Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Jika Hujan



Solat Jumaat merupakan sebuah kewajipan untuk dikerjakan oleh tiap-tiap lelaki Muslim secara berjemaah. Ia merupakan solat Fardhu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat bagi menggantikan solat Zohor.
Hukumnya adalah Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan ke atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. Ini adalah berdasarkan dalil Allah yang berbunyi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah al-Jumu’a, 62:9)
Berdasarkan dalil daripada Toriq bin Syibah RA, Rasulullah SAW bersabda:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki Muslim”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Antara syarat wajib solat Jumaat ialah Islam, baligh dan tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh, berakal dan tidak wajib ke atas orang gila, merdeka, lelaki dan tidak diwajibkan ke atas orang perempuan, sihat serta bermastatutin atau bermukim.” (Hadis Riwayat Muslim)
Syarat sah untuk mendirikan solat Jumaat ialah ia perlu didirikan dalam waktu Zohor dan mempunyai jemaah dengan 40 orang atau lebih serta perlu didahului dengan dua khutbah.
Mereka yang mengalami keuzuran seperti sedang sakit sehingga menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratkan penyakitnya, muslim yang sedang dalam musafir serta jika berlaku masalah cuaca seperti hujan lebat, banjir atau ribut taufan sehingga memudaratkan jika ke masjid, maka dikecualikan daripada menunaikan solat Jumaat.
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak dan orang yang sakit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Hakim)
Berdasarkan sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah RA dan Ibn Umar RA, mereka berdua mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika baginda berada di atas mimbarnya:
لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ
“Hendaklah sesuatu kaum itu daripada meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutup hati-hati mereka, akibatnya mereka akan menjadi golongan yang lalai.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tinggal Jumaat Ketika Hujan Lebat
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya kerana Islam mahu mengelakkan haraj, iaitu mendatangkan kesusahan terhadap umatnya. Hujan pula termasuk dalam kategori rukhsah, iaitu ia membolehkan seseorang muslim meninggalkan solat Jumaat. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Berkata ‘Abd al-Rahman Ibn Samurah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila hujan lebat, maka solatlah kamu di rumahnya.”
(Hadis Riwayat ‘Abdullah ibn Ahmad)
Maka, jika hujan lebat atau keadaan cuaca yang teruk dan tidak mengizinkan untuk ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah, dibolehkan untuk tidak menunaikan solat Jumaat. Oleh itu, wajib ke atasnya untuk melakukan solat fardhu Zohor sahaja.
Namun perlu diingat supaya tidak bermudah-mudah dan sengaja mencari alasan untuk meninggalkan solat Jumaat. Kini, banyak kemudahan pengangkutan yang dapat memungkinkan kita untuk tetap sampai ke masjid.
Segelintir ulama’ pula berpendapat bahawa, solat Zohor itu perlu dilakukan setelah muslim selesai melakukan solat Jumaat dua rakaat. Ia adalah untuk menghormati muslim lain yang sedang menunaikan solat Jumaat.
Ada juga sebahagian muslim yang menimbulkan persoalan, bagaimana pula jika sedang bersolat di kawasan yang tidak berbumbung, kemudian hujan turun dengan lebatnya?
Di sini, jika keadaan itu sehingga boleh memudaratkan, maka boleh berhenti daripada solat tersebut dan menggantikannya dengan melaksanakan solat zohor. Tetapi jika ingin meneruskan solat dalam keadaan hujan juga adalah dibolehkan.
Kesimpulan
Solat jumaat merupakan sebuah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap lelaki muslim. Namun, jika berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan sehingga tidak boleh melaksanakannya, maka Islam memberi keringanan kepada Muslim dengan syarat-syarat tertentu. Haram hukumnya jika meninggalkan solat jumaat dengan sengaja tanpa alasan yang munasabah. Berdasarkan Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنَ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ فَلَا صَلَاةَ لَهُ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ، أَوْ مَرَضٌ
“Barangsiapa yang mendengar (azan) tukang azan lalu dia tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (Jemaah), maka solatnya tidak diterima. Sahabat bertanya, “Apakah itu keuzuran?” Baginda menjawab: “Perasaan takut dan sakit.”
Rujukan: Solat Jumaat
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Bolehkah Meninggalkan Solat Jumaat Jika Hujan? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bolehkah-meninggalkan-solat-jumaat-jika-hujan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Empat Terbunuh Dalam Letupan Masjid Setelah Selesai Solat Jumaat

Terkini Empat Terbunuh Dalam Letupan Masjid Setelah Selesai Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 325 hits
Terkini dilaporkan sekurang kurangnya empat orang telah terkorban dan 15 cedera dalam insiden letupan di dalam sebuah masjid di daerah Quetta Kuchlak Pakistan hari ini Siasatan awal polis mendapati bahawa letupan itu berpunca dari alat letu...
Tampil Dengan Gaya Rambut Baru Wajah Alif Satar Tunai Solat Jumaat Keluar Tv Sekali Lagi

Tampil Dengan Gaya Rambut Baru Wajah Alif Satar Tunai Solat Jumaat Keluar Tv Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 426 hits
Hiburan Penyanyi dan pengacara Alif Satar mencuri tumpuan netizen apabila wajahnya sekali lagi muncul ketika siaran langsung solat Jumaat hari ini Menerusi laman sosial Instagram isteri Alif Shadila Halid berkongsi foto yang dikirimkan oleh...
Kebakaran Hutan Hujan Amazon Beri Kesan Buruk Pada Iklim Bumi

Kebakaran Hutan Hujan Amazon Beri Kesan Buruk Pada Iklim Bumi

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 342 hits
Saintis memberi amaran kebakaran hutan hujan Amazon di Brazil menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim Ini kerana hutan hujan Amazon yang dianggap paru paru bumi memainkan peranan sangat penting dalam melambatkan pem...
Viral Gambar Air Hujan Bertukar Hitam Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar

Viral Gambar Air Hujan Bertukar Hitam Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 637 hits
Kebakaran Amazon merupakan tragedi besar pada bumi Digelar Paru paru Bumi hutan hujan tropika terbesar di dunia ini membekalkan 20 peratus oksigen kepada atmosfera untuk melambatkan perubahan iklim dunia Menurut Institut Penyelidikan Angkas...
Sedang Nazak Ini 7 Fakta Menarik Kenapa Hutan Hujan Amazon Amat Penting Kepada Manusia

Sedang Nazak Ini 7 Fakta Menarik Kenapa Hutan Hujan Amazon Amat Penting Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 292 hits
Dunia ketika ini sudahpun sedia maklum bahawa Hutan Hujan Amazon yang terletak di benua Amerika Selatan sedang menghadapi krisis dimana ia sedang terbakar dipercayai sejak 15 Ogos lagi Menurut laporan media antarabangsa kebakaran yang sedan...
Haarp Dan Akhir Zaman Dajjal Mempunyai Kuasa Utk Menurunkan Hujan

Haarp Dan Akhir Zaman Dajjal Mempunyai Kuasa Utk Menurunkan Hujan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 541 hits
HAARP DAN AKHIR ZAMAN Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan dan berkuasa menumbuhkan pokok2 Dajjal dikatakan membawa sungai2 yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk dan mempunyai gunung roti Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya ...
Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Subang Jaya

Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Subang Jaya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 480 hits
Keadaan banjir kilat di Subang Jaya yang menjejaskan beberapa kereta orang awam PETALING JAYA Majlis Perbandaran Subang Jaya berkata antara punca kejadian banjir kilat yang melanda Subang Jaya dan USJ semalam adalah disebabkan hujan lebat d...
Video Lelaki Nyaris Kena Sambar Petir Masa Berjalan Waktu Hujan Lebat

Video Lelaki Nyaris Kena Sambar Petir Masa Berjalan Waktu Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 525 hits
Seorang lelaki hampir bertemu ajal apabila dia nyaris nyaris terkena sambar petir semasa ingin menuju ke keretanya Menurut sumber ketika hujan lebat dan kilat sedang menyambar pada waktu itu ingin meninggalkan perkarangan sekolahnya Academy...
Hanya Beberapa Inci Tular Rakaman Lelaki Berpayung Dalam Hujan Nyaris Dipanah Petir

Hanya Beberapa Inci Tular Rakaman Lelaki Berpayung Dalam Hujan Nyaris Dipanah Petir

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 322 hits
Seorang guru di Amerika Syarikat melalui detik detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya apabila hampir menjadi mangsa panahan petir ketika sedang melintas di dalam hujan menuju ke keretanya Dalam video yang menjadi tular di media sos...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids