Enam Buah Rumah Rosak Teruk Dibadai Ribut Di Kampung Bapong Lipis


Oleh HARIS FADILAH AHMAD SEORANG penduduk melihat bumbung dan atap kediaman yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Bapong di Lipis, Pahang. - IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BAPONG, LIPISLIPIS : Sebanyak enam buah rumah rosak teruk di bahagian bumbung dan atap akibat dibadai ribut di Kampung Bapong, Lipis petang hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang, ribut selama hampir 30 minit yang disertai hujan lebat turut menumbangkan pokok buah-buahan, tetapi tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa penduduk di situ.
Mangsa ribut, Kamaruddin Mohamad, 60, berkata, ketika kejadian itu dia sedang berehat di ruang tamu selepas pulang bekerja sebagai pemandu lori di bandar Kuala Lipis.
“Ketika sampai di rumah hujan mula turun lebat dan disusuli angin bertiup kencang, tetapi tidaklah menyangka bertukar menjadi ribut kuat setelah saya mula duduk berehat di ruang tamu.
“Tidak berapa lama angin bertambah kuat disertai hujan lebat dan nampak dahan dan daun pokok di sekeliling rumah bergoyang dan suasana ini kemudian bertukar menjadi ribut dan kami sekeluarga agak cemas,” katanya di Kampung Bapong dekat sini hari ini.
Menurut Kamaruddin, keadaan ribut yang mengganas itu menyebabkan bunyi bising dengan gegaran bumbung dan atap rumahnya serta mula nampak beberapa keping melayang jatuh dibadai ribut.
“Dalam keadaan kelam kabut ini, saya memanggil isteri dan anak berkumpul di ruang tamu, tiba-tiba keseluruhan bumbung dan atap di ruang dapur dan bilik tercabut dan diterbangkan ribut.
“Selepas itu keadaan ruang dapur dan tengah rumah basah dengan air hujan termasuk peralatan dapur dan perabot. Kami hanya mampu mengucap serta berdiam diri sambil melihat rumah jiran juga mengalami nasib yang sama,” katanya.
Kamaruddin berkata, dia bersyukur kerana ahli keluarga termasuk jirannya tidak mengalami kecederaan dan kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
“Apapun saya reda dengan ujian Allah SWT yang pertama kali berdepan kejadian ribut ini di samping masih tertekan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak Covid-19 yang nampaknya masih belum berpenghujung.
“Saya berharap ada pihak tertentu yang dapat membantu membaik pulih kerosakan rumah ini memandangkan pendapatan sebagai pemandu lori tidaklah seberapa serta langsung tidak mampu berbelanja peralatan binaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/enam-buah-rumah-rosak-teruk-dibadai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5839 Penyerahan Simbolik 250 Buah Kotak Infak Rezeki Sumbangan Ppim Di Rumah Ybk Yayasan Basmi Kemiskinan 30 07 2021

5839 Penyerahan Simbolik 250 Buah Kotak Infak Rezeki Sumbangan Ppim Di Rumah Ybk Yayasan Basmi Kemiskinan 30 07 2021

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 581 hits
KELANA JAYA 30 Julai 2021 Penyerahan simbolik 250 buah Kotak Infaq Rezeki sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia oleh Pengerusinya Dato Nadzim Johan kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Dato Zainal Abidin Sakom di Rumah YBK Kotak ...
Wanita Sibuk Bergosip Sebabkan 100 Buah Rumah Hangus Terbakar

Wanita Sibuk Bergosip Sebabkan 100 Buah Rumah Hangus Terbakar

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 211 hits
Rakaman pemandangan kawasan kebakaran yang dijilat api di Komplek Perumahan Leppin Makassar Terkini id JAKARTA Berpuluh puluh buah rumah hangus terbakar di Makassar Indonesia gara gara salah seorang penghuninya sibuk bergosip dengan jiran t...
Rumah Dalam Kebun Tepi Sungai Youtuber Menu Kampung Ada Idea Rare Kongsi Video Makan Udang Mentah Rambutan Celup Tepung

Rumah Dalam Kebun Tepi Sungai Youtuber Menu Kampung Ada Idea Rare Kongsi Video Makan Udang Mentah Rambutan Celup Tepung

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 399 hits
BARU sebulan berjinak jinak sebagai YouTuber gadis ini ada sasarannya yang tersendiri Selain bercita cita menjadi YouTuber berjaya suatu hari nanti dia juga mahu menggunakan platform itu bagi berkongsi keunikan makanan yang dihasilkannya An...
Pasien Covid 19 Di Inggris Pulang Dari Rumah Sakit Setelah Dirawat Selama Enam Bulan

Pasien Covid 19 Di Inggris Pulang Dari Rumah Sakit Setelah Dirawat Selama Enam Bulan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 340 hits
Sebagai pasien terlama yang dirawat keluarganya tiga kali datang untuk mengucapkan selamat tinggal karena diperkirakan dia tidak akan bisa bertahan
Jumpa Batu Nilam Bintang Rm400 Juta Belakang Rumah

Jumpa Batu Nilam Bintang Rm400 Juta Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA COLOMBO Pihak berkuasa Sri Lanka memaklumkan mengenai penemuan bongkah batu nilam bintang terbesar di dunia di belakang rumah seorang penduduk Seorang pedagang permata berkata batu itu ditemukan oleh pekerja yang s...
11 Penataan Balkon Rumah Minimalis Yang Nyaman Buat Leyeh Leyeh Cantik

11 Penataan Balkon Rumah Minimalis Yang Nyaman Buat Leyeh Leyeh Cantik

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 396 hits
Kalau balkonmu nggak difungsikan jadi tempat jemuran bisa kali dibikin sudut bersantai kayak gini
Tips Untuk Hilangkan Kebosanan Di Rumah

Tips Untuk Hilangkan Kebosanan Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 344 hits
Rata rata kita rakyat Malaysia dah berasa bosan terkurung di rumah berbulan bulan lamanya Nak keluar pun tak boleh apatah lagi nak bercuti cuti mahupun Lagi lagi dengan kehadiran variant variant baru yang lebih ganas dan berbahaya Di sini s...
Ni Rahsia Awet Muda Saya Umur 35 Tahun Rezeki Dapat 10 Anak Rumah Meriah

Ni Rahsia Awet Muda Saya Umur 35 Tahun Rezeki Dapat 10 Anak Rumah Meriah

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 493 hits
Anak pembawa rezeki dalam keluarga Zaman mak ayah kita dulu dulu jika anak ramai orang tak akan bercakap tetapi sebaliknya akan rasa meriah dalam rumah Namun hari ini bila suami isteri mempunyai anak ramai mulalah ada yang cakap di belakang...
Permohonan Program Baik Pulih Bina Baru Rumah 2021

Permohonan Program Baik Pulih Bina Baru Rumah 2021

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 549 hits
Khas untuk orang awam di negeri Perak Yayasan Perak ada menyediakan satu inisiatif di bawah Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu mereka bagi membaik pulih rumah atau bina rumah Sasaran program ini adalah khusus kepada golon...
Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Anggota Polis Disiasat Ajak Wanita Check In Hotel

Is Dr M S Bangsa Malaysia Only Available In Sabah And Sarawak

Banyak Di X Apa Arti Akun Parodi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Bubur Nasi Segera

Ayam Masak Kicap Madu Sedapnya Naik Satu Level Ini Resipinya

Rasa Tak Yakin Bila Diminta Jadi Imam

Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

Ketamakan Tidak Akan Membantu Pasaran

Kedai Mykasih Johor Senarai Kedai Cara Buat Semakan