Buat Yang Masih Single Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Untuk Dapatkan Jodoh Yang Baik


Buat Yang Masih Single, Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Untuk Dapatkan Jodoh Yang Baik. Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob.
Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata ustazah : “Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat.
Yakin DenganJodoh Yang Allah Tetapkan
Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah. Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.
Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.
Sumber: Fahthin Edayu Che Rani via srikandiislamiyyah
The post Buat Yang Masih Single, Ustazah Norhafizah Kongsi Doa Untuk Dapatkan Jodoh Yang Baik appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/buat-yang-masih-single-ustazah-norhafizah-kongsi-doa-untuk-dapatkan-jodoh-yang-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustazah Norhafizah Kongsi Cara Berkesan Didik Anak Jadi Soleh Dan Cemerlang Di Awal Usia

Ustazah Norhafizah Kongsi Cara Berkesan Didik Anak Jadi Soleh Dan Cemerlang Di Awal Usia

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 401 hits
Sebagai ibu bapa semua inginkan anak yang soleh Bagaimanapun kita terlupa hubungan dengan Allah Bila kita tengok anak perangai tak elok disalahkannya sepenuhnya Menurut jika kita nak anak baik dan cemerlang kitalah yang kena memperbaiki hub...
Kos Rawatan Cecah Rm2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

Kos Rawatan Cecah Rm2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 477 hits
Kos Rawatan Cecah RM2000 Tapi Masih Tak Sembuh Wanita Ini Kongsi Prosedur Rawat Ekzema Mungkin tak ramai yang tahu tentang penyakit ekzema kerana menganggap ianya hanya dihidapi oleh bayi atau kanak kanak saja Namun begitu sebenarnya ada ju...
Faedah Sirah Nabi Dizalimi Malah Nabi Balas Dengan Doa Baik Pada Penduduk Thaif

Faedah Sirah Nabi Dizalimi Malah Nabi Balas Dengan Doa Baik Pada Penduduk Thaif

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 650 hits
Nabi shallallahu alaihi wa sallam yang dizalimi malah beliau balas dengan doa baik pada penduduk Thaif Lihat kisahnya berikut ini
The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 368 hits
The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada kit...
Doa Permudahkan Jodoh Buat Kaum Adam Dan Hawa Amalkan Selalu Jika Nak Jodoh Mudah

Doa Permudahkan Jodoh Buat Kaum Adam Dan Hawa Amalkan Selalu Jika Nak Jodoh Mudah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 488 hits
Doa Lancarkan Jodoh Buat Lelaki Dan Wanita Amalkan Selalu Jika Nak Jodoh Mudah Kadangkala banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui Dengan tertundanya kebahagiaan itu siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang mak...
Doa Agar Semua Pekerjaan Berakhir Dengan Baik

Doa Agar Semua Pekerjaan Berakhir Dengan Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 418 hits
Sebelum kita memulai sebuah pekerjaan kita disunahkan untuk memulainya dengan membaca basmalah agar pekerjaan tersebut diberkahi oleh Allah Setelah membaca basmalah agar pekerjaan tersebut berakhir dengan baik dan sempurna kita disunahkan u...
Sindir Neno Warisman Tkn Ingatkan Doa Untuk Kepentingan Yang Baik

Sindir Neno Warisman Tkn Ingatkan Doa Untuk Kepentingan Yang Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 269 hits
Wakil Ketua TKN Abdul Kadir Karding menilai yang diucapkan Neno Warisman dalam acara Munajat 212 tak pantas disebut doa melainkan orasi politik pragmatis
Diet Kawal Stres Ambil 2 Ubat Dibekalkan Doktor Mood Happy Ibu Ini Kongsi Usahanya Dapatkan Zuriat

Diet Kawal Stres Ambil 2 Ubat Dibekalkan Doktor Mood Happy Ibu Ini Kongsi Usahanya Dapatkan Zuriat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 342 hits
Diet kawal stress dan ambil ubat yang dipreskripsi oleh doctor pakar antara usaha yang dilakukan wanita ini bagi mendapatkan cahaya mata Anak pelengkap rumah tangga Setiap wanita yang berkahwin tentu mahukan kehadiran cahaya mata Perkongsia...
Kalahkan The Glory Squid Game When Life Gives You Tangerines Cipta Rekod Bersejarah Buat Netflix

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

Pm Arah Bantuan Koordinasi Diselaras Secara Langsung Dengan Mb Selangor Petronas

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Berzodiak Aries 5 Artis Ini Buktikan Lahir Untuk Bersinar

Open House Raya 2025

Nak Buat Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Guna 2 Bahan Ni

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Era Digital

Severance Apple Tv Exploring Duality And Identity

Kanak Kanak Jatuh Longkang Rakam Sebagai Bukti Bukan Untuk Tular

Mayat Ratu Cantik Myanmar Ditemukan Di Bawah Runtuhan Kondominium

Minggu Dalam Tinjauan Nintendo Perkenal Switch 2

Kerajaan Nak Pecahkan Monopolis Petronas Dan Gas Malaysia Berhad Kenyataan D