Siapa Bayar Kos Majlis Perkahwinan Pengantin Lelaki Atau Perempuan


Setiap pasangan pasti impikan majlis perkahwinan yang indah untuk menjadi kenangan seumur hidup, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, ia merupakan antara salah satu majlis yang penting.


Di Malaysia, akan terdapat tiga majlis perkahwinan iaitu; majlis nikah beserta majlis resepsi iaitu bersanding dan bertandang. Persoalannya, siapa yang tanggung?

Walhal dalam agama Islam, sebenarnya cukup sekadar diadakan satu jamuan walimatul urus selepas upacara pernikahan pasangan pengantin.

Meskipun begitu, sudah pasti setiap pasangan yang ingin berkahwin itu mahukan majlis mereka indah dan meriah.

Jarang ada bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka setakat ‘cukup syarat’ dan ala kadar. Manakan tidak, majlis ini sekali seumur hidup!

Akan tetapi setiap majlis perkahwinan itu adalah bergantung kepada kemampuan setiap pasangan pengantin.

Jika inginkan yang mewah dan gilang-gemilang, maka kos yang perlu dikeluarkan pasti banyak, begitu juga sebaliknya.

Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan perlu menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan? Adakah ianya ditanggung oleh pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan? Dan perlukah diadakan jamuan makan-makan sebenarnya?

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengemukakan pandangannya berkenaan perkara ini dalam laman rasmi Pejabat Mufti WP.

Melalui perkongsiannya, kita akan lebih memahami siapa yang bertanggungjawab dan perlu mengeluarkan belanja untuk majlis kenduri atau walimatul urus di sebelah keluarga perempuan.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan ﺍﻟﻮﻟْﻢ yang membawa erti berhimpun atau berkumpul.

Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin.

Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan.

Meskipun begitu, para ulama mempunyai dua pendapat yang berbeza kepada implikasi tuntutan tersebut.

Pendapat Pertama

Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “Lakukanlah walimah’’. Kaedah menyebut: ‘’Kata perintah membawa hukum wajib’’.

Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.

Pendapat Kedua

Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad.

Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.

Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib.

Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.

Siapa yang bertanggungjawab dalam mengadakan majlis perkahwinan?

Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki.

Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga pengantin perempuan.

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri.

Lalu beliau menyatakan, ‘’Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki), melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan."

Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami, berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.

Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas.

Ini kerana, baginda SAW menyatakan kepada beliau ﺃﻭﻟﻢ (lakukanlah walimah), namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf ﺃﻭﻟﻤﻮﺍ (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan).

Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki. Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh.

Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.

Akan tetapi, sekiranya majlis walimah dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri, ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki)."

Sebagai kesimpulan, hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya.

Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.

Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki.

Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
4 Kos Utama Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!
sumber: says



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/siapa-bayar-kos-majlis-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Ditipu Bakal Suami Kononnya Staff Syarikat Minyak Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

Berang Ditipu Bakal Suami Kononnya Staff Syarikat Minyak Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 594 hits
The ReporterOrang selalu menasihatkan siasat latar belakang lelaki yang ingin dijadikan sebagai suami agar tidak menyesal di kemudian hari Namun ada sesetengah orang tidak menerima nasihat itu kerana sudah terlalu mabuk bercinta sehingga ap...
Pa System Majlis Perkahwinan

Pa System Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 519 hits
Majlis Perkahwinan Konsep Garden Beach di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson
Video Dia Permaisuri Hidupku Pengantin Lelaki Buat Suprise Masa Majlis Kahwin Menarik Perhatian Ramai

Video Dia Permaisuri Hidupku Pengantin Lelaki Buat Suprise Masa Majlis Kahwin Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 640 hits
Dia Permaisuri Hidupku Pengantin lelaki Buat Suprise Masa majlis Kahwin Menarik Perhatian Ramai Terbaharu satu majlis persandingan yang berlangsung di Tanjung Malim Perak pada Sabtu lalu tampil dengan tema klasik tradisional lengkap dengan ...
Sarwendah Tak Masalah Anak Laki Laki Atau Perempuan Yang Penting Sehat

Sarwendah Tak Masalah Anak Laki Laki Atau Perempuan Yang Penting Sehat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 411 hits
Sarwendah mengaku tak mempermasalahkan jenis kelamin anak keduanya nanti setelah lahir ke dunia Baik anak laki laki maupun perempuan menurutnya tidak masalah yang terpenting anaknya sehat
Kisah Julaibib Dan Pengantin Perempuan

Kisah Julaibib Dan Pengantin Perempuan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 567 hits
Adalah seorang laki laki dari sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bernama Julaibib Wajahnya tidak begitu menarik Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menawarinya menikah Dia berkata Kalau begitu Anda menganggapku tidak laku Bel...
8 Inspirasi Busana Pengantin Berlengan Panjang Manis Buat Si Lengan Besar Atau Yang Berhijab

8 Inspirasi Busana Pengantin Berlengan Panjang Manis Buat Si Lengan Besar Atau Yang Berhijab

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 438 hits
Buat yang berhijab atau ogah pakai gaun pengantin tanpa lengan cek dulu yuk rekomendasi dari Hipwee Wedding untukmu
Hukumnya Wajib Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan

Hukumnya Wajib Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 677 hits
Menurut kitab Al Feqh al Manhaji Al Walimah diambil dari perkataan yang membawa erti berhimpun atau berkumpul dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya Kemudian disebutkan al walimah merupakan m...
Majlis Perkahwinan Raja Thailand Dengan Bekas Pengawal Peribadi

Majlis Perkahwinan Raja Thailand Dengan Bekas Pengawal Peribadi

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1803 hits
BANGKOK 2 Mei Maharaja Thailand Vajiralongkorn melangsungkan perkahwinan dalam satu upacara di Bangkok Upacara perkahwinan berlangsung pada minggu lalu Raja yang berusia 66 tahun ini berkahwin dengan timbalan komander unit pengawal peribadi...
Video Memang Padu Wehh Terbaiklah Pengantin Shooting Video Pra Perkahwinan Tema Avengers Menarik Perhatian Ramai

Video Memang Padu Wehh Terbaiklah Pengantin Shooting Video Pra Perkahwinan Tema Avengers Menarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 348 hits
Memang Comel Wehh Terbaiklah Pengantin shooting Video Pra Perkahwinan Tema Avengers Menarik Perhatian Ramai Avengers Endgame yang ditayangkan sejak 24 April lepas telah menjadi perbualan hangat sehingga berlaku fenomena luar biasa di seluru...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran