Bolehkah Bn Menang Prn Melaka



SETAKAT ini masih belum ada tanda-tanda Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO akan mewujudkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Kalau itu berlaku, mungkin pada 8 November nanti kita akan menyaksikan BN bergerak secara solo dan lebih kecil komponennya berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jadi bolehkah BN memenangi PRN itu dengan saiz komponen yang semakin mengecil tanpa sebarang kerjasama strategik selepas melihat hasil kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu dengan Perikatan Nasional (PN) membuahkan hasil dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN Sabah tahun lalu?
Kalau diikutkan, ketika PRU14 dengan kekuatan yang asal pun BN kalah di tangan Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod, BN kalah selepas hilang lapan kerusi DUN kepada PH iaitu empat kerusi UMNO di DUN Rembia, Durian Tunggal, Paya Rumput dan Telok Mas; tiga kerusi MCA di DUN Klebang, Bemban dan Machap Jaya serta satu kerusi MIC di DUN Gadek.
Manakala UMNO juga gagal di DUN Bukit Katil (dahulunya dikenali sebagai DUN Bukit Baru) yang dimenangi bekas Ketua Menteri PH, Adly Zahari.
Ketika itu, UMNO dijangka boleh merampas semula kerusi tersebut daripada Pas yang menang majoriti 43 undi pada PRU13.
Jadi secara keseluruhan, sembilan kerusi itulah yang membawa kekalahan kepada BN pada PRU14.
Dengan dua kerusi milik UMNO (DUN Sungai Udang dan Pantai Kundor) dan masing-masing satu Bersatu-PN (Telok Mas) dan Bebas (Pengkalan Batu) dari empat kerusi yang menarik sokongan kepada kerajaan, cabaran terbesar buat UMNO sudah tentulah mengekalkan kerusi sedia ada dan cuba merampas kembali kerusi yang terlepas ketika ‘Formula 24451’ Idris Haron tidak menjadi disebabkan hilang lapan kerusi DUN dan empat Parlimen dalam PRU14.
Secara matematiknya di Melaka, 15 kerusi DUN diperlukan bagi membolehkan mana-mana parti membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.
Kalau kedudukan terkini DUN diambil kira, UMNO memiliki kerusi terbesar dengan 12 kerusi. Itu pun setelah hilang dua kerusi selepas Sungai Undang dan Pantai Kundor tarik sokongan.
 
PENGHALANG
BN-UMNO hanya perlu satu kerusi (dengan jangkaan dua kerusi yang hilang itu kekal milik BN dalam PRN kali ini) untuk memperoleh majoriti mudah sekali gus membentuk kerajaan.
Atas kertas nampak macam mudah. Takkanlah UMNO dengan sentimen semasa dan berkuasa di peringkat Pusat tidak boleh memperoleh satu kerusi.
Persoalannya bolehkah ia dilakukan?Jelas kelemahan komponen bukan Melayu BN menjadi penghalang kepada hal tersebut.
Kalau MCA dan MIC boleh kemukakan calon boleh menang dan membawa isu-isu yang dekat dengan pengundi sasaran mereka, BN berpeluang cerah untuk menang PRN kali ini.
Namun, kekuatan PH terutama PKR dan DAP yang merampas kerusi-kerusi tersebut daripada BN melalui calon kaum Cina dan India yang berketerampilan masih sukar disaingi MCA dan MIC.
BN juga masih menghadapi defisit kepercayaan yang tinggi dalam kalangan pengundi bandar dan separa bandar yang menyaksikan ia hilang kerusi di kawasan-kawasan bandar terutama Parlimen Alor Gajah, Tangga Batu dan Kota Melaka.
Alor Gajah memperlihatkan BN hilang kerusi tradisinya di empat DUN (Machap Jaya, Rembia, Gadek dan Durian Tunggal).
Manakala BN hilang kerusi signifikannya dalam kawasan pembangkang di DUN Telok Mas (Parlimen Kota Melaka), Paya Rumput dan Kelebang (Parlimen Tangga Batu) serta di kubu kuatnya sendiri, DUN Bemban (Parlimen Jasin).
Kesemua kawasan itu, BN tewas melalui pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan perpecahan undi kepada parti bertanding yang membawa kelebihan kepada PH.
Maka dengan tindakan BN yang mahu bergerak solo kali ini, kebarangkalian untuk mengulangi situasi serupa sangat tinggi.
Adakah satu kerusi yang sangat signifikan buat BN mampu diperoleh dengan strategi berani mati sebegini?
Mampukah BN melakukannya dengan gandingan dua orang kuat Masjid Tanah yang pertama kali mengepalai BN bertarung pada pilihan raya yang sangat terbuka dan penuh dilema?
* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Baca Artikel Menarik :
Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana? Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’ Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa? Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak Layari Laman Facebook MYKMU
The post Bolehkah BN menang PRN Melaka? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/23/bolehkah-bn-menang-prn-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Mahu Lantik 5 Adun Jika Menang Prn Melaka

Bn Mahu Lantik 5 Adun Jika Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 153 hits
BN mahu lantik 5 Adun jika menang PRN Melaka BN berjanji untuk meminda perlembagaan negeri Melaka bagi membolehkan pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri dibuat secara lantikan jika parti itu menang dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Me...
Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 253 hits
Mana Mana parti atau Pakatan dapat selesaikan atau kurang kan Krisis atau isu politik dalaman menjadi petanda mampu menang di PRN Melaka PH ada tiga isu besar penggunaan lambang calon agihan kerusi dan 4 pengkhianat PN selesai tanpa penyert...
Rauf Calon Ketua Menteri Jika Umno Menang Prn Melaka

Rauf Calon Ketua Menteri Jika Umno Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 290 hits
AGENDA DAILY Tiada siapa berani menyanggah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kerana dia orang kuat Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disebut sebut bakal Ketua Menteri jika parti itu menang PRN 20 Nove...
Prn Melaka Semua Pihak Tak Nak Pn Menang Tuan Ibrahim

Prn Melaka Semua Pihak Tak Nak Pn Menang Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 314 hits
VIDEO PRN Melaka Semua pihak tak nak PN menang Tuan Ibrahim Bukan semua tak nak menang tapi ramai yang lihat puak puak kamu dan bersekongkol pula dengan kaki melompat memang tak ada la manusia berakal tak akan sokong yang kurang berakal aka...
Rekod Adly Ph Akan Menang Selesa Jika Prn Diadakan Di Melaka

Rekod Adly Ph Akan Menang Selesa Jika Prn Diadakan Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 254 hits
BORHAN AHMADAMANAH yakin Pakatan Harapan akan menang selesa jika pilihan raya negeri diadakan di Melaka terutama jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN PN dan Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata keyakin...
Siapa Bakal Menang Prn Melaka

Siapa Bakal Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 348 hits
PERSOALAN yang paling kerap ditanya kepada mana mana penganalisis politik ketika ini ialah siapa yang akan menang pada Pilihan Raya Negeri Melaka kelak Soalnya ada atau tidak PRN seperti yang sepatutnya berlaku selepas pembubaran Dewan Unda...
Dr Zainal Kling Orang Melayu Bakal Hilang Kuasa Di Prn Melaka

Dr Zainal Kling Orang Melayu Bakal Hilang Kuasa Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 245 hits
Penganalisis politik meramalkan orang Melayu bakal hilang kuasa politik dan Pakatan Harapan akan kembali berkuasa jika berlaku pertembungan banyak penjuru membabit UMNO BERSATU dan PAS pada Pilihan Raya Negeri Melaka nanti Profesor Emeritus...
Prn Melaka Bersatu Pilih Calon Berintegriti Bermaruah

Prn Melaka Bersatu Pilih Calon Berintegriti Bermaruah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 238 hits
By October 20 2021Bersatu mengutamakan calon yang berintegriti dan bermaruah untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Eddin Syazlee Shith berkata...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut