Boy Iman Didenda Rm5 000



Pelakon dan penerbit, Boy Iman serta syarikat DBI Properties Sdn Bhd miliknya didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 tiga tahun lalu.
Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu terhadap Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan wakil syarikat selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan itu.
Terdahulu, Boy Iman dan syarikatnya, masing-masing dikenakan denda RM3,000 dan RM2,000 selepas gagal mematuhi perintah TTPM bertarikh 28 Februari 2017 yang memerintahkan OKS dan syarikatnya membayar RM12,000 kepada Hanis Mohd Samah, 58, selepas 14 hari dari tarikh perintah diserahkan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat TTPM di Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, di sini pada 5 Oktober 2017.
Pendakwaan terhadapnya dibuat Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.
Terdahulu, Boy Iman dalam rayuannya menerusi peguam Mohd Asmawi Mohd Yusof memohon dikenakan denda minimum dengan alasan sudah membayar separuh daripada jumlah itu.
"Sebelum ini, OKS sudah membayar RM6,000, manakala bakinya akan dibayar oleh rakan kongsi syarikat itu namun pembayaran gagal dibuat.
"Dalam perbincangan, OKS dan rakan kongsinya itu berjanji untuk membayar separuh-separuh selain sudah diisytiharkan muflis," katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Khatijah Abdul Rajah, membantah rayuan itu dan memohon hukuman setimpal terhadap OKS dengan mengambil kira jumlah kerugian yang dialami pengadu dalam kes ini.
"Selain itu pengakuan salah bukan faktor untuk mahkamah meringankan hukuman apatah lagi dalam kes ini OKS menunjukkan sikap tidak serius selain tidak gentar dengan undang-undang.
"Tambahan pula, OKS adalah seorang selebriti," katanya.
OKS yang ditangkap semalam bagaimanapun membayar denda itu.
Pada 21 Mac 2017, OKS yang juga antara seorang pengarah syarikat DBI Properties menerima salinan perintah melalui serahan tangan oleh pasukan penguat kuasa bagaimanapun selepas tiga tahun, perintah itu masih gagal dipatuhi.
Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Boy Iman selepas gagal hadir pada sebutan kali pertama kes itu dan menetapkan hari ini untuk sebutan kedua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/01/boy-iman-didenda-rm5000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boy Iman Datang Lagi Kini Didenda Rm5000 Kerana Gagal Patuhi Tribunal Pengguna

Boy Iman Datang Lagi Kini Didenda Rm5000 Kerana Gagal Patuhi Tribunal Pengguna

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA Pelakon dan penerbit Boy Iman serta syarikatnya DBI Properties Sdn Bhd didenda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tidak mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang dikeluarkan tiga tahun lepas M...
Peguam Haniff Khatri Didenda Rm30 000 Hina Mahkamah

Peguam Haniff Khatri Didenda Rm30 000 Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 297 hits
BH ONLINE Mohamed Haniff Khatri Abdulla Foto fail NSTP PUTRAJAYA Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla didenda RM30 000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana menghina mahkamah selepas tidak menghormati Mahkamah Persekut...
Siap Siap Bule Di Badung Ngeyel Langgar Prokes Didenda Rp500 000

Siap Siap Bule Di Badung Ngeyel Langgar Prokes Didenda Rp500 000

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 214 hits
Aturan itu nantinya akan dikonsultasikan ke bagian hukum Kemudian diajukan kepada Pemerintah Provinsi Bali dan setelah diverifikasi akan diterapkan
Wajah Terbaru Syed Saddiq Selepas Berjaya Kumpul Rm383 000

Wajah Terbaru Syed Saddiq Selepas Berjaya Kumpul Rm383 000

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 392 hits
519 total views 256 views today Misi botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya Usaha Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengumpul RM200 000 untuk membeli komputer riba b...
Muslimat Pas Pahang Serahkan Sumbangan Rm43 000 Pembinaan Kompleks Pendidikan

Muslimat Pas Pahang Serahkan Sumbangan Rm43 000 Pembinaan Kompleks Pendidikan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 303 hits
TEMERLOH Muslimat PAS Negeri Pahang telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM43 000 kepada Muslimat PAS Malaysia bagi tujuan pembangunan Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah baru baru ini Serahan cek dana itu disampaikan Pengarah Akademi Pe...
Apple Membuang 39 000 Lagi Permua Tanpa Lesen Di App Store China

Apple Membuang 39 000 Lagi Permua Tanpa Lesen Di App Store China

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 175 hits
Beberapa bulan yang lalu kami ada melaporkan bahawa Apple telah membuang sekurang kurangnya 47 000 aplikasi permua dari App Store di China kerana tidak memiliki lesen untuk menaikkan aplikasi aplikasi ini di gedung aplikasi tersebu
Our Hands Are Tied Says Ismail On Rm1 000 Fine For Company Over Sop Breach

Our Hands Are Tied Says Ismail On Rm1 000 Fine For Company Over Sop Breach

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 372 hits
Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob says from February the human resources ministry s requirement for foreign workers to be tested will be expanded to more states PETALING JAYA The government is only able to impose a fine of RM...
Janda Dipenjara Sebulan Denda Rm3 000 Kerana Oyeh Oyeh Buat Kali Ketiga Dengan Pasangan Berbeza

Janda Dipenjara Sebulan Denda Rm3 000 Kerana Oyeh Oyeh Buat Kali Ketiga Dengan Pasangan Berbeza

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 331 hits
Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM3 000 terhadap seorang janda dan teman lelakinya kerana berkhalwat Janda berusia 22 tahun yang tidak bekerja serta pasangannya duda berusia 34 tahun i...
Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Stacy Kisah Dongeng Chord

Sumber Pendapatan Pelbagai Bersara Muda Dan Selesa

Maximising Visual Impact How Large Format Porcelain Enhances Spatial Perception

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area

More Bullying Complaints At Mrsms Coming In Says Asyraf

Poland Will Get A Chunk Of Ukraine