Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah


 

Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail
1. Kerajaan diminta nyatakan langkah telah diambil..
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi persepsi seolah-olah negara ini cenderung kepada negara-negara blok perdagangan tertentu.
Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berkata, ini setelah Malaysia memohon dan telah diterima sebagai negara rakan kongsi dalam BRICS.
“BRICS yang ditubuhkan oleh Brazil, China, India dan Rusia pada 2009 dan kemudiannya disertai oleh Afrika Selatan pada tahun 2010.
“Merupakan sebuah blok negara-negara yang nampaknya seolah-olah bertentangan ataupun bersaing dengan G7 yang diketuai oleh negara-negara Barat yang termasuk juga Jepun,” katanya.
Jelasnya blok itu tidak melibatkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan sebagainya tidak seperti  The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Menurut beliau, semua sedia maklum bahawa pihak Barat khususnya Amerika Syarikat tidak begitu selesa kehadiran negara Rusia dan China dalam BRICS.
“Situasi ini mungkin akan memberikan kesan negatif kepada hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan dan juga terhadap pelaburan FDI khususnya  dari negara-negara berkenaan.
“Kita sedia maklum Malaysia banyak menerima pelaburan yang besar nilainya daripada Amerika Syarikat, German, Austria, Jepun dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengajukan soalan tambahan pada sesi ‘Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan’ di Dewan Rakyat hari ini.
Kerana itu beliau meminta kerajaan menyatakan apakah langkah yang diambil  bagi mengawal atau mengurus naratif bahawa Malaysia tidak dilihat lebih cenderung kepada sesebuah blok kuasa besar dunia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam jawapannya berkata, walaupun telah menyertai BRICS, negara pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan perdagangan terutamanya bersama-sama dengan rakan-rakan dagang tradisional negara.
“Buat masa yang sama dua bulan lepas kita telah mengumumkan yang kita akan mulakan perbincangan bersama-sama dengan Kesatuan Eropah (EU).
“Kita memulakan semula perbincangan mengenai FTA bersama-sama dengan EU yang telah diberhentikan sejak tahun 2012,” katanya.
Tambah beliau, Malaysia juga bersama Amerika Syarikat dan Eropah yang lain telah menyertai perkumpulan yang dipanggil Indo Pacific Economy Framework (IPEF) yang mirip BRICS.
Selain itu, katanya Malaysia juga menyertai beberapa kerjasama lagi termasuk dari negara-negara Timur Tengah dan juga ASEAN. 
– HARAKAHDAILY 29/10/2024 (Tajuk asal Harakahdaily -'BRICS: Apa langkah atasi persepsi memihak blok tertentu')


2. Ekonomi Israel diseret merudum -pakar AGENSI Ogos 17, 2024   
Seorang lelaki menunjukkan kerosakan rumah dan kenderaannya sehari selepas serangan oleh peneroka Yahudi bangsat, di kampung Jit berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki pada 16 Ogos 2024. - Foto AFP
ISTANBUL: Hubungan ekonomi Israel dengan global dilaporkan semakin lemah berikutan geopolitik semasa, sekali gus menandakan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi rejim itu dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Selepas penularan pandemik COVID-19, eksport Israel dikatakan mula meningkat namun ia kini diganggu oleh krisis geopolitik. Eksport bulanan Israel dilaporkan lebih rendah setiap bulan pada enam bulan pertama 2024, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut pengarah pengasas Atli Global Consulting dan pensyarah Koc University di Istanbul, Dr Altay Atli, krisis kemanusiaan yang semakin mendalam di Palestin dan penutupan laluan eksport dikatakan boleh mendorong ekonomi Israel yang berada dalam defisit perdagangan kronik menjadi lebih besar. 
Ketika ini, bukan sahaja angka eksport Israel terjejas akibat krisis berkenaan, malah pusat logistik dan laluan perdagangan yang menghubungkannya dengan ekonomi global turut terjejas.
Pelabuhan Eilat yang menjadi pintu masuk Israel ke Laut Merah, kini ditutup sepenuhnya akibat serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman. Ketika ini, bukan sahaja angka eksport Israel terjejas akibat krisis berkenaan, malah pusat logistik dan laluan perdagangan yang menghubungkannya dengan ekonomi global turut terjejas. Pelabuhan Eilat yang menjadi pintu masuk Israel ke Laut Merah, kini ditutup sepenuhnya akibat serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman.
(Selanjutnya, sila lihat Ekonomi Israel diseret merudum -pakar AGENSI Ogos 17, 2024   -Suntingan IH.)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hmdulillah, kini 'Hadapi realiti baharu: Keselamatan Israel kian retak' sila rujuk harakahdaily. 
Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 antara pencetus kepada sistem keselamatan yang dibanggakan selama ini oleh Israel, yang sebenarnya kian menjadi semakin lemah. (FOTO: MNA)
POLIS Israel dan agensi perisikan dalaman Shin Bet baru-baru ini mengumumkan penahanan rangkaian gerakan warga Israel yang didakwa disyaki sebagai pengintip Iran.
Menurut pihak berkuasa Israel, tahanan tersebut didakwa memberikan maklumat mengenai pangkalan tentera dan melakukan pengawasan terhadap pelbagai individu terkemuka di negara haram itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 31 […] Sila rujuk HarakahDaily..
Penutup: Hebatnya PAS.
Akhir, inilah amanat dari PAS. 'PASTI Bersamamu Al-Aqsa'. Ertinya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa membawa mesej mendunia yang sangat kuat dan penuh makna, terutamanya dalam konteks perpaduan umat Islam dan solidariti terhadap perjuangan pembebasan Al-Aqsa.
Contohnya, PASTI An-Nur Batu 7 dalam satu kenyataan berkata, PASTI yang dikenali sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak Islam, memberikan penekanan terhadap pembentukan generasi yang bukan hanya cemerlang dalam ilmu duniawi, tetapi juga peka terhadap isu-isu besar yang berlaku di peringkat global, khususnya berkaitan dengan Palestin dan Al-Aqsa. 
Menurut kenyataan tersebut, dengan tema ini, PASTI tidak hanya memberikan pendidikan akademik, malah mendidik anak-anak kecil tentang kepentingan mempertahankan hak umat Islam dan tanah suci Al-Aqsa.  Ini menunjukkan betapa pentingnya menanamkan rasa cinta terhadap tanah air dan agama sejak usia muda, agar mereka dapat memahami isu-isu kemanusiaan yang berlaku di peringkat antarabangsa.
Itulah hebat dan luarbiasanya PAS, sebagai sebuah parti Islam di Malaysia..
a. PASTI Bersamamu Al-Aqsa juga menunjukkan bahawa perjuangan ini bukanlah tanggungjawab sesetengah pihak sahaja, tetapi ia adalah kewajiban bersama umat Islam di seluruh dunia. 
b. PASTI sebagai institusi pendidikan menunjukkan sokongan terhadap Al-Aqsa dan mengajak ibu bapa, pendidik, dan masyarakat umum untuk bersama-sama menyuarakan pembelaan terhadap nasib saudara-saudara kita di Palestin. Tema ini turut memberi penekanan kepada pentingnya nilai solidariti antara umat Islam. 
c. Meskipun usia kanak-kanak di PASTI masih muda, tema ini menyemai dalam diri mereka rasa tanggungjawab untuk membantu dan mendoakan keselamatan Al-Aqsa serta memperkukuh semangat ukhuwah Islamiyah. Seterusnya, melalui tema ini, PASTI cuba mendedahkan anak-anak kepada konsep aktivisme dengan cara yang sesuai untuk mereka, seperti melalui doa, sumbangan kecil, atau aktiviti yang meningkatkan kesedaran tentang isu Palestin. 
d. Ini menunjukkan bahawa pendidikan nilai kemanusiaan dan keagamaan boleh dimulakan sejak awal, tanpa mengira usia. Secara keseluruhannya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa bukan sahaja relevan untuk mendidik anak-anak tentang isu Palestin, tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya bersatu padu dalam menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa. 
Al-hamdulillah!

Secara keseluruhannya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa bukan sahaja relevan untuk mendidik anak-anak tentang isu Palestin, tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya bersatu padu dalam menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa, Al-hamdulillah!
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/11/brics-ekonomi-israel-diseret-merudum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 230 hits
Tentera Pembebasan Rakyat China berkumpul ketika latihan diadakan di kawasan pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021 AFP1 Sejauh mana Malaysia sedia sertai BRICS BRICS adalah satu kerjasama ekonomi antara beberapa negara yang di...
Rakyat Iran Persenda Serangan Israel

Rakyat Iran Persenda Serangan Israel

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 230 hits
HarapandailyTular di media sosial sejumlah klip video menunjukkan rakyat Iran tidak terjejas dengan serangan Israel hari ini Rata rata penduduk republik Islam itu dilihat mempersenda serangan daripada tentera Israel selama beberapa jam yang...
Itulah Islam 1 Yahya Sinwar Syahid 1000 Muncul Ganti Mampuslah Israel As

Itulah Islam 1 Yahya Sinwar Syahid 1000 Muncul Ganti Mampuslah Israel As

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 177 hits
Yahya Sinwar syahid dalam perjuangan menentang pengganas Zionis Israel 1 Hamas akan melahirkan 1000 Yahya Sinwar KEMATIAN pemimpin Hamas Yahya Sinwar pada minggu lalu tidak akan mengendurkan penentangan pergerakan itu terhadap rejim Israel ...
Terbaru Israel Kalah 40 000 Warga Israel Lari Ghuyup

Terbaru Israel Kalah 40 000 Warga Israel Lari Ghuyup

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 151 hits
1 Israel kalah lihat video ini Video 2 Sejarah hitam Palestin ditindas Zionis Israel laknatullah Keadaan terkini di bandar raya Gaza akibat serangan udara Zionis Israel yang dirakam pada pagi hari ini 11 Okt 2023 menunjukkan keadaan kemusna...
Semakin Menjadi Jadi Israel Ni

Semakin Menjadi Jadi Israel Ni

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 70 hits
Semasa saya menulis artikel ini Angkatan Tentera Malaysia baru mengesahkan enam anggota tentera kita cedera di Lubnan Mereka adalah anggota Batalion Malaysia atau Malbatt yang melaksanakan misi pengaman bawah panji Pertubuhan Bangsa bangsa ...
Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

Program Alam Ria Pasti Negeri Pahang 2024 Pasti Bentong Juara Pertandingan Pidato Dan Azan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 128 hits
BENTONG Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Bentong menggondol gelaran juara pidato dan azan dalam program Alam Ria PASTI Negeri Pahang berlangsung di Kompleks Al Makmur Kerdau pada Sabtu Kedua dua pemenang adalah pelajar PASTI A l Ikhwan Memp...
Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 435 hits
Tiada tangan ghaib yang pilih Semuanya ikut prosedur dan aturan Tak pasti jangan kongsi BiarBetul The post appeared first on
The Greater Kedah Sultan Pelopor Al Hamdulillah Dap

The Greater Kedah Sultan Pelopor Al Hamdulillah Dap

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 197 hits
1 SULTAN KEDAH PELOPOR KEPADA THE GREATER KEDAH Antaranya MB Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pelbagai inisiatif telah dirintis dan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuanku Sultan demi memastikan Negeri Kedah berada di landasan yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut