Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib


10 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, yang parah dibelasah perusuh kuil di Subang Jaya dianggap satu tragedi yang memberi pengajaran amat besar kepada negara.Serentak itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya, mendesak keadilan diberikan kepada Allahyarham dan keluarganya.Sambil turut bersedih dan menyatakan ‘Ummah sedang berduka’ dengan kematian Muhammad Adib, beliau berkata, ia menjadi pengajaran kepada negara kerana orang yang ikhlas untuk membantu dan menyelamat, telah terkorban.Dalam kenyataan lewat malam tadi, beliau berkata, pihak yang berbohong mengatakan Allahyarham dilanggar jentera bomba juga melakukan penghinaan kepada mangsa dan memilukan keluarganya.Muhammad Adib disahkan mengembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama 22 hari, di Institut Jantung Negara (IJN), jam 9.41 malam tadi, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil dalam kejadian 26 November lalu.Jenazah beliau akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah di ibu negara esok untuk penghormatan terakhir, sebelum dibawa ke kampungnya di Tebengau, Kuala Sala, Kedah, untuk dikebumikan.Pada 26 November lalu, Muhammad Adib diserang perusuh di kuil berkenaan tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugas membantu orang ramai.Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan.Awalnya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin dan badan kenderaan itu.Dalam situasi panik untuk berundur, Allahyarham ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.Pada masa sama, Haji Aminuddin turut mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional), P Waytha Moorthy, yang kononnya memperjuangkan perpaduan, bukan sahaja gagal menangani isu ini, tetapi terus sombong dan angkuh mempertahankan kenyataan yang menipu dan salah.“Pada masa yang sama, mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian mangsa masih lagi bebas dan masih tiada kedengaran dakwaan dikenakan atas mereka.“Di manakah keadilan dan di mana pertimbangan kemanusiaan pihak pemerintah yang diperjuangkan selama ini? Rakyat menuntut pihak Peguam Negara segera menyiasat dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab. Jangan ada pilih kasih dalam pendakwaan ini.“Rakyat juga menuntut Menteri Perpaduan dan pihak yg berbohong segera memohon maaf kepada keluarga mangsa, khususnya dan seluruh rakyat Malaysia, di atas keceluparan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya.Haji Aminuddin turut mengucapkan takziah bagi pihak Isma dan UMMAH kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib. - Ismaweb #CelahGelegar





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/isma-ummah-tuntut-keadilan-buat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Lihat Apa Terjadi Pada Ellie Suriaty Di Perhimpunan Menuntut Keadilan Untuk Muhammad Adib

Terkini Lihat Apa Terjadi Pada Ellie Suriaty Di Perhimpunan Menuntut Keadilan Untuk Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 816 hits
Terkini Lihat Apa Terjadi Pada Ellie Suriaty Di Perhimpunan Menuntut Keadilan Untuk Muhammad Adib
Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau

Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 349 hits
Nama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati BeliauNama Allahyarham Muhammad Adib Akhirnya Diabadikan Dan Diletakkan Disini Sebagai Memperingati Beliau
Bnc Mohon Maaf Kesilapan Gelaran Mendiang Kepada Allahyarham Muhammad Adib Nasional Utusan Online

Bnc Mohon Maaf Kesilapan Gelaran Mendiang Kepada Allahyarham Muhammad Adib Nasional Utusan Online

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 339 hits
BNC mohon maaf kesilapan gelaran Allahyarham Muhammad Adib Nasional Utusan Online BNC mohon maaf kesilapan gelaran Allahyarham Muhammad Adib19 Disember 2018 5 46 PM BNC memaklumkan kesilapan ini adalah tidak disengajakan dan memohon maaf di...
Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 372 hits
MALAYSIAKINI Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang Selangor petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang pr...
Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

Wan Azizah Berjanji Keadilan Untuk Muhammad Adib Akan Terbela

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 514 hits
Wan Azizah berjanji keadilan untuk Muhammad Adib akan terbela Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjanji keadilan untuk anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan terbela Beliau turut merasa hiba atas kematian M...
Tpm Sifatkan Muhammad Adib Sebagai Wira

Tpm Sifatkan Muhammad Adib Sebagai Wira

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 265 hits
TPM sifatkan Muhammad Adib sebagai wira Dikemas kini 18 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 17 Dec 2018 11 44PM middot
Bsn Selesaikan Baki Pembiayaan Kereta Muhammad Adib

Bsn Selesaikan Baki Pembiayaan Kereta Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 295 hits
21 Disember 2018 11 50 PM KUALA LUMPUR Bank Simpanan Nasional mengumumkan akan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kas
Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

Muhammad Adib Kematian Yang Ditangisi

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 459 hits
Semasa hayatnya bukanlah siapa siapa di kalangan rakyat Malaysia Bukan insan hebat dalam arena nya bukan manusia ternama mencipta rekodnya sekadar seorang anak kepada ayah bondanya Menjalani kehidupan yang biasa biasa sahaja rutinnya Namun ...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga