Mujahid Jangan Salah Guna Kebebasan Media Mainkan Isu Kaum Dan Agama


foto sumber internet
GEORGETOWN - Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Katanya, pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan ini untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang boleh membawa kerajaan membentuk dasar yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakyat.

Loading...
“Kebebasan mestilah kebebasan dengan tanggungjawab. Lawan saya dalam soal dasar...bukannya mengenai kaum atau agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Jalanan Pakatan Harapan yang diadakan di Jalan Buckingham di sini, malam ini.

Mujahid yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kebebasan media merupakan salah satu dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan sewaktu mengambil alih pemerintahan negara tahun lepas.

“Kita tidak pernah menyekat media kerana kebebasan media merupakan komitmen kita,” katanya.


Sementara itu kira-kira 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Iftar Jalanan yang julung kali diadakan anjuran Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata program ini merupakan program yang amat istimewa kerana dapat disertai oleh masyarakat berbilang kaum dan agama untuk turut merasai pengalaman berbuka puasa bersama masyarakat Muslim.

“Tujuan program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh rakyat negeri ini tanpa membataskan penyertaan dari pelbagai bangsa dan agama.

"Sejajar dengan semangat Malaysia Baharu, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar Pulau Pinang terus pesat membangun dalam suasana penuh harmoni yang berpaksikan kepada prinsip keadilan, demokrasi, dan toleransi,” kata Chow ketika berucap di majlis itu.

Menurutnya, program itu tidak terbatas kepada kehadiran orang awam sahaja, malah pelancong dari dalam dan luar negara, gelandangan, wakil-wakil rakyat, kakitangan kerajaan negeri, serta para pemimpin rumah ibadat Islam dan bukan Islam turut sama memeriahkan program itu. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/mujahid-jangan-salah-guna-kebebasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Agihan Zakat Usah Jual Agama Untuk Harga Murah

Isu Agihan Zakat Usah Jual Agama Untuk Harga Murah

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 392 hits
BANGI 25 Ramadan 1440H Khamis Parti Barisan Jemaah Islamiah memberi peringatan kepada institusi Islam tertentu yang seolah olah menyokong tindakan pemimpin DAP mengedarkan bantuan zakat kepada penduduk Islam baru baru ini supaya tidak menju
Pas Perak Akur Titah Tidak Salah Guna Masjid

Pas Perak Akur Titah Tidak Salah Guna Masjid

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 305 hits
MOHD SYAMIL AZHAR28 MAY 2019IPOH PAS Negeri Perak akur dengan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya masjid dan surau termasuk segala kemudahannya tidak disalah guna untuk kepentingan politik kepartian Pesuruhjaya PAS Perak...
Pemuda Amanah Perak Dakwa Pembangkang Salah Guna Masjid Surau

Pemuda Amanah Perak Dakwa Pembangkang Salah Guna Masjid Surau

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 396 hits
Oleh Shamsul Kamal AmarudinANTARA program parti pembangkang dilakukan di masjid dan surau di negeri Perak baru baru ini mendapat bantahan daripada Pergerakan Pemuda Parti Amanah Negara Foto Ihsan Pemuda Amanah PerakIPOH Pergerakan Pemuda Pa...
Isu Agama Dan Bangsa Mainan Pembangkang Melayu Bakal Ditipu Lagi

Isu Agama Dan Bangsa Mainan Pembangkang Melayu Bakal Ditipu Lagi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 314 hits
ISU AGAMA PERKAUMAN PUNCA MELAYU BENCI PH 29 05 2019KUANTAN Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering dibawa Umno dan Pas mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibua...
Anthony Loke Salah Guna Kuasa Pulak Dah Teksi Cekik Darah Itu Realiti

Anthony Loke Salah Guna Kuasa Pulak Dah Teksi Cekik Darah Itu Realiti

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 416 hits
Sebuah persatuan teksi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan Loke Siew Fook menyalahgunakan kuasa sebagai menteri pengangkutan Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia Kamarudin Mohd Hussain mendakwa Loke d...
Jangan Spekulasi Isu Pembelian Helikopter Rm300 Juta Kata Mat Sabu

Jangan Spekulasi Isu Pembelian Helikopter Rm300 Juta Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 322 hits
PETALING JAYA Menteri Pertahanan Mohamad Sabu meminta spekulasi mengenai isu pembelian helikopter tempur ringan buatan Amerika Syarikat bernilai RM300 juta yang masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia dihentikan kerana ia akan mengga...
Mudahnya Bersalin Guna Teknik Ini Tapi Jangan Lupa Siapkan Persiapan Ini Ke Hospital

Mudahnya Bersalin Guna Teknik Ini Tapi Jangan Lupa Siapkan Persiapan Ini Ke Hospital

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1444 hits
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu Namun begitu terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan ...
Jangan Bayar Guna Cash

Jangan Bayar Guna Cash

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 247 hits
Jangan bayar guna cash Takkan nak bayar teh tarik segelas tak boleh guna wang tunai dah ke Eh bukan bukan Ini kisah jangan bayar guna cash bila kau orang nak berurusan tentang perkara lain contohnya deposit untuk beli rumah ke bayaran untuk...
Pm Kelapan Jangan Tumpu Kaum Tertentu Gerakan

Pm Kelapan Jangan Tumpu Kaum Tertentu Gerakan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 475 hits
KUALA LUMPUR 17 Mei Gerakan berharap bakal Perdana Menteri kelapan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pun individu lain dapat memperjuangkan hak semua kaum bukan tertumpu kepada kaum kaum tertentu Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Ch...
Kalahkan The Glory Squid Game When Life Gives You Tangerines Cipta Rekod Bersejarah Buat Netflix

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Petronas Batal Rumah Terbuka

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Open House Raya 2025

Berzodiak Aries 5 Artis Ini Buktikan Lahir Untuk Bersinar

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju

Agong Visits Putra Heights Blaze Site


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

This Lavish Harley Davidson Street Bob Is Peak Rough Crafts

Ragam Anak Anak Saudara Datang Beraya

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Perasan Bagus Mp Pn Claim Pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor