuk sini sediakan air panas untuk mandi. Juga ada kemudahan peralatan mandian eksklusif dan cermin yang besar. Maha suka bilik air ada cermin besar ni puas nak tengok muka sendiri hehehe






Hotel ni juga ada wifi percuma dan juga laju bukan yang semput-semput punya ok. Lepas tu bila pergi kat bahagian tingkat 1 ada kolam renang yang betul-betul bedepan dengan Cabana Restoran tempat makan untuk sarapan pagi. Jadi sambil makan boleh mengadap pool dan kalau mandi dahaga boleh order air minum wakakaka. Juga ada kemudahan lain seperti gym dan juga ruangan meeting atau nak buat wedding. 





Sempena dengan bulan puasa yang akan datang ini, GEO Resort & Hotel Genting Highlands sediakan juga pakej Staycation D-GEO. Tempahan untuk dapat harga istimewa bulan Ramadan ini bermula 23 Mac hingga 21 April 2023. Harga untuk pakej ini termasuk sekali dengan bilik, makan sahur dan juga makan bufet buka puasa untuk dua orang. bagi Maha ni pun berbaloi sangat. Memang sesuai kalau kena pergi atas urusan kerja kat area Genting Highlands bulan puasa boleh menginap di sini

Membawakan Selera Kampung D-GEO Untuk Buka Puasa
Tadi dah tengok bilik dan kemudahan yang ada kat hotel ni sekarang Maha nak review pula makanan untuk buka puasa di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini. Bufet buka puasa ini akan bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023, dengan bertema “Selera Kampung D-Geo” di Restoran Cabana aras satu yang mengadap dengan kolam renang tu tadi





Bila makan buka puasa kat sini sambil mengimbau nostalgia makan malam buka puasa bersama keluarga di kampung atau makan dengan rakan-rakan. Kalau dah selera kempung signature yang menjadi keutamaan bufet di sini adalah masakan kampugn seperti Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Aneka Ikan Bakar, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi. Ini kalau perkena dengan ulam-ulam kampung dan juga sambal belacan memang menjilat jari lah dibuatnya. 




Itu baru sahaja sebahagia menu yang ada kerana menurut chef sini mereka akan sediakan lebih 100 juadah makanan yang sinonim dengan bulan puasa. Kalau buka puasa mesti akan ada Kambing Golek, Ikan Bakar, pastu ada pula Lemang makan bersama Serunding, ditambah lagi dengan Gado-Gado, ada juga ikan masin pebagai jenis melengkapi menu kampung kat sini. 




Hari tu Maha makan style kampung iaitu duduk kat lantai yang disediakan kerana nak mengimbau memori makan zaman kampung sebelum ada meja makan lagi. Sangat autantik giler kemudian dihidang dalam piring yang rekabentuk klasik dan juga dulang zaman mak-mak dulu-dulu. Terasa suasana kat kampung sangat. Sambil nikmati makanan makan dengan tangan ada pula persembahan tarian lagi syok. 




Dah puas makan yang utama akhiri sekali makan pula pelbagai jenis pencuci mulut seperti aneka Kuih-Muih Melayu, puding, aiskrim Malaysia, ada ABC dan banyak lagilah. Minuman pun ada pelbagai jenis yang sejuk serta yang panas boleh ambil dan tambah jika habis. Tapi kena beringat bulan puasa tak boleh makan banyak-banyak dan paling penting tidak membazir





Kalau harga pula boleh menikmati kadar Early Bird pada harga RM138nett untuk seorang dewasa mulai sekarang hingga 23 Mac 2022. Kalau harga biasa pula RM168nett untuk seorang dewasa dan RM75nett bagi setiap kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan RM85nett bagi warga emas berumur 65 tahun ke atas. 



Mungkin nak makan beramai-ramai dengan ahli keluarga yang besar atau rakan sepejabat, majlis makan malam peribadi sendiri, atau acara korporat, juga boleh diadakan dengan menghubungi terus pihak hotel untuk pengaturan khas. Kalau rasa harga yang ditawarkan ini dengan makanan yang ada berbaloi boleh membuat tempahan awal untuk mengelakkan penuh. Almaklumlah bulan puasa semua orang cari tempat makan yang best-best jer. Jadi boleh masukkan hotel ini dalam list untuk buka puasa tahun ni ok. selamat berpuasa semua dan selamat menjamu selera bye!!!. 
Tempahan bufet makan malam atau maklumat lanjut, sila hubungi:WhatsApp: +6019-236 7838 Emel: [email protected] Laman web: https://www.georesort.my/selera-kampung-d-geo/Facebook: https://www.facebook.com/georesortmy Instagram: https://www.instagram.com/georesortmy








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/03/bufet-buka-puasa-selera-kampung-d-geo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Icip Icip Kampungku Meraikan Buka Puasa Ramadan Ini Di Eastin Hotel

Bufet Icip Icip Kampungku Meraikan Buka Puasa Ramadan Ini Di Eastin Hotel

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kembali atas permintaan ramai ia adalah Makan Malam Bufet Icip Icip Kampungku sekali lagi Kali ini Chef Dennie dan pasukannya ...
Deretan Bintang Muslim Liga Inggris Di Tengah Aturan Jeda Buka Puasa Ramadan

Deretan Bintang Muslim Liga Inggris Di Tengah Aturan Jeda Buka Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 372 hits
Sebuah terobosan dilakukan Liga Inggris dalam rangka menyambut bulan suci Ramadan Liga Inggris mewacanakan aturan untuk memberikan jeda khusus agar para pemain muslim bisa berbuka puasa saat pertandingan Dilansir Bola net berikut adalah der...
Pengalaman Buka Puasa Di Ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

Pengalaman Buka Puasa Di Ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 319 hits
Pengalaman Buka Puasa Di ibis Style Hotel Kota Bharu Tahun 2023 Hotel Ibis Styles di Kota Bharu merupakan salah satu hotel di Kelantan yang ada menyediakan pakej bufet berbuka puasa pada Ramadan tahun 2023 ni Dalam artikel ini saya akan kon...
Kontraktor Rumah Sepang Diyakini Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi

Kontraktor Rumah Sepang Diyakini Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 200 hits
Kontraktor Rumah Sepang Diyakini Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi l Assalamualaikum Seronok bila tengok kawan kawan yang dah berjaya beli atau bina rumah sendiri Terasa berbaloi berhempas pulas kerah keringat untuk...
Mengenal Makanan Sehat Khas Riau Untuk Buka Puasa Yang Lezat Dan Bergizi

Mengenal Makanan Sehat Khas Riau Untuk Buka Puasa Yang Lezat Dan Bergizi

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum teman teman pembaca HealLife Sudah pada siap siap menyambut bulan Ramadhan nih Pasti sudah pada berencana untuk menu buka puasa yang sehat dan lezat kan Nah kali ini kita akan bahas tentang makanan sehat khas Riau yang cocok...
Keunikan Buka Puasa Dengan Ayam Bakar Tempayan Di Grand Millennium Kuala Lumpur

Keunikan Buka Puasa Dengan Ayam Bakar Tempayan Di Grand Millennium Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 264 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Satu lagi tempat buka puasa kali ni di Grand Millennium Kuala Lumpur membawakan teman bufet buka puasa Warisan Bonda Buka Puas...
Buffet Buka Puasa Di Restoran Zaituna Jb

Buffet Buka Puasa Di Restoran Zaituna Jb

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 197 hits
Dah berapa banyak senarai tempat nak buka puasa korang Haa kalau nak makan buffet nasi Arab dan pelbagai jenis hidangan dari Timur Tengah Meh masukkan Restoran Zaituna dalam list Buffet Yang restoran Zaituna buat ni memang the Biggest True ...
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan Di Amansari Hotel Nusajaya

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan Di Amansari Hotel Nusajaya

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 310 hits
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan di AmanSari Hotel Nusajaya Hai korang Ummi nak share set berbuka puasa harga murah di Johor Bahru The post appeared first on
Doa Buka Puasa Ramadhan Arab Latin Arti Keutamaan

Doa Buka Puasa Ramadhan Arab Latin Arti Keutamaan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 616 hits
Menyegerakan berbuka dan membaca doa buka puasa termasuk dua di antara sunnah puasa Bagaimana bacaannya kapan membacanya dan apa keutamaannya Berikut ini penjelasan lengkap beserta tulisan Arab tulisan Latin dan artinya Rasulullah shallalla...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran