Boy Iman Datang Lagi Kini Didenda Rm5000 Kerana Gagal Patuhi Tribunal Pengguna



PUTRAJAYA : Pelakon dan penerbit ‘Boy Iman’ serta syarikatnya DBI Properties Sdn Bhd, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana tidak mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang dikeluarkan tiga tahun lepas.
Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.
Shah Wira menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara setahun terhadap Boy Iman dan RM2,000 terhadap DBI Properties. OKS membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Boy Iman dan DBI Properties gagal mematuhi perintah TTPM bertarikh 28 Feb 2017, mengarahkan Boy Iman dan syarikatnya membayar RM12,000 kepada Hanis Mohd Samah, 58, iaitu pihak yang menuntut, selepas 14 hari dari tarikh perintah diserahkan.
Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat TTPM di Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, di sini pada 5 Okt 2017 mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Terdahulu, peguam Mohd Asmawi Mohd Yusof memohon denda minimum memandangkan anak guamnya telah membayar separuh daripada jumlah tersebut.

“Sebelum ini, OKS telah membayar RM6,000 manakala bakinya akan dibayar oleh rakan kongsi syarikat tersebut, namun pembayaran yang dijanjikan itu telah gagal dibuat. Dalam perbincangan, OKS dan rakan kongsinya itu berjanji untuk membayar separuh-separuh. OKS juga telah diisytiharkan muflis,” katanya.
Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Khatijah Abdul Rajah memohon hukuman setimpal terhadap OKS, mengambil kira kerugian yang dialami pengadu dalam kes ini.
“Selain itu pengakuan salah bukan faktor untuk mahkamah meringankan hukuman terhadap OKS, apatah lagi dalam kes ini OKS menunjukkan sikap tidak serius dan tidak gentar dengan undang-undang. Tambahan pula OKS merupakan seorang selebriti,” katanya.
Mengikut fakta kes, semasa pendengaran kes di TTPM pada 28 Feb 2017, OKS gagal menghadirkan diri walaupun telah ada dalam pengetahuannya berkenaan tuntutan terhadapnya. Presiden Tribunal telah memerintahkan OKS membayar balik kepada pihak yang menuntut, iaitu Hanis sebanyak RM12,000 dalam masa 14 hari dari tarikh perintah diserahkan.
Pada 21 Mac 2017, OKS yang juga salah seorang pengarah syarikat DBI Properties telah menerima salinan perintah melalui serahan tangan, oleh pasukan penguat kuasa bagaimanapun selepas tiga tahun, perintah itu masih gagal dipatuhi.
Pada 10 Okt tahun lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Boy Iman selepas gagal hadir pada sebutan kali pertama kes tersebut, dan menetapkan hari ini untuk sebutan kedua. OKS ditangkap semalam.

The post Boy Iman datang lagi… Kini didenda RM5000 kerana gagal patuhi Tribunal Pengguna appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/06/boy-iman-datang-lagi-kini-didenda-rm5000-kerana-gagal-patuhi-tribunal-pengguna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boy Iman Didenda Rm5 000

Boy Iman Didenda Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 246 hits
Pelakon dan penerbit Boy Iman serta syarikat DBI Properties Sdn Bhd miliknya didenda RM5 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berjumlah RM12 000 tiga tahun lalu Maji...
Sensor Soli Pada Peranti Berhubung Google Akan Datang Dikatakan Untuk Memantau Tidur Pengguna

Sensor Soli Pada Peranti Berhubung Google Akan Datang Dikatakan Untuk Memantau Tidur Pengguna

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 241 hits
Beberapa hari lepas Google dilaporkan akan hadir denagn peranti berhubung baru yang mempunyai sensor Soli Soli sudah pun digunakan pada termostat Nest mereka yang terkini apakah pula peranti berhubung dengan Soli yang akan Google tawarkan A...
Hiburan Akhirnya Busana Ditaja Sissy Iman Kini Tak Risau Baju Tak Menarik Untuk Hos Red Lounge Ajl35

Hiburan Akhirnya Busana Ditaja Sissy Iman Kini Tak Risau Baju Tak Menarik Untuk Hos Red Lounge Ajl35

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 417 hits
Penyanyi yang kini bergelar pengacara Sissy Iman dikhabarkan bakal menggalas tugas sebagai hos untuk segmen Red Lounge Anugerah Juara Lagu Ke 35 pada 7 Februari ini Sumber Enggan tragedi sama berulang Sissy memberitahu media bahawa dia suda...
Disebabkan Kebebalan Ph Dan Penyokongnya Rakyat Terlepas Hak Untuk Dapat Br1m Rm5000 00 Sehingga 3 Kali

Disebabkan Kebebalan Ph Dan Penyokongnya Rakyat Terlepas Hak Untuk Dapat Br1m Rm5000 00 Sehingga 3 Kali

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 356 hits
KERAJAAN SEPATUTNYA BOLEH BAGI BR1M RM5000 00 BUKAN SEKALI BUKAN 2 KALI TAPI 3 KALI DALAM KEADAAN YG SUSAH BERDEPAN COVID19 MACAM SKANG TAPI APAKAN DAYA Dalam posting propaganda page Sokong Perikatan Nasional itu mereka ibaratkan cadangan p...
Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 435 hits
Malah AKAN diheret ke mahkamah atas keabsahan status PM nya bukan mempertikai darurat perkenan Tuanku Perjalanan politik AKAN lebih meletihkan Pengumuman PKP SEBENARnya sudah cukup untuk merehatkan politik dan umno atau Mana Saja parti AKAN...
Kerajaan Paling Gagal

Kerajaan Paling Gagal

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 311 hits
Hasina HamzahKerajaan paling gagal hanya ramai otak tak tahu tinggal dimana Mereka2 ini bukan shj gagal tetapi tamak jahat dan penipu
Viral Pemuda Di Sumsel Nikahi 2 Wanita 31 Tamu Undangan Tidak Pakai Masker Didenda

Viral Pemuda Di Sumsel Nikahi 2 Wanita 31 Tamu Undangan Tidak Pakai Masker Didenda

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 311 hits
Seorang pemuda bernama Suhuan menikahi dua gadis sekaligus Anggun Andini dan Vopi Anggraini Pesta pernikahan itu diberikan sanksi karena melanggar protokol kesehatan Covid 19
Peguam Haniff Khatri Didenda Rm30 000 Hina Mahkamah

Peguam Haniff Khatri Didenda Rm30 000 Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 316 hits
BH ONLINE Mohamed Haniff Khatri Abdulla Foto fail NSTP PUTRAJAYA Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla didenda RM30 000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana menghina mahkamah selepas tidak menghormati Mahkamah Persekut...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville