Buah Pulasan Dari Jiran
Musim durian dah berlalu. Balik Segamat haritu pun dah hujung hujung musim betul. Dapatlah merasa durian yang mak simpankan dalam bekas. Lepas tu dapatlah merasa sebiji durian fresh. Tak pasti durian apa.
Mak beli dari orang kampung. Rezeki lah dapat merasa durian Segamat yang terkenal dengan kesedapannya. Itu cerita dulu lah. Sekarang ni mana mana durian terkenal dengan kesedapan masing-masing. Bermacam-macam jenis ado
Sekarang tengah musim buah pulasan agaknya. Ke dah hujung hujung musim jugak? Akhirnya dapat juga merasa buah pulasan. Jiran sebelah sebelah rumah bagi. Banyak pulak tu dibaginya. Sebesen penuh.
Rezeki kamilah dapat merasa buah pulasan dari jiran tanpa perlu beli. Dapat pulak tu fresh from pokok. Baru petik dari pokok katanya. Mula tu dia bagi anak buah kebetulan anak buah main basikal lalu depan rumah dia.
Lepas tu petang tu dia bagi lagi sebesen. Alhamdulillah.. Seronok bukan main lagi dapat makan buah pulasan juga akhirnya. Selama ni dok telan air liur je nampak buah pulasan. Bukan senang nak cari buah pulasan ni. Buah rare yang susah ditemui.
Harga buah pulasan sekilo berapa ye? Harga buah buahan tempatan pun mengalami kenaikan harga macam harga barang. Lagi lagi buah jenis rare ni. Mahal lah sikit kot kan?
Buah PulasanBuah pulasan, nama saintifiknya Nephelium mutabile. Buah pulasan adalah sejenis buah tropika yang menyerupai rupa bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Pokok buah pulasan pun lebih kurang sama dengan pokok rambutan tapi pokok buah pulasan rendang je
Berbeza dari segi rambutnya, rambutan lebih panjang dan lembut tetapi rambut pulasan lebih pendek dan keras
Biji buah pulasan lebih keras, isinya agak kering dan keras berbanding buah rambutan. Buah pulasan dikenali sebagai 'maritam' di Brunei dan Kalimantan. Dipanggil 'bulala' di Filipina. Buah pulasan in english apa? Pulasan juga lah kan?
Pulasan ni adalah daripada bahasa melayu. Dipanggil pulasan sebab untuk membuka puah pulasan ni perlu menggunakan kaedah pulas. Pulaskan buah tu dan auto terus terbuka kulitnya. Mudah sangat. Tak macam buah rambutan. Kena gigit dulu barulah kulitnya mudah dibuka
Rasa buah pulasan tak terlalu manis. Saya suka tekstur isi buah pulasan yang agak kering. Jadi bila makan tu tak menjejes airnya. Isinya tebal dan tak melekat sangat pada biji buahnya. Mungkin sebab baru petik dari pokok kot. Senang nak makan. Tak membazir bila isi melekat pada biji
Saiz buah pulasan lebih besar sikit dari buah rambutan. Nak memulasnya pun mudah je. Kalau diberi pilihan, saya suka buah pulasan daripada buah rambutan.
Tapi dalam banyak banyak buah rambutan saya suka rambutan gula batu. Makan satu, semestinya tak cukup.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/08/buah-pulasan-dari-jiran.html