The Greater Kedah Sultan Pelopor Al Hamdulillah Dap


 

1. SULTAN KEDAH PELOPOR KEPADA “THE GREATER KEDAH”
Antaranya MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata pelbagai inisiatif telah dirintis dan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuanku Sultan demi memastikan Negeri Kedah berada di landasan yang tepat untuk menjadi “The Greater Kedah” dengan memanfaatkan seluruh potensi dan sumber yang ada.
(Selanjutnya sila rujuk sumberr asal 'SULTAN KEDAH PELOPOR KEPADA “THE GREATER KEDAH”')


2. The Greater Kedah: Gagasan besar menuju keseimbangan duniawi, ukhrawi. 

ALOR SETAR - Pelan strategik The Greater Kedah 2050 merupakan kesinambungan daripada gabungan Pelan Pembangunan Kedah 2021-2035 serta prinsip Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, gagasan besar berkenaan tidak terbentuk secara bersendirian, sebaliknya bermula dengan dasar dan polisi kerajaan negeri yang jelas. 
Menurutnya, gagasan The Greater Kedah akan menjadi pemandu utama bagi memastikan kemajuan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, selaras dengan usaha membina semula ketamadunan yang hebat dan dihormati bagi negeri ini.
“Pas Kedah juga yakin dasar Cordoba of Kedah yang memayungi pembangunan insani rakyat Kedah dalam pelbagai peringkat dapat dikembangkan dan diperkukuhkan seiring dengan kemajuan ekonomi dan sosioekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
“Saya percaya kerangka perancangan The Greater Kedah 2050 merupakan suatu bentuk ‘the end of mind’ bagi melakar kemajuan negeri Kedah dan rakyat dalam dekad akan datang,” jelasnya.
Menurutnya, menerusi perancangan yang teliti dan sistematik, harapan untuk menjadikan Kedah sebagai ‘tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti’ dapat direalisasikan.
“Kami ingin mengajak seluruh rakyat Kedah agar bersatu mendukung gagasan besar The Greater Kedah ini agar ia menjadi realiti,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Blue Print The Greater Kedah yang dilancarkan pada Ahad, hanya sebuah dokumen ciplak dan menunjukkan kerajaan negeri ketandusan idea.
Menurutnya, 90 peratus daripada penyata perancangan pembangunan didakwa diambil daripada perancangan berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dahulu.
Malah dakwanya, hampir keseluruhan daripada projek berimpak tinggi dinyatakan dalam dokumen blue print tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Pusat bukannya kerajaan negeri atau inisiatif State Government 4 (SG4).
Pada Ahad, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika melancarkan Blueprint atau rangka tindakan The Greater Kedah menegaskan, ia merupakan satu hala tuju untuk dicapai dalam tempoh menjelang 2050, ke arah membawa kesejahteraan kepada rakyat, mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan melindungi kelestarian alam sekitar.
Menurutnya, The Greater Kedah merupakan sebuah gagasan besar meliputi seluruh aspek untuk generasi hari ini serta generasi akan datang. (Suntingan IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS adalah Parti Islam se Malaysia, apa-apa pun tetap merujuk kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). 
HUKUM menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh iaitu menyerupai sesuatu yang tidak dibenarkan di dalam Islam.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nushi Mahfodz, berkata fatwa telah menetapkan Halloween haram disambut oleh umat Islam walau sekadar untuk ‘suka-suka’ atau ‘sekadar ikut trend’.
“Sebagai orang Islam, kita mesti patuh kepada prinsip […] (Sila rujuk HarakahDaily).




Fatwa Hukum dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

IRSYAD HUKUM KE-91: HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN

Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?
Jawapan: 
Mukadimah
Sebelum menjawab persoalan ini dengan panjang lebar, kami nukilkan di sini sisipan akhbar dari Harian Metro, Selasa bertarikh 3 November 2015 antara lain menyebut bahawa ia mampu menghakis kemurnian akidah.
Dalam Harian Metro semalam, dilaporkan mengenai penahanan 21 individu beragama Islam  termasuk lima wanita oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana meraikan Pesta Halloween di sebuah kelab malam di Seremban.
Definisi Halloween
Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.
Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya.
Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.
Sambutan Halloween
Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau."
Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa.  Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.[1]
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween  disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Hukum Berkenaan Dengan Halloween
Dikatakan  di sini bahawa menyambut perayaan  Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  
Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.
Riwayat Abu Daud (4031)
Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]
Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan  tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.
Pendapat Badan Fatwa
Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.[2]Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini.[3]Pendapat Ulama’
Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir.Sheikh Dr. Ahmad Sa’id Hawwa ahli Syrian Islamic Council mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hari Halloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka.[4]Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine’s Day dan April’s Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.Penutup
Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur  tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan.                          3 November 2015 bersamaan 21 Muharram 1437H
[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Halloween
[2] http://www.e-fatwa.gov.my/blog/merayakan-halloween
[3] http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=78416
[4]http://www.sunnaonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=97%3Aopening&catid=9%3Afatwa&lang=ar


Penutup:
Al-hamdulillah, akhir kalam dalam bab-bab agama ni memang pejabat Mufti tempat kita rujuk. Takkanlah masalah umat Islam hendak dirujuk kepada puak-puak sekular, tidak Islam seperti DAP atau yang sekandang dengannya?
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/11/the-greater-kedah-sultan-pelopor-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Gagalis Mb Kedah

The Gagalis Mb Kedah

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 100 hits
Blueprint atau rangka tindakan The Greater Kedah merupakan satu hala tuju untuk dicapai dalam tempoh menjelang 2050 ke arah membawa kesejahteraan kepada rakyat mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan melindungi kelestarian alam sekitar di neg...
Room For The Third Vote What Is The Federal Capital Act 1960 And Why Is Pas Attacking Dap Over Calls To Amend It

Room For The Third Vote What Is The Federal Capital Act 1960 And Why Is Pas Attacking Dap Over Calls To Amend It

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 364 hits
At the core of it is the fear that the ethnic Chinese would dominate urban areas Political tensions are flaring again as PAS has openly criticised DAP over the latter s alleged intentions to amend the Federal Capital Act 1960 But what is th...
Mogu Yakiniku The Gardens Mall

Mogu Yakiniku The Gardens Mall

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 239 hits
Lokasi Mogu Yakiniku The Gardens Mall Alamat LG 231A Lower Ground Floor The Gardens Mall Lingkaran Syed Putra Mid Valley City 59200 Kuala Lumpur Waktu Operasi 11 00 pagi 10 00 malam Tarikh Lawatan 20 Oktober 2024 Mogu Yakiniku The Gardens M...
Flight School In Van Nuys Offering More Than Just Pilot Training With A View Of The Runway

Flight School In Van Nuys Offering More Than Just Pilot Training With A View Of The Runway

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 274 hits
Begining the journey to become a pilot is an exciting and life changing choice Finding the best flight training institute is an essential first step whether you are pursuing the career of commercial aviation or just a leisure private pilot ...
The Lowest Point Of My Life

The Lowest Point Of My Life

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 185 hits
well spt biasa aku akan pergi ke sini bila aku nak luahkan sesuatu perkara but i macam takda tempat meluah meluahkan ini kt my mom she is too old to understand my problem so yeah luah kt sini je lah aku rasa macam tiada purpose nak hiduplah...
Malays Unconvinced The Fed Constitution Can Forever Safeguard Bumiputera Privileges

Malays Unconvinced The Fed Constitution Can Forever Safeguard Bumiputera Privileges

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 199 hits
A SEEMINGLY pro Madani backer has chided Perikatan Nasional supporters that they have been taken for a ride by leaders of opposition parties due to their lack of basic statehood knowledge In a post on the X platform the netizen Mohamad Yuso...
The Humble Rokon Awd Is Built For Utility Exploration And The Apocalypse

The Humble Rokon Awd Is Built For Utility Exploration And The Apocalypse

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 235 hits
Be it bobbers baggers beamers or what have you s there s a bike for everyone imbuing the rider with the Steve McQueen or Peter Fonda cool that comes from sitting atop an engine with a can full of gasoline between your knees hurtling through...
Lawatan Kerja Ke Sidang Heads Of State And Government In The Brics Outreach Brics Plus

Lawatan Kerja Ke Sidang Heads Of State And Government In The Brics Outreach Brics Plus

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 100 hits
Saya akan mengadakan Lawatan Kerja ke Kazan Persekutuan Rusia pada 23 dan 24 Oktober 2024 untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Outreach BRICS Plus Lawatan ini yang turut disertai oleh pegawai kanan daripada Kementerian Ekonomi dan Kemente...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik