Bpkns Biasiswa Negeri Sarawak Permohonan


PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) Kepada anak kelahiran Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA), Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa agar membuat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BPKNS Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak(BPKNS) ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan ketika di alam Universiti dan juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sarawak bagi menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk :
Yuran Pengajian Elaun sara hidup Elaun pengangkutan Elaun buku, pakaian dan lain-lain. SYARAT KELAYAKAN BPKNS
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak; Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara; Terbuka kepada semua kursus pengajian kecuali Pendidikan dan Perubatan sahaja; Pelajar yang menerima tawaran BPKNS wajib membatalkan bantuan pendidikan yang lain. KADAR PEMBIAYAAN BPKNS Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah berbeza mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:
PERINGKAT PENGAJIANLOKASI PENGAJIANJUMLAH PER SEMESTERDiplomaSarawakRM2,500.00SabahRM2,750.00Semenanjung MalaysiaRM2,850.00IjazahSarawakRM3,500.00SabahRM3,750.00Semenanjung MalaysiaRM3,850.00 Nota: Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya
KADAR BAYARAN BALIK BPKNS Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).
Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.
TEMPOH BAYARAN BALIK BPKNS Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).
TARIKH PERMOHONAN BPKNS 2024/2025 Tarikh permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak 14 hari selepas keputuan UPU 2024/2025 diumumkan. CARA PERMOHONAN BPKNS BIASISWA PINJAMAN SARAWAK Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan menepati syarat yang ditetapkan, berikut adalah cara membuat permohonan:
Layari pautan https://escholarship.sarawak.gov.my Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40 PANDUAN PERMOHONAN BPKNS BIASISWA PINJAMAN SARAWAK Permohonan BPKNS hanya boleh dibuat semasa tempoh permohonan dibuka. Tempoh permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu /Ahad/ Cuti Umum.
Log masuk laman e-scholarship https://escholarship.sarawak.gov.my Bahagian 1: Kursus Pengajian
Isikan butiran kursus pengajian berikut seperti dalam surat tawaran pemohon Nama Institusi; Bidang Pengajian; Kursus Pengajian. Tarikh Kemasukan; Tempoh Pengajian. Klik teruskan sekiranya telah lengkap diisi. Simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Bahagian 2: Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID pemohon. Kemaskini butiran sekiranya terdapat maklumat yang masih belum lengkap. Muat naik gambar profil pemohon. Gunakan gambar berukuran saiz passport. Kemaskini status pemohon. Pastikan maklumat perhubungan pemohon yang dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID adalah lengkap dan betul. Semak semua maklumat dan pastikan semua medan bertanda * telah diisi dengan lengkap. Klik teruskan untuk ke bahagian seterusnya atau simpan sebagai draf sekiranya pemohon belum meneruskan permohonan. Bahagian 3: Butiran Akademik
Isi butiran akademik dengan sijil tertinggi atau terkini pemohon. Pemohon Diploma Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf. Pastikan pemohon mengisi minimum lapan (8) subjek iaitu lima (5) subjek teras berikut dan tiga (3) subjek lain yang terbaik: Bahasa Malaysia; Bahasa Inggeris; Matematik; Sejarah; Pendidikan Islam/ Pengetahuan Moral. Klik butang (+) untuk memasukkan mata pelajaran yang lain. Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester yang terkini. Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Pemohon Ijazah Sarjana Muda Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Diploma/ Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf. Bagi pemohon lepasan STPM / STAM, sila isi minimum lima (5) subjek termasuk MUET dan Pengajian Am. Bagi pemohon lepasan Diploma / Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf, sila isi Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK). Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester terkini. Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Bahagian 4: Butiran Ibu Bapa / Penjaga (Yang Membiayai Pengajian) Isikan maklumat Ibu Bapa / Penjaga satu persatu. Bagi pemohon yang berstatus anak ibu tunggal atau anak yatim, sila isikan maklumat Ibu atau bapa atau penjaga yang membiayai pengajian. Maklumat nombor kad pengenalan hendaklah dimasukkan bersama sengkang (-). Pilih “Tidak Berkenaan” bagi maklumat yang tidak berkaitan. Lengkapkan semua medan yang bertanda * Klik butang (+) untuk menambah butiran penjaga seterusnya (lebih daripada seorang). Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan Bulanan Sila isikan pendapatan kasar Ibu Bapa / Penjaga. Sila pastikan perbelanjaan bulanan diisi dengan jumlah perbelanjaan/ pinjaman secara bulanan dan bukannya secara tahunan atau jumlah keseluruhan pinjaman. Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Bahagian 5: Butiran Adik-Beradik
Bahagian ini hanya diisi dengan maklumat adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga iaitu yang belum bersekolah / sedang bersekolah / Orang Kurang Upaya / belum bekerja. Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada seorang adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga. Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Bahagian 6: Butiran Lain 
Kegiatan Ko-Kurikulum Sila isikan butiran kegiatan ko-kurikulum yang mempunyai pencapaian atau anugerah sahaja (Peringkat Sekolah/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan). Isikan juga butiran keahlian/ jawatan bagi sebarang kegiatan persatuan atau pasukan berseragam sekiranya ada. Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada satu kegiatan Butiran Penajaan Biasiswa/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan Lalu Klik ya jika pemohon pernah menerima penajaan Biasiswa/ pinjaman/ bantuan kewangan sebelum ini. Isikan dengan lengkap semua butiran yang bertanda * Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan. Bahagian 7: Ringkasan Permohonan  Semak ringkasan permohonan yang telah diisi dan pastikan semua maklumat adalah benar, tepat dan betul. Klik pada kotak perakuan, seterusnya hantar. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh diubah lagi. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan setelah permohonan dihantar, sila hubungi urus setia BPKNS sebelum tamat tempoh permohonan. Notifikasi permohonan akan dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) dan ke alamat emel yang telah didaftarkan. MAKLUMAT LANJUT BIASISWA PINJAMAN SARAWAK Untuk maklumat lanjut mengenai BPKNS Biasiswa Negeri Sarawak, sila layari laman web rasmi BPKNS https://escholarship.sarawak.gov.my/escholarship/
ARTIKEL LAIN 
BKSS PENJAJA 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)
The post BPKNS BIASISWA NEGERI SARAWAK Permohonan appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bpkns-biasiswa-pinjaman-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Bma Untuk Pelajar Lepasan Spm

Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Bma Untuk Pelajar Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 76 hits
Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan BMA Untuk Pelajar Lepasan SPM 10 Dalam usaha berterusan untuk menyokong pembangunan industri pertanian dan kemajuan pendidikan di Malaysia Behn Meyer AgriCare dengan bangganya memperkenalkan Biasiswa Dana...
Pihak Berkuasa Negeri Tidak Pernah Lulus Permohonan Pengeluaran Hasil Tanaman Di Kampung Kawah

Pihak Berkuasa Negeri Tidak Pernah Lulus Permohonan Pengeluaran Hasil Tanaman Di Kampung Kawah

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 50 hits
KUANTAN Pihak Berkuasa Negeri tidak pernah memberi sebarang kelulusan ke atas permohonan pengeluaran hasil tanaman di tanah milik kerajaan di kawasan Kampung Kawah Sungai Lembing di sini termasuk kepada Pertubuhan Perusahaan Pertanian Ne
Deposit Mineral Berharga Termasuk Emas Dan Logam Bernilai Rm1 25 Trilion Ditemukan Di Negeri Sarawak

Deposit Mineral Berharga Termasuk Emas Dan Logam Bernilai Rm1 25 Trilion Ditemukan Di Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 50 hits
Baru baru ini Jabatan Geologi Sarawak telah menemukan sumber mineral yang dianggarkan bernilai RM1 25 trilion termasuk emas nadir bumi bauksit dan logam berharga lain Ada potensi penemuan lain Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tenga...
Pbb Leader Sees Ill Intentions In Sarawak Pkr S Election Plans

Pbb Leader Sees Ill Intentions In Sarawak Pkr S Election Plans

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 83 hits
PBB leader sees ill intentions in Sarawak PKR s election plans PBB vice president Abdul Karim Rahman Hamzah said GPS the Sarawak ruling coalition was prepared to take on PKR PETALING JAYA A Parti Pesaka Bumiputera Bersatu leader sees ill in...
Dasar Ekonomi Perkauman Tidak Sepatutnya Ada Di Sarawak Kata Chieng Jen

Dasar Ekonomi Perkauman Tidak Sepatutnya Ada Di Sarawak Kata Chieng Jen

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 56 hits
KERAJAAN Gabungan Parti Sarawak digesa untuk menggunakan pengaruhnya berhubung isu syarat permohonan permit import Terbuka yang diberikan kepada syarikat Bumiputera kata Ketua Pakatan Harapan dan DAP negeri Chong Chieng Jen Chieng Jen berka...
Disel Kekal Rm2 15 Di Sabah Dan Sarawak Pula

Disel Kekal Rm2 15 Di Sabah Dan Sarawak Pula

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 36 hits
Sabah S wak Labuan diesel remains subsidised at RM2 15 Gomen decision to exempt S wak Sabah from diesel rationalisation not due to demands from both statesOSTB If S wak and Sabah did not demand exemption then why force them to accept exempt...
Datuk Putera Tun Abdul Mubin Shah Di Lantik Jadi Ketua Kontinjen Sukma Pahang Ke Sarawak

Datuk Putera Tun Abdul Mubin Shah Di Lantik Jadi Ketua Kontinjen Sukma Pahang Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 43 hits
KUANTAN Datuk Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir dilantik Ketua Kontinjen Sukan Malaysia Pahang ke Sukma Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan ...
Sarawak Id Login Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak

Sarawak Id Login Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 40 hits
Sarawak ID membolehkan anda untuk akses servis digital dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berserta dengan servis servis lain yang menyokong Sarawak ID Sudahkah anda mendaftar Di sini kami kongsikan cara mendaftar logi...
Bot Karam Di Sarawak 1 Daripada 2 Mangsa Ditemui Lemas

Bot Karam Di Sarawak 1 Daripada 2 Mangsa Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 52 hits
Menurut bomba seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rhuban Apparoo masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan SIBU Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah Belaga pada Ah...
How To Assuage Public Fury Social Unrest Over Targeted Fuel Subsidies

Rm370bil Unseen Cost Of Women S Unpaid Work At Home

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

Kisah Di Hujung Minggu

Menjamu Selera Di Village Cafe

Lima Askar Maut Ketika Latihan Kereta Kebal Seberang Sungai

2 Pelancong China Maut Dalam Nahas Bas Genting Highlands



5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea


Versi Ini Cintaku Yang Pertama Chord

Thomas Arya Feat Elsa Pitaloka Berjanjilah Untuk Setia Chord

Sarawak Id Login Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak

Sukan Sea 2025 Tarikh Penganjuran Senarai Sukan Logo

Sarapan Di Perak Lunch Di Penang Dinner Di Kedah

Akaun Media Sosial Rasmi Pejabat Sultan Pahang Hanya Di Bawah Nama Kesultanan Pahang