Buah Durian 4 Biji Rm30
Dengar-dengar harga durian sekarang murah-murah. Ada yang sampai RM3/sekilo. Masa murah ni memang lagi untung lah membeli. Masa mahal, berkira kira jugalah nak membeli. Melainkan teringin sangat ,terpaksa juga beli
Tiba-tiba macam nak makan durian. Maka, mencuba nasib beli durian. Dapat 2 biji cukuplah lepas teringin kononnya. Husband pun tak makan sangat durian. Sekadar merasa seulas dua je pun dah cukup.
Balik-balik husband bawa 4 biji durian. Banyak betul dibelinya. Minta beli 2 biji dapat 4 biji. Katanya 4 biji RM30. Tokey kedai bagi murah murah dan durian campur campur. Ada durian kampung dan durian kahwin.
Agaknya nak habiskan stok durian yang ada lah tu. Beli kat kedai berdekatan Petronas jalan Jelebu.
Buah duriannya elok lagi tak merekah lagi. Bau buah durian sudah semestinya bau harum semerbak even beli sikit pun. Warna kulit buah durian hijau hijau coklat macam tu. Tak hijau sangat.
Jangan ditanya mana satu durian kampung, mana satu durian kahwin. Memang tak tahu nak menjawabnya. Tak pakar tentang buah durian ni.
Dalam 4 biji buah durian tu, ada sebiji warna isinya putih kelabu sikit. Rasa buah durian dia manis betul tapi kurang lemak. Saya buat tempoyak terus. Dapatlah 1 bekas taufu fa comel tu. Walaupun tak tahu bila nak makan tempoyak tu.
Masakan campur tempoyak ni saya suka orang yang lebih pakar masak. Nak masak sendiri macam tak selera nanti. Lagipun saya bukan penggemar tempoyak sangat. Makan tu boleh tapi tak berapa gemar.
Saja buat, kot ada sesiapa datang nanti-nanti boleh bagi je. Daripada membazir kan.
Ada 1 biji durian yang warnanya kuning betul. Sedap rasa buah durian lemak manis isi duriannya. Saya simpan siap-siap dalam bekas untuk makan esok esok. Kalau dibiarkan, nanti durian merekah masam tak sedap pulak.
Paling suka dapat isi buah durian kucing tidur ni. Dulu masa kecik kecik kucing tidur ni lah jadi rebutan. Dipanggil kucing tidur sebab rupa dia seakan akan posisi kucing tidur.
Jadilah beli durian murah murah untuk lepas teringin makan. Nak beli durian mahal harga kayangan tak lah. Cukup sekadaran merasa je lah.
Buah durian ni pun kena makan sekadaran ni. Makan lebih lebih panas badan dan adakala boleh pening. Kena berpada pada lah. Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain kita tak tahu.
Buah durian bukan sekadar enak dimakan. Ada khasiat buah durian yang lain untuk kesihatan dan kecantikan yang kita kurang ambil tahu.
Manfaat Buah DurianMengubati insomniaBagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.
Menguatkan tulang dan gigiBuah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.
Mengawal keseimbangan gula dalam darahBuah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.
Merawat tekanan
Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.
Merawat anemiaKandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia
Mencerahkan kulitKulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.
Mencegah dan menghilangkan jerawatAntioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.
Memudarkan bintik hitamBintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.
sumber : www.manfaatbuahan.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/08/buah-durian-4-biji-rm30.html