Terbaru Israel Kalah 40 000 Warga Israel Lari Ghuyup
1. Israel kalah, lihat video ini.
Video
11:54:58🔴 Lebanon dan Iran Targetkan Tel Aviv, 40.000 Warga Israel ...YouTube · Serambinews2 minggu yang lalu1:197 Warga Israel Membelot: Kerja Sama Jadi Mata-mata Iran ...YouTube · Tribunnews6 hari yang lalu1:33Jutaan Warga Israel Panik hingga Teriak Ketakutan saat Iran ...YouTube · Tribunnews3 minggu yang lalu5:34:06🔴Israel Bergemuruh! 200 Balistik Iran Targetkan Kota Tel Aviv ...YouTube · Tribunnews3 minggu yang lalu
...
2. Sejarah hitam Palestin ditindas Zionis Israel laknatullah
Keadaan terkini di bandar raya Gaza akibat serangan udara Zionis Israel yang dirakam pada pagi hari ini, 11 Okt 2023 menunjukkan keadaan kemusnahan tidak ubah seperti selepas dilanda gempa bumi dahsyat. (FOTO: ANAS AL SHARIF)
Apa itu Palestin?
Perkataan Palestin berasal daripada perkataan Yunani, Philistia, yang berasal dari huraian penulis Yunani Kuno mengenai wilayah itu pada abad ke-12 Sebelum Masihe (S.M).
Sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I hingga 1918, Palestin biasanya dirujuk kepada wilayah geografi yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.
Orang Arab yang memanggil wilayah ini sebagai rumah kepada masyarakat yang telah dikenali sebagai Palestin sejak awal abad ke-20. Namun, kebanyakan tanah ini telah dirampas Israel pada masa kini.
Pada hari ini, Palestin secara teorinya merangkumi Tebing Barat (wilayah yang terletak di antara Israel dan Jordan moden) dan Semenanjung Gaza (yang bersempadan dengan Israel dan Mesir era moden).
Walau bagaimanapun, kawalan ke atas wilayah ini adalah situasi yang agak kompleks. Tidak ada konsensus antarabangsa mengenai sempadan, dan banyak kawasan yang dituntut oleh Palestin telah diduduki (atau lebih tepat dijajah) oleh Israel laknatyllah selama bertahun-tahun.
Lebih daripada 135 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka, tetapi Israel dan beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat, tidak menerima pengikhtirafan tersebut.
Akar awal Palestin
(Selanjutnya sila lihat 'Sejarah hitam Palestin ditindas Zionis Israel laknatullah' -HARAKAHDAILY 11/10/2023)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbaru! Israel kalah, 40,000 warga Israel lari. Al-hamdulillah semoga kemenangan Islam sudah mendekat, perbatasan sudah mendunia. Si bacul pengampu pun kembali bertaubat. Insya Allah!
Sebelum kita pergi jauh, jom kita tonton wayang dulu. Cerita apa? 'Belanjawan atau kewayangan?'
DALAM Belanjawan 2025, Menteri Kewangan telah mengumumkan cadangan untuk meluaskan asas cukai progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.
Dicanang-canangkan bahawa idea tersebut adalah antara mekasime untuk mengurangkan jurang antara “maha kaya” […] (Sila rujuk HarakahDaily).
Lagi satu, ini ada berita baru juga..
Arab Saudi rasmi pembukaan pulau mewah NEOM, Sindalah.
Sindalah, projek pertama di NEOM, Arab Saudi yang sudah siap sepenuhnya telah dibuka secara rasmi pada 22 Oktober 2024. (FOTO: SPA)
a. Di Riyadh, pihak pengurusan projek mega NEOM, kota mega futuristik Arab Saudi pada Ahad mengumumkan pembukaan rasmi Sindalah, sebuah pulau mewah di Laut Merah yang menampilkan restoran, hotel dan tempat pelayaran kapal bertaraf antarabangsa. NEOM menyifatkan Sindalah sebagai ‘pameran fizikal pertamanya’ yang ‘akan berfungsi sebagai pintu masuk NEOM ke Laut Merah’. Sebagai penyediaan akses mudah untuk pemilik kapal layar Eropah, Saudi dan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC).
b. NEOM komited untuk menyokong era baharu pelancongan mewah Kerajaan Arab Saudi, dengan pembukaan Sindalah. Destinasi sulung NEOM ini menawarkan pengunjung ‘pandangan pertama’ tentang masa depan untuk portfolio destinasi dan pembangunan yang luas melalui keseluruhan projek mega NEOM. Sindalah dibina meliputi lebih 840,000 meter persegi (200 ekar) dan akan ditetapkan untuk menerima ‘sehingga 2,400 tetamu sehari menjelang 2028’.
c. Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Disember 2022, berkata, pembukaan Sindalah menandakan peristiwa penting dalam kemajuan projek. Gelombang pertama tetamu jemputan telah dialu-alukan ke Sindalah untuk mengalami ‘daya tarikh pulau mewah itu. Sindalah akan mempunyai kawasan marina 86 tempat tidur, serta menempatkan 413 bilik hotel ultra-premium, di samping 333 pangsapuri perkhidmatan mewah.
d. Tarikan lain di Sindalah termasuk kelab pantai mewah, kelab kapal layar dan 38 tawaran masakan unik yang akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan di Laut Merah. Sindalah juga dijangka menjadi destinasi golf popular dengan menawarkan peminat peluang untuk merasai pengalaman padang bertaraf dunia 6,474 ela (5,920 meter) par 70; dan dengan 18 tee, padang golf Sindalah akan memberi dua pengalaman sembilan lubang yang unik. NEOM menelan kos mencecah AS$500 bilion.
Dan segala macam pembaziran dan kemaksiatan lagi, bila pemimpinnya sudah tidak waras berfikir secara Islam yang syumul lagi.
Ya, fikir-fikirlah.
...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/terbaru-israel-kalah-40000-warga-israel.html