Bubarparlimen Beri Rakyat Peluang


Dalam keadaan Politik Negara yang semakin huru hara hari ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Senario yang getir ini bukan sahaja meresahkan pemimpin Politik, tetapi turut mendapat perhatian rakyat.
Bukan tujuan nak membangkitkan keadaan panik atau menimbulkan kekeliruan. Cuma sekadr meluahkan pandangan picisan peribadi mengenai beberapa keadaan yang MUNGKIN berlaku dalam dunia Politik yang dianggap 'The Age of Distruption" ini.
SENARIO 1: 221 AHLI PARLIMEN SOKONG MAHATHIR
Jika kesemua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti Politik, menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka dia akan mempunyai "Absolute Power" untuk memilih barisan kabinet campuran dari setiap Ahli Parlimen yang menyokong.
Dia boleh kutip wakil dari setiap parti Politik sama ada UMNO, PAS, PPBM, PKR, PAN, GPS, WARISAN mahu pun DAP. Jika keadaan ini berlaku, maka lanskap Politik Negara akan berubah seratus peratus.
Maknanya, selepas ini tiada lagi istilah "Pembangkang" sebab semuanya menyokong kepimpinan seorang Perdana Menteri dan segala keputusan yang dibuat oleh beliau perlu diterima serta dipatuhi.
Menyedari hakikat ini, UMNO dan PAS serta gabungan dalam Barisan Nasional menarik semula sokongan yang diberikan kepada Tun Mahathir dengan alasan perkara itu hanya untuk menjaga kepentingan seorang individu iaitu Mahathir.
Sedangkan konsensus yang telah dipersetujui oleh PAS dan UMNO didalam Muafakat Nasional, sesiapa sahaja boleh menubuhkan Kerajaan tetapi TIDAK BOLEH disertai oleh DAP kerana parti itulah yang merosakkan Negara.
Malahebuah Kerajaan perlu bertindak atas dasar kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa melihat latar belakang Politik mereka. Bukan untuk mengangkat seorang individu sebagai 'Supreme Leader' demi kepentingan peribadi.
SENARIO 2: MUAFAKAT NASIONAL SAHAJA TAK SOKONG MAHATHIR
Jika perkara ini berlaku, maka PAS dan UMNO sahaja yang akan jadi Pembangkang dalam Parlimen dengan jumlah kerusi lebih kurang 58 sahaja. Keadaan ini sudah pastinya tidak akan mengutungkan Muafakat Nasional.
PPBM belum tentu akan menyertai Muafakat Nasional. Tiada sebarang persetujuan yang dicapai setakat ini. Malah tanda-tanda itu sudah dapat dilihat apabila Pemuda Armada menyatakan bahawa mereka menolak kerjasama dengan UMNO.
Tambahan pula, kepimpinan tertinggi PPBM tetap akan mengikut arahan Tun Mahathir sekiranya parti itu masih mahu beliau kembali menjadi Pengerusi parti tersebut dan kekal sebagai Perdana Menteri.
Azmin Ali dan 10 orang konco yang telah meninggalkan PKR pun belum tentu akan ikut Muafakat Nasional. Sebaliknya mereka ini lebih cenderung menyokong Tun Mahathir berbanding Muafakat Nasional.
PKR pun tak kisah jika mereka meneruskan kerjasama dengan Tun Mahathir walaupun Azmin Ali dan konconya dipecat sebelum ini. Yang penting, mereka masih kekal sebagai Kerajaan.
DAP lagi la tak kisah. Sebab itu awal-awal lagi Guan Eng dah umum parti itu tetap akan menyokong kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Bahkan DAP pun tiada masalah nak bergabung semula dengan PAS asalkan parti itu tidak bersama dengan UMNO.
PAN pula seperti biasa, mereka akan tetap menurut segala perintah DAP. Apa yang DAP suruh, itu yang PAN akan buat. Waima mereka disuruh berbaik semula dengan PAS sekali pun, sudah pasti PAN akan menurutinya.
GPS? WARISAN? Mereka lebih suka mengambil langkah "Tunggu dan Lihat". Mana yang dapat sokongan banyak, pasukan itu yang akan mereka sokong. Perkara itu sudah berlaku sebelum ini pada ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lalu.
Nauzubillah, jika keadaan ini berlaku, UMNO adalah pihak yang PALING RUGI. Nak pulak jika PAS berjaya dipujuk oleh puak Pakatan untuk bersama dengan mereka bagi membentuk Kerajaan. UMNO hanya ada 40 kerusi sahaja di Parlimen.
Tapi Alhamdulillah setakat ini PAS masih berpegang teguh kepada perjanjian yang telah dibuat melalui piagam Muafakat Nasional. Malah PAS juga senada dengan UMNO untuk menolak sebarang kerjasama dengan DAP.
BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIK
Sekarang segalanya akan ditentukan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Kebijaksanaan baginda selaku Raja dan Payung Negara dalam merungkai senario ini demi menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh.
Walau apa pun keadaannya, langkah membubarkan Parlimen adalah jalan yang terbaik. Bukan setakat kepimpinan parti Politik sahaja yang mahu Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya. 
Tetapi rakyat secara keseluruhannya juga turut mahukan perkara yang sama. Rakyat ternyata sudah muak dengan pelbagai konspirasi Politik yang tiada ketentuan ini berpanjangan. Rakyat mahu sebuah Kerajaan yang membela nasib mereka.
Berilah rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu sebagai Kerajaan agar nasib mereka terjaga dengan baik. Sebelum ini Pakatan bercakap soal menghormati Mandat Rakyat kan? Sekarang, mereka juga perlu menyokong agar Parlimen Di Bubarkan!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/02/bubarparlimen-beri-rakyat-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 286 hits
BAITULMAQDIS 21 Feb Rakyat Israel yang melanggar arahan kuarantin COVID 19 boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu Dalam satu kenyataan kementerian itu berk...
Covid 19 Tiada Laporan Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan

Covid 19 Tiada Laporan Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 20 Feb Tiada laporan atau kajian berasas yang mengesahkan bahawa hampir 100 000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan sekiranya wabak COVID 19 berterusan sehingga hujung tahun ini Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihat...
Dr M Rakyat Perlu Singkir Pemimpin Dengan Dasar Buruk

Dr M Rakyat Perlu Singkir Pemimpin Dengan Dasar Buruk

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 267 hits
BERITATidak ada jaminan bahawa dasar yang baik akan kekal selama lamanya jika pemimpin atau kerajaan ditukar kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau bagaimanapun berkata rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menjatuhkan pemimpin yang...
Dpr Janji Dengar Aspirasi Rakyat Terkait Ruu Ketahanan Keluarga

Dpr Janji Dengar Aspirasi Rakyat Terkait Ruu Ketahanan Keluarga

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 194 hits
Sufmi Dasco mengimbau agar masyarakat tidak perlu resah ihwal masalah tersebut Karena lanjut dia pihaknya tidak menutup diri akan sebuah masukan
Misi Kedua Bawa Pulang 75 Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selasa Ini Wan Azizah

Misi Kedua Bawa Pulang 75 Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selasa Ini Wan Azizah

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA 21 Feb Seramai 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di Wuhan wilayah Hubei China susulan wabak COVID 19 di negara itu dijadual dibawa pulang melalui penerbangan khas AirAsia Selasa ini Timbalan Per...
Terap Integriti Dan Telus Laksana Projek Rakyat

Terap Integriti Dan Telus Laksana Projek Rakyat

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 272 hits
GOMBAK 21 FEB Kerajaan Pakatan Harapan menerapkan konsep ketelusan dan integriti sebelum sesuatu projek dilaksanakan demi kepentingan rakyat kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri Besar berkata ia bagi membolehkan rancangan pembangunan ...
Rakyat Meluat Jika Kerajaan Ppbm Bn Pas Dibentuk

Rakyat Meluat Jika Kerajaan Ppbm Bn Pas Dibentuk

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 273 hits
Spekulasi terbentuknya kerajaan Pakatan Nasional dalam masa terdekat kuat diperkatakan berikutan mesyuarat tergempar Bersatu di Petaling Jaya dan mesyuarat ahli parlimen yang menyokong Azmin Ali di hotel Sheraton Petaling Jaya tengah hari i...
Rule Of Law Malaysia Baharu Bunuh Kepercayaan Rakyat

Rule Of Law Malaysia Baharu Bunuh Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 331 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Orang kafir tetap bantu selamatkan puak sendiri walaupun salahBANGI Tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan 12 individu yang disyaki menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil E...
Keputusan Yang Mengecewakan Rakyat Tak Mungkin Kekal Memerintah Lama

Keputusan Yang Mengecewakan Rakyat Tak Mungkin Kekal Memerintah Lama

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 253 hits
Keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH malam tadi berhubung soal peralihan kuasa benar benar sesuatu yang mengecewakan hati rakyat Walaupun ramai yang menjangka peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Apec November depan berikutan tolak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii