Broken Link Perlu Dibiarkan Atau Tidak
Broken link : Perlu dibiarkan atau tidak | Benda paling tak suka bila banyak broken link dalam blog. Dulu umi pernah buat entry pasal CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG. Seingat umi memang dah lama benau tak check broken link ni tau.Dah bertahun rasanya.Lepas tukar kepada wordpress ni memang tak pernah langsung nak jengah.Hari tu masa baca entry² lama, terus umi check Broken link yang ada dalam blog ni. Kalau korang tak tahu apa itu broken link dan kenapa kita kena removed broken link dalam blog ..hah..sila baca ye APA ITU BROKEN LINK Broken link berasal dari perkataan broken dan link.Broken ertinya pecah atau mati manakala link ialah tautan.Jadi jika broken link itu adalah link yang mati,jika di klik broken link itu,maka kita tidak akan dapat menemukan link yang dicari.Maka akan keluar perkataan PAGE NOT FOUND.Page not Found ini ialah halaman link yang tidak wujud ataupun salah. Semua pautan harus membawa kepada tempat yang betul dan jangan dibiarkan mana-mana pautan di dalam blog membawa kepada halaman yang tidak dijumpai. Kalau korang perasan,bila ada broken link pada link yang korang nak cari tu,mesti korang akan dibawa ke halaman 404 not found kan..Hah..maknanya link yang diberikan itu salah,ataupun link tu dah mati.Ada dua sebab sebenarnya broken link ni tau.Apa yang aku tau,dua sebab itu adalah kerana link yang diberikan itu tak complete,tidak wujud dan halaman yang dituju itu telah dihapuskan. Itulah sedikit sebanyak tentang broken link.Cerita lanjut tentang Broken Link tu korang boleh la baca entry di atas ni ye. And korang tau tak, bila je umi check broken link yang ada di dalam blog ni, dekat 2k broken link okeh. Dan kebanyakkannya adalah profile yang tak wujud lagi dari entry-entry lama umi.Maknanya blogger -blogger lama yang umi kenal dulu, ada yang tak aktif berblogging dah sekian lama.So, bila jadi Profile not available tu, terpaksalah kita remove profile mereka tu. Jenuh jugaklah umi nak membuang segala jenis mak nenek broken link dalam blog tu. Serius weh..Kalau terlalu banyak broken link dalam blog ni pun jadi masalah besar jugak tau dalam SEO blog kita.So, ada sedikit masa, kena jugak clearkan mana yang tak perlu. Maklumlah, selain dari hobi, blog ni jugak merupakan sumber pendapatan umi yang kedua jugak.So, kena jaga apa yang sepatutnya dijaga. Lepas ni, dalam setengah tahun, umi kena schedule balik bila akan check semula broken link ni. Untuk setakat ni, umi dah clearkan 60% broken link dalam blog umi.Jenuh nya ler hai nak menghilangkan link-link yang tak guna tu. Tapi pada tu, seronok tau.Teringat kembali zaman-zaman umi berblog dulu.Blogger-blogger yang rajin blogwalking dan drop komen kat blog umi yang biashe-biashe ni. Rindu pulak kat korang.Siapa yang berblog awal tahun 2010 tu…mybe lah tau betapa bestnya berblogging masa tu..
The post Broken link : Perlu dibiarkan atau tidak appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/broken-link-perlu-dibiarkan-atau-tidak/