Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp


Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta, Tapi Hutang. Perlukah Dibahagi Ikut Faraid? Ini Jawapan Mufti WP. Bila kita sentuh bab harta pusaka, mungkin ramai waris yang dah mula ‘celik mata’ dan tahu selok-belok hukum faraid demi mempertahankan hak masing-masing.
Tapi tak semua orang yang meninggal itu berharta. Ada juga yang meninggal dunia dalam keadaan banyak lagi hutang yang belum dibayar.
Jadi, apakah status hutang ini? Siapa yang bertanggungjawab menyelesaikannya? Adakah pasangan, keluarga, atau ada bahagiannya seperti faraid?
Berikut adalah penjelasan yang cukup terperinci oleh Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan yang patut kita semua ambil perhatian.
Hukum Hutang Faraid

BOLEHKAH HUTANG SI MATI DIBAHAGIKAN MENGIKUT FARAID?
SOALAN
Assalamualaikum wbt Tuan Mufti.
Saya nak tanya, ada tak hukum faraid hutang. Faraid harta saya biasa dengar tapi kalau mati takde harta, hutang je berlambak lambak, ada ke orang faraidkan hutang tu?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Hutang bukanlah satu perkara yang disukai dan digalakkan dalam agama Islam. Ianya jelas sehinggakan Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita semua satu doa meminta berlindung daripada hutang.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah R.Anha bahawa beliau memberitahu Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam seperti berikut:
اللهُمَّإِنِّيأَعُوذُبِكَمِنْعَذَابِالْقَبْرِ،وَأَعُوذُبِكَمِنْفِتْنَةِالْمَسِيحِالدَّجَّالِ،وَأَعُوذُبِكَمِنْفِتْنَةِالْمَحْيَاوَالْمَمَاتِ،اللهُمَّإِنِّيأَعُوذُبِكَمِنَالْمَأْثَمِوَالْمَغْرَمِ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudian orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” (Lihat Fath al-Bari, 2/371)
HUTANG SI MATI WAJIB DILANGSAIKAN DENGAN HARTA YANG DITINGGALKAN

Menjawab kepada persoalan di atas, sekiranya seseorang itu mati dan mempunyai hutang ketika hayatnya, maka hutang tersebut wajib dilangsaikan dengan harta-harta yang ditinggalkannya.
Hal ini kerana, perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh waris si mati ialah membayar hutang-hutang yang ditinggalkan bagi melepaskan belenggu hutang tersebut daripada si mati.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:
نَفْسُالمُؤمِنِمُعَلّقَةٌبِدَيْنِهحَتَّىيُقْضَىعَنْهُ
Maksudnya: “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.”
Riwayat al-Tarmizi (1079)
Imam al-Tarmizi menghukumkan sanad hadith ini sebagai hasan.
WARIS TIDAK HARUS MEMBAYAR HUTANG JIKA TIADA HARTA DITINGGALKAN / TIDAK MENCUKUPI
Adapun begitu, sekiranya si mati tidak meninggalkan sebarang harta atau harta yang dimilikinya tidak mencukupi untuk membayar hutang yang ditinggalkan, maka waris tidak harus untuk membayar hutang-hutang si mati tersebut.
Hal ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
وَلَاتَزِرُوَازِرَةٌوِزْرَأُخْرَىٰ
Maksudnya: “Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”
(Surah al-An’am: 164)
Walaubagaimanapun, sekiranya waris menolong membayar hutang yang ditinggalkan itu, maka ianya termasuk dalam bab ihsan kepada si mati dan semestinya diganjarkan pahala oleh Allah SWT.
KEPERLUAN MENYELESAIKAN HUTANG DENGAN SEGERA
Hutang adalah bebanan tanggungjawab yang perlu diselesaikan segera oleh penghutang.
Setiap muslim sewajarnya beriltizam untuk melangsaikan hutang yang dimiliki. Iltizam yang dipupuk tersebut perlulah disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang yang telah dilakukannya.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْأَخَذَأَمْوَالَالنَّاسِيُرِيدُأَدَاءَهَاأَدَّىاللَّهُعَنْهُ،وَمَنْأَخَذَيُرِيدُإِتْلاَفَهَاأَتْلَفَهُاللَّهُ
Maksudnya: “Barangsiapa meminjam harta orang lain dengan maksud untuk mengembalikannya maka Allah akan melunasinya, barangsiapa yang meminjam dengan niat tidak akan mengembalikannya, maka Allah akan memusnahkan harta tersebut.”
Riwayat al-Bukhari (2387)
Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
إِنَّخَيْرَكُمْأَحْسَنُكُمْقَضَاءً
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik dalam menunaikan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (2390)
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa hutang yang dimiliki oleh si mati tidak boleh difaraidkan kepada waris-waris.
Pembayaran hutang tersebut perlu dilangsaikan terlebih dahulu menggunakan harta peninggalan si mati sebelum harta tersebut di faraidkan kepada waris.
Adapun begitu, sekalipun harta tersebut tidak mencukupi, pihak waris tidak harus untuk membayar hutang si mati.
Namun begitu sekiranya waris menolong membayar hutang tersebut ianya termasuk dalam bab berbuat ihsan kepada si mati.
Sudah pasti perkara tersebut adalah baik kepada si mati dan terlebih baik kepada ahli waris tersebut.
Semoga dengan pencerahan ini memberikan kefahaman kepada kita semua dalam melayari kehidupan dengan syariat Islam yang sebenar.
Amin
The post Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta, Tapi Hutang. Perlukah Dibahagi Ikut Faraid? Ini Jawapan Mufti WP appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/meninggal-dunia-tak-tinggalkan-harta-tapi-hutang-perlukah-dibahagi-ikut-faraid-ini-jawapan-mufti-wp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=meninggal-dunia-tak-tingg

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 468 hits
Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbai...
Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 245 hits
PENUNTUT Malaysia di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi Mohd Hafizuddin Hazrul 20 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Cheikh Zayd akibat leukemia sejak 3 November lalu meninggal dunia 10 50 malam tadi Bapanya Hazrul Abdullah...
Hosni Mubarak Meninggal Dunia

Hosni Mubarak Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 239 hits
KAHERAH Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa Mesir pada usia 91 tahun Berita itu disahkan adik iparnya Jeneral Mounir Thabet hari ini Portal berita BBC melaporkan Mubarak menjalani satu pembedahan ...
3 Kanak Kanak Meninggal Dunia Semuanya Tak Diberi Vaksin Doktor

3 Kanak Kanak Meninggal Dunia Semuanya Tak Diberi Vaksin Doktor

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 180 hits
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengalakkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka sejak dari dulu lagi Namun kemunculan golongan antivaksin dengan dakyah sesat bertuhankan Google telah merencatkan usaha it...
6 Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Saat Jenazah Ibu Dimandikan Ayah Pula Meninggal Dunia

6 Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Saat Jenazah Ibu Dimandikan Ayah Pula Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 444 hits
Tular di media sosial tentang nasib yang menimpa enam orang kanak kanak dengan sekelip mata mereka menjadi yatim piatu setelah ibu bapa mereka meninggal dunia Kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan di Kota Balikpapan Indonesia Menurut ...
Suami Rubiah Suparman Meninggal Dunia

Suami Rubiah Suparman Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 1734 hits
SUAMI kepada pelakon veteran Rubiah Suparman iaitu Zahri Mohd Nor meninggal dunia jam 5 15 petang tadi di kediamannya di USJ Subang Jaya akibat kanser paru paru Anak tirinya Azida Roselay ketika dihubungi berkata arwah disahkan menghidap pe...
Kisah Suami Meninggal Saat Jenazah Istrinya Dimandikan Tinggalkan 6 Bocah Yatim Piatu

Kisah Suami Meninggal Saat Jenazah Istrinya Dimandikan Tinggalkan 6 Bocah Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 235 hits
Siti Haryanti warga Kelurahan Sepinggan Raya Kecamatan Balikpapan Selatan meninggal dunia pada Minggu pukul 10 00 Wita Ia meninggal karena tensi darah tidak stabil setelah melahirkan anak keenamnya satu bulan yang lalu Beberapa jam setelah ...
Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 512 hits
Hosni Mubarak mentadbir Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan protes besar besaran pada 2011 menerusi revolusi Arab Spring Hosni Mubarak meninggal dunia KAHERAH Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital t...
Nak Bercuti Tapi Bajet Takde Ikut Tips Ni Boleh Dapat Pakej Percutian Percuma

Nak Bercuti Tapi Bajet Takde Ikut Tips Ni Boleh Dapat Pakej Percutian Percuma

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 348 hits
Percutian sememangnya merupakan perkara yang disukai oleh semua orang tanpa mengenal usia Bukan sahaja dapat menenangkan minda percutian juga adalah salah satu terapi diri bagi menangani stres dalam menjalani rutin kehidupan seharian Namun ...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Realme Note 60 Dicipta Untuk Ketahanan Akan Dilancarkan Pada 29 November 2024

Siapa Cakap Gaji Aku Rm1 Juta Jojo Ghazali

Betul Ke Teh Hijau Boleh Turunkan Berat Badan

Kalendar 2025 Menyusun Rancangan Perjalanan Dan Percutian

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Homemade Potato Wedges