Bomba Keadilan Untuk Adib Walau Apa Jua Cara



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.

Ketua Pengarah JPBM Muhamad Hamdan Wahid berkata jabatan itu juga tidak mahu ada halangan dalam usahanya memperjuangkan keadilan untuk Muhammad Adib.

Loading...
“Kita tunggu inkues, macam mana perjalanannya kerana telah ditetapkan (kes Muhammad Adib) dibuat sebagai inkues.

“Kita berdoa keadilan dapat dicapai untuk Muhammad Adib,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu yang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan semasa operasi memadamkan kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheng malam tadi.

Muhammad Adib, 24 meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara, selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang dan dipukul kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada penghujung bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan berkata, inkues akan diadakan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib selepas Peguam Negara Tommy Thomas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk polis.

Sementara itu, Muhamad Hamdan berkata dua anggota bomba yang cedera terbabit ialah Nurulhashima Affandi, 25, yang mengalami tisu koyak di bahagian kaki serta cedera di beberapa bahagian badan dan Nornikman Mamat, 39, yang cedera ringan.

Kedua-duanya sudahpun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan, katanya menambah kedua-dua mereka cedera dihempap dinding pemisah di bahagian bumbung rumah ketika melakukan kerja-kerja penggeledahan selepas api berjaya dipadamkan.

Katanya kebakaran tersebut berlaku kira-kira 10.25 malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, Nuruhashima berkata kejadian berlaku ketika beliau menaiki tangga ke tingkat satu untuk memeriksa tingkat atas rumah berkenaan.

“Ketika saya berada di atas tangga, tiba-tiba ketulan batu daripada dinding atas pemisah rumah runtuh dan menimpa saya. Sebahagian daripada runtuhan menutupi badan dan ketika itu juga seorang lagi rakan setugas ditimpa sewaktu cuba membantu saya,” katanya yang berkhidmat selama enam tahun di BBP Jalan Kubu.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/bomba-keadilan-untuk-adib-walau-apa-jua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib 5 000 Hadir

Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib 5 000 Hadir

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 286 hits
KLANG 25 Dis Kira kira 5 000 orang hadir ke perhimpunan Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia di Dataran Seni di sini hari ini Peserta perhimpunan hadir mengenakan baju berwarna h...
Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 277 hits
KLANG Lebih 1 000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib yang dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia di Masjid Bandar Diraja di sini hari ini Solat jenazah ghaib itu diima...
Inkues Hanya Melengahkan Keadilan Kepada Keluarga Adib Peguam Muslim

Inkues Hanya Melengahkan Keadilan Kepada Keluarga Adib Peguam Muslim

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 358 hits
Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota Unit Bantuan Perkhi...
Hanya Keadilan Yang Tinggal Untuk Adib

Hanya Keadilan Yang Tinggal Untuk Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 340 hits
Hanya keadilan yang tinggal untuk Adib KELUARGA anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 mahukan keadilan tanpa pilih kasih sekiranya kerajaan mahu membuat inkues bagi menentukan sebab kematian anak kedua mereka Mohd Kassim Ab...
Apa Dap Lakukan Untuk Keadilan Adib Lian Ker

Apa Dap Lakukan Untuk Keadilan Adib Lian Ker

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR 6 Jan Naib Presiden MCA Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini mempersoalkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk menegakkan keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Menurut Lian Ker DAP berkempen secara...
Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 410 hits
Penunjuk perasaan keluar dari Masjid Bandar Diraja Klang untukmenyertai perarakan 1 000 orang menuntut keadilan untuk Adib KLANG Lebih 1 000 orang berarak dari Masjid Bandar Diraja Klang ke Dataran Seni Klang petang tadi menuntut keadilan u...
Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 309 hits
MALAYSIAKINI Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang Selangor petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang pr...
Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 407 hits
10 Rabiulakhir 1440H Selasa Kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 tahun yang parah dibelasah perusuh kuil di Subang Jaya dianggap satu tragedi yang memberi pengajaran amat besar kepada negara Serentak itu Presiden Ikatan Musli...
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 572 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3

Glamping With The Stars