Buat Diy Playdoh Homemade Guna Bahan Di Dapur Mudah Selamat Untuk Anak
Mesti seronok kalau dapat buat aktiviti dengan anak. Apa kata kita cuba buat playdoh atau tanah liat? Macam-macam cara nak buat playdoh yang dikongsikan di internet. Kalau nak ikutkan, tentulah yang homemade ini lebih murah dan selamat, lebih-lebih lagi kalau ada bayi yang suka masukkan benda dalam mulut.
Tapi biasalah, bila dah banyak olahan, makin banyak versi. Ada yang hanya guna bahan di dapur sahaja dan mudah penyediaannya. Kali ini dikongsikan cara buat playdoh homemade dari Puan Yatie Eimra.
Saya pernah cuba beberapa resipi playdoh, tapi setakat ni, ni yang paling saya suka sebab guna bahan-bahan basic kat dapur. Yang bagusnya playdoh ni tak perlu simpan dalam bekas kedap udara atau dalam fridge pun masih lembut.
Cuma perlu elakkan kena cahaya matahari direct (contohnya simpan dekat dengan tingkap dan sebagainya). Kalau boleh elakkan juga playdoh terbiar semalaman lepas anak main tu untuk elak playdoh cepat kering dan berderai..
Setakat 4-5 jam terbiar dan kena udara tu ok jer lagi. Kalau kering sikit dan susah nak bentuk, boleh je uli balik dan tambah beberapa titik air/minyak sebelum anak main. Jom tengok resipi dan cara-caranya.
Bahan-bahan:
½ cawan tepung gandum
1 sudu makan garam
30 ml air panas
3 sudu makan cuka
1 sudu kecil minyak (apa-apa jenis minyak pun boleh)
Sedikit pewarna
Larutkan garam dalam air panas.
Ada 2 cara yang mak-mak boleh guna untuk buat playdoh ni. Ikutlah nak guna cara mana yang korang suka.
Campurkan cuka, pewarna & minyak. Saya gunakan minyak bayi sebab jadikan playdoh berbau wangi. Tapi lama-lama baunya akan hilang jugak
Cara #1:
Campurkan semua bahan-bahan kecuali pewarna.
Gaul sebati dengan berhati-hati sebab adunan agak panas.
Asingkan doh kepada 2 bahagian jika ingin gunakan 2 warna berbeza. Tambah pewarna.
Uli sebati hingga doh tak melekat. Jika adunan agak lembik, tabur sikit lagi tepung dalam bekas jika perlu.
Gaul sebati. Tabur sikit lagi tepung jika adunan lembik. (lebih banyak pewarna cecair yang digunakan, adunan jadi lebih lembik)
Nota kaki**
Cara #1 ni agak messy & sebabkan tangan terkena pewarna. Mulakan dengan warna yang cerah dulu, jika tak nak warna bercampur (sebab kat tapak tangan melekat warna yang sebelumnya)
Bila guna cara #1, tangan akan comot terkena pewarna. Mulakan dengan warna yang cerah kalau tak nak warna bercampur. Cara #1 ni lebih sesuai untuk buat warna berbeza dalam kuantiti yang sikit.
Cara #2:
Larutkan garam ke dalam air panas.
Masukkan cuka, minyak dan pewarna dalam air panas. Kacau sebati.
Tuangkan campuran air panas tadi dalam bekas berisi tepung. Gaul dengan berhati-hati sebab adunan agak panas.
Kalau takde sangat plastic wrap, masuk je dalam plastik pembungkus macam ni & ikat ler dengan getah. Simpan kat suhu bilik jer. Boleh bertahan lebih dari 3 bulan bergantung pada cara simpan
4. Uli sebati hingga doh tak melekat. Jika adunan agak lembik, tabur sikit lagi tepung dalam bekas jika perlu.
Nota**
Saya lebih suka gunakan cara #2 ni sebab tangan tak comot. Bila doh dah suam, boleh ajak anak join uli sekali macam dak Fydh ni ha.. Tapi cara #2 ni sesuai untuk buat 1 warna je. Biasanya saya buat 2x untuk 2 warna berbeza.
Sumber: Yatie Eimra
The post Buat DIY Playdoh Homemade Guna Bahan Di Dapur. Mudah & Selamat Untuk Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/buat-diy-playdoh-homemade-guna-bahan-di-dapur-mudah-selamat-untuk-anak/