Apa Dap Lakukan Untuk Keadilan Adib Lian Ker



KUALA LUMPUR 6 Jan. - Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini mempersoalkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk menegakkan keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim. 
Menurut Lian Ker, DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi 'keadilan Untuk Teoh Beng Hock' sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu.
Menurut Lian Ker, Muhammad Adib dicederakan dan meninggal sementara menjalankan tugas sebagai anggota bomba.
Lian Ker berkata, kematian Muhammad Adib jelas menunjukkan berlaku kekasaran dan allahyarham telah diserang.
Sementara, Beng Hock menurut Lian Ker,  meninggal semasa dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dalam suasana yang tak jelas dan tiada sebarang bukti menunjukkan berlaku kekasaran dan penjenayahan.
"DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi 'Keadilan Untuk Beng Hock ' sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.
"Apakah tindakan DAP untuk memberi keadilan pada Muhammad Adib selama ini setelah menjadi parti pemerintah? tanya Lian Ker.
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib mengalami kecederaan parah setelah diserang oleh beberapa individu yang belum dikenal pasti dalam satu rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Setelah bertarung nyawa selama 21 hari, Muhammad Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Disember lalu.
Sementara Beng Hock pula ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor pada pagi 16 Julai 2009.
Tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mendesak agar kes kematian Beng Hock segera dibuka semula.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 25 Oktober 2018 berkata, permohonan untuk membuka semula siasatan kes Beng Hock masih di pejabat Peguam Negara.
Pada 7 Januari 2011, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian  Beng Hock.
Pada 21 Julai 2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.-UTUSAN ONLINE  #CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/dap-hipokrit-apa-dap-lakukan-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib 5 000 Hadir

Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib 5 000 Hadir

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 401 hits
KLANG 25 Dis Kira kira 5 000 orang hadir ke perhimpunan Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia di Dataran Seni di sini hari ini Peserta perhimpunan hadir mengenakan baju berwarna h...
Inkues Hanya Melengahkan Keadilan Kepada Keluarga Adib Peguam Muslim

Inkues Hanya Melengahkan Keadilan Kepada Keluarga Adib Peguam Muslim

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 402 hits
Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota Unit Bantuan Perkhi...
Hanya Keadilan Yang Tinggal Untuk Adib

Hanya Keadilan Yang Tinggal Untuk Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 386 hits
Hanya keadilan yang tinggal untuk Adib KELUARGA anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim 24 mahukan keadilan tanpa pilih kasih sekiranya kerajaan mahu membuat inkues bagi menentukan sebab kematian anak kedua mereka Mohd Kassim Ab...
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 589 hits
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa RamaiBerhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai
Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

Ngo Oku Sertai Perhimpunan Aman Menuntut Keadilan Bagi Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 308 hits
KLANG Lebih 1 000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib yang dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia di Masjid Bandar Diraja di sini hari ini Solat jenazah ghaib itu diima...
Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

Polis Nasihat Himpunan Tuntut Keadilan Adib Tak Provokasi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 356 hits
MALAYSIAKINI Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang Selangor petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang pr...
Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

Lebih 1 000 Berarak Di Klang Tuntut Keadilan Untuk Adib

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 460 hits
Penunjuk perasaan keluar dari Masjid Bandar Diraja Klang untukmenyertai perarakan 1 000 orang menuntut keadilan untuk Adib KLANG Lebih 1 000 orang berarak dari Masjid Bandar Diraja Klang ke Dataran Seni Klang petang tadi menuntut keadilan u...
Bomba Keadilan Untuk Adib Walau Apa Jua Cara

Bomba Keadilan Untuk Adib Walau Apa Jua Cara

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 311 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya Ketua Pengarah JPBM Muhamad Hamdan...
Ini Amalan Yang Muhammad Adib Lakukan Sehingga Beliau Dimuliakan Sedemikian Rupa

Ini Amalan Yang Muhammad Adib Lakukan Sehingga Beliau Dimuliakan Sedemikian Rupa

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 191 hits
Catatan tauladan Aku tertanya2 apa amalan arwah Adib agaknya sampai dimuliakan begitu rupa di bumi lagi Seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib Mahalkan nilai doa dari seorang mukmin kepada mukmin lain Yang aku nampak salah satunya dia memul...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi