Bubble Tea Paling Sedap Di Melaka
Bubble Tea Sedap Di Melaka !| Salam semua.. Hehehe ada tak peminat bubble tea kat sini? Angkat tangan !! Yihaaaaaa kita geng ! Uzu ni jenis suka singgah petamg-petang beli bubble tea otw balik kerja.. Nasib baik tempat jual bubble tea tuu kat bawah rumah ni je.. Memang senang lah uzu nak singgah .. Hihi dalam seminggu lebih kurang 2 kali lah uzu habiskan duit untuk beli bubble tea :p Uzu kan peminat minuman jenis teh ni hihilll.. Tak kisah lah jenis teh ape... teh o ke, teh tarik ke, teh madras, teh ice madu ke, green tea ke, haaa semua uzu suka :p Tu yang gemokkk tak pasal-pasal tu tiber2 hahaha. Minummm air manis kan.. :p Krikkkkkrikk so ceritanyan, uzu ada p Melaka beberapa hari lalu.. Dengar-dengar cerita ada kafe bubble tea sedap di area Taman Kota Laksamana .. So apa lagii misi mencari bubble teaa kiniii bermulaaa !!! :)
Nak cari tempat ni tak susah.. Just waze Jalan KLJ9, Taman Kota Laksamana.. Tempat ni memang sangat-sangat stratergik sebab betul-betul terletak di area bandar Melaka .. Kawasan yang ramai jugak kedai-kedai bubble tea buka.. Tapi dalam banyak-banyak pilihan , uzu pilih untuk datang ke Cafe IMilky Melaka . Sebab dia baru je bukak, so kitaaa nak rasa sedap ke tak bubble tea kat sini :) Hihi .
Bilaa uzu masuk dalam cafe IMilky ni, uzu rasa macam tenang sangat nak lepak kat sini.. Suasana macam putihh je tengok.. Cafe ni design dia moden so memangg cantik.. Putihhhh macam susu hehe. ..Bilaa rasa stress tu mungkin korang boleh lepak sini buat kerja heheheh.. Sambil-sambil tu boleh try macam-macam jenis flavor bubble tea yang ada :) Kat bawah ni ada top 5 flavor yang terbaik di cafe IMilky ni ... Hihihi tak sabar pulak nak merasaaa sedap ke tak :p So uzu dan sepupu lepak berjam jamm juga so kiterang pun try lah 5 jenis flavor yang hot tapi tu ... Kenapa dia menjadi TOP5 ? Mestilah sebab sedappp kan betul tak ? :p Hehehhe..
1. Brown Sugar Bubble Milk
Brown Sugar Bubble Milk ni je jenis menu yang paling topp 1 okeh kat cafe ni.. Sebab kat mana-mana pun tengah viral bubble tea yang flavornye jenis brown sugar.. Uzu memang suka brown sugar ni.. Nikmatttttt kalau diminum sejuk-sejukk :) Hiihihi :p Boba pearl ni rasanya kenyal, tak terlalu manis. Uzu suka....! And then`.. Cara nak minum brown sugar bubble milk kena goncang 15 kalii tau ! Semuaaa pon kena goncang dlu.. Baru rasa nikmatnye..
2.Bubble Milk Tea
Siapa yang tak tau, perisa bubble milk tea ni lah ialah perisa balik famousss sekali kalau pergi ke mana-mana kedai bubble tea kat Malaysia ni.. Pelbagai jenis brand , wajib ada perisa ni.. Sebab bubble milk tea ialah pemula segala-galayaa .. Dari uzu kecik lagi wujudnya bubble milk tea hingga sekarang ni.. Rasanya lebih kurang sama tapi ada yang tak sedap.. Kat sini tak perlu risau, memang sedappp .. Yummyyyy !
3. Taro Milik
Lupa pulak uzu nak bagitau, kat IMilky Malaysia ni, susu segar yang digunakan bukan dari Malaysia tau, semua all the wayyy diimport dari Australia .. Jauh-jauhhh kan? Patut laah sedapp ! Hihi Lagi sedap bila Taro Milk guna susu australia ni. Perghhhhh segarr dan nyaman rasanya.. Uzu jarang dengar nama perisa tapi kena cubaa tau.. ini salah satu minuman yang wajib cuba :)
4. Grapefruit & Green Tea
Yang ni nampak je macam manis kan? No no no sebab kat sini lebih kepada bahan-bahan yang sihat tauuuu! Sebab kann semuanya bahan-bahan yang digunakan ialah dari bahan semula jadi.. :) So yang ni rasanya agak tawar sikit .. Tapi , orang-orang cina selalunya order ni sebab mereka nak minuman sihat Hihi.. Kalau korang bawak bapak atau mak korang, orang-orang yang dah berumur, boleh suggest minum ni tauu :) okay ?
5. Strawberry Milk
Macam first time jeee uzu tengok strawberry di campur dengan susu segar.. Hihi tapi menarik kan? Uzu kann suka warna pink, soo uzu suka lahhhh rasa dia.. Habis 1 cup uzu hiruppp hirupp hirup sambil meluahkan perasaan dengan sepupu uzu yang tersayang.. Lama tak jumpa dia.. sambil lepak dengan sepupu , merasa lah 5 jenis menu kat cafe IMilky! Walaupun menu ni takde senarai top 5 tapi bagi uzu, flavor ni yang ketiga sedap tauu :p Masing-masih kan ada citarasa sendiri hihi :p wekkkkkkkk rasa telan liur bila ingat balik air ni.. Bila pulak nak datang Melaka ye ?? :p Will come back again insyaAllah .
So kalau yang di area Melaka tu, uzu suggest korang rasa lah bubble tea sedap melaka di cafe IMilky ye. Tak rugiii tauuu.. Eh ehhhh Mengiurkan gambar boba pearl kat atas ni.hahahahah.. Waduhhhh bukan senang ye proses buat boba pearl ni :p Nasib baikkk sedap.. Berbaloi lah nak masak gaul gaull berjamm jamm .. Lenguh tangan : So guysss yang masak boba pearl ni muslim kan? hehehhe yang takut status halal haram tu dont worry ya :) Hehehe ok lah korang. Tu je tuk hari ni.. Uzu ada kerja sikit ni nak buat lepas ni :p Hahah selamat mencubaa ! Salam.
Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : IMilky Kota Laksamana,No 6, Jalan KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
Waktu Operasi : 12 Tengahari - 1 Pagi
Contact : 011-17583668
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kisahemasputih.com/2019/08/bubble-tea-paling-sedap-di-melaka.html