Bubar Tribunal Siasat Bekas Pesuruhjaya Spr Beri Mesej Salah


Geraldine Tong 
   
Bekas pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata pembubaran tribunal yang meneliti dakwaan salah laku bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi mesej yang salah kepada orang ramai.

"Dengan membubarkan tribunal, ia memberi mesej tidak apa melanggar kesalahan pilihan raya dan perlembagaan asalkan sudah bersara atau letak jawatan sebelum dibawa ke muka keadilan.

"Ia bererti kakitangan pilihan raya boleh mendapat imuniti atas kesalahan yang mereka lakukan," katanya kepada Malaysiakini.

Maria yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya berkata keputusan untuk menghentikan prosiding tribunal itu sangat mengecewakan kerana isu yang diketengahkan bukanlah sama ada pesuruhjaya itu meletak jawatan secara sukarela atau tidak.

Jelas Maria, tribunal itu perlu melihat gambaran yang lebih besar, sama ada bekas pesuruhjaya berkenaan melanggar perlembagaan dan undang-undang negara ini dalam melaksanakan tugas.

Pembubaran tribunal ini akan menyebabkan persoalan berkenaan terus tidak berjawab, tambahnya.

"Pesuruhjaya SPR, ketika ini atau sebelum ini, perlu memegang piawai lebih tinggi dalam melaksanakan tugas penting, terutamanya untuk pilihan raya negara yang menyentuh hak setiap warganegara," katanya.

Seorang lagi bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan berkata, penghentian prosiding tribunal itu adalah "melepaskan peluang" untuk menghukum pesuruhjaya yang membuat kesalahan.

"Pembubaran tribunal ini membolehkan penjawat awam terlepas dari pemeriksaan dengan hanya meletakkan jawatan. Sangat memalukan," katanya kepada Malaysiakini.

Jawatankuasa pemandu Bersih turut menyatakan kekecewaan dengan pembubaran tribunal berkenaan.

Keputusan itu, kata mereka, akan memberi contoh buruk bahawa penjawat awam yang diamanahkan menjaga kepentingan rakyat dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan boleh terlepas dari diadili dengan hanya meletakkan jawatan sebelum tindakan diambil.

"Sekiranya tribunal itu diteruskan, panel dan orang awam akan berpeluang mendengar bukti bagaimana pesuruhjaya SPR melakukan kesalahan pilihan raya yang menjijikkan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang juga menafikan hak rakyat Malaysia untuk sebuah pilihan raya yang bebas dan adil pada PRU ke-14.

"Sebaliknya, enam pesuruhjaya itu bukan saja terlepas daripada diadili, namun akan terus menikmati kelebihan persaraan awal mereka," katanya.

Terdahulu, ahli panel tribunal menamatkan prosiding dengan keputusan tiga-dua, dan menyifatkan prosiding sebagai sia-sia.

Pengerusi tribunal itu, hakim bersara Mahkamah Persekutuan Steve Shim Lip Kiong mempersoalkan sama ada prosiding itu memberi manfaat kepada orang awam dan negara, sedangkan menurutnya, enam pesuruhjaya berkenaan sudah meletakkan jawatan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/bubar-tribunal-siasat-bekas-pesuruhjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lim Gesa Spr Siasat Keputusan Pru Zahid Hisham Dan Ismail

Lim Gesa Spr Siasat Keputusan Pru Zahid Hisham Dan Ismail

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 253 hits
foto sumber internetPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membuat inkuiri berkenaan dakwaan penglibatannya dengan laporan pemindahan pengundi tentera secara tidak sah di empat kerusi parlimen dan sama ada kepu...
Tolong Langsai Hutang Antara Mesej Diterima Naim Daniel

Tolong Langsai Hutang Antara Mesej Diterima Naim Daniel

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 554 hits
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel mengaku menerima pelbagai mesej mengejutkan di Instagram termasuklah ada pengikut meminta pertolongan daripadanya untuk melangsaikan hutang Naim 22 bagaimanapun menganggap ia hal normal yang menimpa mana man...
Mereka Semakin Berani Kali Ini Islam Dihina Menerusi Mesej Ringkas Di Aplikasi Grab

Mereka Semakin Berani Kali Ini Islam Dihina Menerusi Mesej Ringkas Di Aplikasi Grab

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 478 hits
Dumb idiot I am not gonna give you free money Melayu Bodoh dan Die in Hell Ini antara mesej yang diterima oleh seorang pemandu Grab daripada penumpangnya selepas membuat tempahan Khabarnya penumpang ini juga menghina Allah S W T sebelum mem...
Jaga Anak Elok Elok Ye Pu Abu Masih Suami Ain Afini Mesej Cerai Melalui Whatsapp Tak Sah

Jaga Anak Elok Elok Ye Pu Abu Masih Suami Ain Afini Mesej Cerai Melalui Whatsapp Tak Sah

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 592 hits
Jaga Anak Elok Elok Ye PU Abu masih suami Ain Afini mesej cerai melalui Whatsapp tak sah Status rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan isteri iaitu Ain Afini Latif akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah di Klang mengekalkan mereka s...
Pemimpin Dap Minta Maaf Hantar Mesej Ugut Ocpd

Pemimpin Dap Minta Maaf Hantar Mesej Ugut Ocpd

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 302 hits
Pemimpin DAP bahagian Jerantut Loo Why Leong yang ditangkap kerana menghantar kepada ketua polis daerah pada Ahad lalu tampil untuk menjernihkan keadaan Loo dalam suatu kenyataan hari ini mengakui menghantar mesej kontroversi tersebut kepad...
Bantahan Dap Beri Mesej Jelas Buat Maszlee

Bantahan Dap Beri Mesej Jelas Buat Maszlee

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 271 hits
Bantahan DAP terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkenaan isu matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan memberikan mesej jelas bahawa parti itu tidak bersetuju dengan hak hak keistimewaan...
Why Leong Mengaku Hantar Mesej Dakwa Telah Minta Maaf

Why Leong Mengaku Hantar Mesej Dakwa Telah Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 309 hits
TEMERLOH Selepas mendiamkan diri berhubung isu menghantar mesej yang dikatakan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong akhirnya membuat pengakuan menghantar mese...
Salah Daftar Akaun Bank 300 000 Belum Terima Bsh

Salah Daftar Akaun Bank 300 000 Belum Terima Bsh

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 710 hits
Putrajaya Penyaluran fasa kedua Bantuan Sara Hidup 2019 tidak dapat dikreditkan ke akaun kira kira 300 000 penerima berikutan nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Bagi BSH 2019 pembayaran bagi pe...
Mujahid Jangan Salah Guna Kebebasan Media Mainkan Isu Kaum Dan Agama

Mujahid Jangan Salah Guna Kebebasan Media Mainkan Isu Kaum Dan Agama

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 357 hits
foto sumber internetGEORGETOWN Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian kata Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus