Semakin Menjadi Jadi Israel Ni


 
Semasa saya menulis artikel ini Angkatan Tentera Malaysia baru mengesahkan enam anggota tentera kita cedera di Lubnan. Mereka adalah anggota Batalion Malaysia atau Malbatt yang melaksanakan misi pengaman bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Mereka cedera susulan insiden letupan ketika dalam pergerakan dari Beirut ke Kem Marakah. Menurut kenyataan markas ATM letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam yang sedang menghala ke Beirut lantas mengakibatkan kerosakan bas yang membawa anggota Malbatt 850-12.
Kenyataan ATM tidak memberitahu siapa yang ‘menyasar letupan’ ke atas kenderaan awam yang ia katakan itu. Reuters memetik kenyataan tentera Lubnan berkata serangan dilakukan Israel.
Anggota Batalion Malaysia yang cedera dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Alhamdulillah. Namun hakikatnya mereka cedera dan kita tetap sedih.
Kita tahu Israel sejak September lalu melancarkan serangan udara dan darat di Lubnan atas alasan memburu Hizbollah. Setakat ini lebih 3,000 rakyat Lubnan terkorban dan 14,000 cedera. Pada masa sama Israel meneruskan genosid di Gaza. Lebih 40,000 rakyat Palestin terbunuh atau dibunuh. Dan baru-baru ini Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Iran dan Syria.
Pada 10 Okt lalu Israel memusnahkan menara kawalan tentera pengaman PBB di Lubnan mencederakan beberapa anggota tentera.
Bagi saya Israel mencabar PBB dan dunia terutama negara yang menyokong Palestin seolah-olah berteriak ‘apa kamu boleh buat ke atas aku? Semakin samseng sejak kebelakangan ini.
Semalam Parlimen Jerman melulusan usul bahawa sebarang kritikan ke atas Israel dianggap ‘antisemitic’. Pasti ini adalah satu moral ‘booster’ buat mereka. Dan dengan menangnya Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat beberapa hari lalu Israel bertambah semangat untuk melakukan apa yang mereka sedang lakukan. Tengok sahaja laporan agensi berita antarabangsa mengenai serangan bertali arus Israel ke atas Gaza dan
Lubnan. Bagi saya dipertingkatkan seakan bagi meraikan kemenangan Trump.
Benjamin Netanyahu antara pemimpin dunia paling awal mengucapkan tahniah kepada Trump. Jelas Netanyahu yakin bantuan AS kepada negaranya akan lebih besar berbanding bantuan diberi Joe Biden.
Beberapa hari sebelum pilihan raya presiden AS 5 Nov lalu wartawan terkenal Mehdi Hasan mengulangi apa yang beliau kerap katakan mengenai Trump. Yakni kemenangan Trump kelak akan memburukkan keadaan di Timur Tengah. Sekarang dengan menangnya Trump adakah apa yang dikhuatiri Mehdi akan menjadi realiti?
Bagi beliau, Trump ialah presiden AS palig anti-Palestin dalam sejarah. Mehdi mengingatkan kita bahawa Trumplah yang mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah sekali gus menyokong langkah menamakan Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Semasa menjadi presiden AS kali pertama dulu Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem. Setahu saya tidak ada negara lain berbuat demikian.
Mehdi juga mengingatkan kita, Trump dan Netanyahu atau Bibi adalah kawan baik. Menerusi ‘talk show’ di televisyen dikendalinya Mehdi sering menyiarkan semula klip video Trump memberitahu media bahawa Netanyahu ‘is doing a good job’ di Gaza dan mesti dibiarkan untuk ‘finish his job’. Dan kita tahu Trump (dan semua pemimpin barat) menyifatkan serangan Israel di Gaza adalah sesuatu yang ‘justified’ kerana ia berhak ‘mempertahankan diri’.
Banyk lagi ‘bukti keakraban’ Trump terhadap Israel dihuraikan. Saya tidak perlu ulang di sini. Hujah Mehdi boleh ditonton di saluran YouTube.
Dua hari selepas Trump menewaskan Kamala Harris BBC menyenaraikan tujuh perkara yang Trump kata beliau akan lakukan sebagai presiden. Ini termasuk menghentikan perang Ukraine. Perang Gaza tidak dimasukkan dalam ‘Trump’s to do list’.
Penyokong Trump selama ini bangga beliau adalah presiden AS yang antiperang. Merujuk tiada perang yang membabitkan AS semasa beliau menjadi presiden kali pertama. ‘They have a point’. Mengapa tiada perang waktu itu? Masing-masing ada pandangan tersendiri.
Semasa berkempen untuk jadi presiden kali kedua Trump pergi ke Dearborn, Michigan bandar majoriti rakyat AS keturunan Arab, sesuatu yang Harris tidak lakukan. Dan Trump menjemput pegawai Arab dan Muslim, juga imam ke atas pentas bersamanya sambil menyifatkan mereka itu ‘manusia hebat’.
Walaupun Trump mempunyai sejarah anti-Muslim yang panjang serta membuat kenyataan dan dasar antiimigrasi beliau berjanji ‘to bring peace to the region’ iaitu rantau Timur Tengah.
Bagi Mehdi Presiden Trump ‘is a bullshitter’. Jadi adakah Trump ‘sembang kari’ dengan Netanyahu apabila berkata perdana menteri Israel itu sedang melakukan kerja baik di Gaza dan mesti dibenarkan menyelesaikan kerjanya? Atau adakah Trump ‘sembang kari’ di Dearborn di hadapan ‘Arab Americans’ dan pegawai Arab, Muslim dan imam yang beliau panggil ‘great people’?.
Orang Malaysia tahu apa makna ‘sembang kari’. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/semakin-menjadi-jadi-israel-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Sekuriti Iphone Menjadi Semakin Sukar Ditembusi Pihak Berkuasa Dengan Ios 18

Sistem Sekuriti Iphone Menjadi Semakin Sukar Ditembusi Pihak Berkuasa Dengan Ios 18

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 121 hits
Sistem sekuriti iPhone pernah mendapat perhatian dunia selepas serangan pengganas di San Bernadino pada tahun 2016 Tetapi menurut laporan 404 Media proses untuk menembusi sistem sekuriti iPhone kini kembali menjadi sukar sekiranya menggunak...
Gesaan Pmx Supaya Israel Disingkir Dari Pbb

Gesaan Pmx Supaya Israel Disingkir Dari Pbb

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 91 hits
MSO Gesaan Malaysia agar Isreal disingkir daripada PBB yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim disokong oleh negara negara Arab Para pemimpin negara Arab yang hadir dipersidangan di Mesir menganggap gesaan dibuat Malaysia itu satu ke...
Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 147 hits
PARIS Israel bertegas untuk mengekalkan keupayaan menyerang Lubnan pada bila bila masa sebagai sebahagian daripada syarat untuk mencapai gencatan senjata dengan Hezbollah Menteri Luar Perancis Jean Noel Barrot berkata syarat itu semakin ban...
Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 204 hits
1 Berita dari Gaza Israel kolaps 2 menteri mundur 2 jenderl nyerah Muhammad Husein Gaza Muhammad Husein GazaI5r EL kOLAPS 2 Menteri Mundur 2 Jendral nyerah 416K views 3 months aI5r EL kOLAPS 2 Menteri Mundur 2 Jendral nyerah 416K views 3 mo...
Does Israel Have A Right To Exist And Defend Itself Yes Says Anwar

Does Israel Have A Right To Exist And Defend Itself Yes Says Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 160 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said he recognised Israel s right to exist and to defend itself a position likely to raise questions on whether he subscribes to the Malaysian government s decades long policy of not recognising the Zionist enti...
Menarik Subsidi Minyak Sepatutnya Menjadi Pilihan Terakhir Anwar

Menarik Subsidi Minyak Sepatutnya Menjadi Pilihan Terakhir Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 118 hits
October 2024 Tiga hari lalu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan sedia berdepan gelora daripada rakyat berikutan penarikan subsidi petrol Ron95 yang bermula pada pertengahan tahun depan Beliau mengakui dasar sensitif itu berkemungk...
Wan Fayhsal Dicemuh Isu Pm Dan Israel Jangan Asyik Layan Tiktok Walaun

Wan Fayhsal Dicemuh Isu Pm Dan Israel Jangan Asyik Layan Tiktok Walaun

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 97 hits
HarapandailyKenyataan pemimpin Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengecam Perdana Menteri berhubung hak Israel untuk mempertahankan diri mengundang cemuhan orang ramai Wan Fayhsal berkata PN berpandangan bahawa kenya...
Benarkah Bangsa Israel Pemilik Tanah Palestin

Benarkah Bangsa Israel Pemilik Tanah Palestin

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 94 hits
Kita mulakan kisah dengan singgahnya Nabi Ibrahim a s dan sepupunya Nabi Lut a s ke sebuah negeri bernama Hebron Di sana baginda telah berjumpa dengan Sarah lalu berkahwin dengannya manakala Nabi Lut a s membawa diri ke Kota Sodom sesuai de...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip