Covid 19 Tiada Laporan Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Tiada laporan atau kajian berasas yang mengesahkan bahawa hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan sekiranya wabak COVID-19 berterusan sehingga hujung tahun ini.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Alice Lau Kiong Yieng berkata isu itu tidak timbul memandangkan Malaysia sudah bersiapsiaga dan mempunyai keupayaan dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan COVID-19.
“Tiada isu hilang pekerjaan. Majikan perlu ambil inisiatif menyalurkan maklumat tepat kepada pekerja mengenai COVID-19 agar pekerja tidak panik.
“Persidangan tahunan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) turut memainkan peranan, di mana ia akan membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra-Pelancaran Persidangan APOSHO35 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa laporan sebelum ini yang memetik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan perkara itu sekiranya penularan COVID-19 gagal dikawal.
Senada dengan Lau, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia Maniam Arumugam menyifatkan laporan itu sekadar ramalan yang tiada statistik tepat dan meminta agar orang ramai tidak mudah panik.
“Setakat ini tiada siapa yang melaporkan kepada kami. Apa yang anda dengar bukan cerita yang benar,” katanya.
Terdahulu, Lau dalam ucapannya berkata APOSHO harus memainkan peranan penting dalam menangani COVID-19 dengan mengukuhkan dan menggunakan rangkaian serta kerjasama sedia ada bagi membantu kerajaan mereka menangani situasi baharu ini.
Antara lain, Lau mencadangkan APOSHO supaya bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dalam menyediakan maklumat terkini berkaitan perlindungan terhadap pekerja.
“Ahli APOSHO dan pakar kesihatan harus membantu membentuk garis panduan dalaman bagi membantu mencegah jangkitan baharu seperti COVID-19. Garis panduan harus merangkumi semua jenis pekerjaan juga perancangan terhadap pengaliran penyakit yang lebih serius,” katanya.
Persidangan APOSHO35 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 hingga 12 Ogos tahun ini.
Bertemakan Perpaduan OSH (keselamatan dan kesihatan pekerjaan) dan Kemapanan, APOSHO35 menawarkan platform kepada golongan profesional, pembuat dasar dan pegawai kerajaan untuk bertukar idea, berkongsi pengalaman dan inisiatif dalam mengukuhkan kerjasama pada peringkat kebangsaan, serantau dan dunia.
Sumber: BERNAMA
The post COVID-19: Tiada Laporan, Kajian Berasas Yang Sahkan Rakyat Hilang Pekerjaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/20/covid-19-tiada-laporan-kajian-berasas-yang-sahkan-rakyat-hilang-pekerjaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 100 000 Rakyat Malaysia Bakal Hilang Pekerjaan

Covid 19 100 000 Rakyat Malaysia Bakal Hilang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 427 hits
Sektor pelancongan turut terjejas akibat wabak Covid 19 Foto BernamaPETALING JAYA Hampir 100 000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus berterusan sehingga penghujung tahun ini Menurut laporan akhbar theSundaily P...
Apa Jadi Janji 1 Juta Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat 150 Ribu Warga Pakistan Ph Bawa Masuk

Apa Jadi Janji 1 Juta Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat 150 Ribu Warga Pakistan Ph Bawa Masuk

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 354 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan agar hentikan kemasukan warga asing Kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki PH perlu hentikan sandiwara dan berterusan menipu rakyat demi kepentingan yang hanya akan memba...
Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 466 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid 19 dan sedang dirawat di Jepun Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpang...
Berang Selepas Bertengkar Wanita Buat Laporan Palsu Covid 19 Terhadap Kekasihnya

Berang Selepas Bertengkar Wanita Buat Laporan Palsu Covid 19 Terhadap Kekasihnya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 346 hits
Seorang wanita di China berbohong kepada pihak polis dengan membuat laporan palsu dan mengatakan bahawa kekasihnya dijangkiti Dia melakukannya kerana teman lelakinya tidak mahu untuk memohon maaf kepadanya selepas mereka bertengkar Wanita 3...
Singapura Sahkan Tiga Kes Covid 19 Enam Dibenarkan Pulang

Singapura Sahkan Tiga Kes Covid 19 Enam Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 221 hits
SINGAPURA Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tiga lagi kes baharu COVID 19 dikesan di republik itu menjadikan jumlahnya kepada 50 kes MOH dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua tiga kes itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke C...
Covid 2019 Kpdnhep Serah Laporan Pertemuan Dengan Pemain Industri Kepada Pm

Covid 2019 Kpdnhep Serah Laporan Pertemuan Dengan Pemain Industri Kepada Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 264 hits
PUTRAJAYA 20 FEB Laporan hasil pertemuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan pemain industri bagi mendapatkan syor susulan fenomena Covid 2019 telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Me...
Kajian Buktikan Rakyat Sarawak Paling Romantik Kelantan Putrajaya Di Tangga Akhir

Kajian Buktikan Rakyat Sarawak Paling Romantik Kelantan Putrajaya Di Tangga Akhir

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 724 hits
Setiap daripada kita berhak memilih pasangan hidup mereka masing masing Melihatkan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum bangsa budaya dan adat tidak dinafikan ada juga yang memilih pasangan mengikut kenegerian Tetapi jika anda ingin me...
10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

10 Macam Macam Pekerjaan Yang Akan Hilang Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 347 hits
Saat ini teknologi semakin berkembang Perkembangan teknologi sudah banyak mengubah berbagai aspek kehidupan manusia Penggunaan teknologi yang semakin maju membuat beberapa pekerjaan terancam hilang di masa depan
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai