Siapa Bakal Menang Prn Melaka



PERSOALAN yang paling kerap ditanya kepada mana-mana penganalisis politik ketika ini ialah siapa yang akan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak. Soalnya, ada atau tidak PRN seperti yang sepatutnya berlaku selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi atau akan ada perkara-perkara luar jangka yang mungkin menangguhkan PRN daripada dilangsungkan.
Melaka adalah antara kubu kuat Barisan Nasional (BN). Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN ketika itu yakin akan menguasai Melaka dengan formula 24451 – formula yang dikemukakan oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang menyasarkan 24 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen negeri itu akan dimenangi BN, dengan empat DUN dan satu Parlimen akan dimenangi pembangkang.
Namun, kebangkitan rakyat ketika itu menyaksikan sebaliknya. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengalahkan BN dengan menguasai 15 daripada 28 kerusi DUN serta empat kerusi Parlimen, sekali gus menumbangkan BN dan menukar pemerintahan negeri buat pertama kalinya menerusi majoriti mudah. Selepas 22 bulan, PH akhirnya tumbang selepas beberapa ADUN PH mengalihkan sokongan.
Berbalik kepada siapa akan menang PRN nanti, memang sukar dijawab. Walaupun Melaka antara negeri terkecil dengan jumlah pengundi berdaftar sekitar 500,000 sahaja, selera pengundinya jelas bercampur baur.
Di sebalik semua itu, mungkin ada beberapa faktor yang boleh dijadikan asas pertimbangan untuk membaca dan menentukan siapa yang akan memenangi PRN tersebut.
PRU14 memperlihatkan sentimen dan hegemoni politik UMNO di Melaka masih utuh dan kuat terutama di kawasan luar bandar. Semangat kemelayuan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu Melaka mungkin antara yang masih kuat berbanding negeri-negeri lain.
Pada masa yang sama, sentimen Melayu-Islam dan persepsi PH-DAP anti Melayu-Islam pasca PRU14 mungkin masih sukar untuk dilunturkan. Jadi ,dalam konteks ini UMNO mungkin ada kelebihan.
Namun, keengganan UMNO untuk bekerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) dan lebih mengejutkan, Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) boleh menjejaskan peluang tersebut. Hal itu mungkin membawa kepada dua senario
Formula PAS hanya menyulitkan Umno dan Bersatu

Pertama, Pas akan bertanding di bawah tiket PN menggantikan MN yang baharu dengan naratif Melayu-Islam yang menguntungkan PN. Kedua, Pas bertanding sendirian dan akan memecahkan undi Melayu dengan persaingan empat penjuru antara BN, Bersatu, Pas dan PH yang seperti mana PRU14 menguntungkan PH.
Dengan kekuatan DAP di kerusi-kerusi bandar yang sinonim dengan pengundi Cina dan ketidakupayaan komponen bukan Melayu BN mengikis kekuatan tersebut, BN jelas terlalu lemah untuk bergerak solo dalam PRN tersebut.
Lebih parah, PRN ini mengundang defisit kepercayaan kepada UMNO dan memperlihatkan UMNO sedang dilanda perpecahan serta masalah dalam parti yang meruncing.
PRN ini juga mungkin menjadi ujian kepada kepimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Dengan keputusan UMNO pusat sebelum PRN, bagaimanakah jentera kerajaan terutama Perdana Menteri dalam berkempen. Adakah beliau bergerak sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dan membantu PN yang menunjangi kerajaannya atau membantu UMNO yang dianggotainya? Jelas ia dilema, jika kalau gagal ditangani dengan baik akan membawa kepada permasalahan seterusnya.
Cabaran terbesar buat PH sudah tentulah sentimen penolakan orang Melayu terhadap DAP yang terpalit kepada parti Amanah dan PKR. Penguasaan dua parti itu di kerusi-kerusi kawasan campuran, ia dilihat kunci kepada kemampuan PH untuk menang PRN.
Kerusi seperti Telok Mas, Durian Tunggal, Klebang atau Rembia misalnya, dilihat antara yang kritikal dalam hal tersebut.
Walaupun Melaka sebuah negeri yang mempunyai demografi pengundi yang bercampur, sokongan pengundi jelas masih setia mengikut jalur kaum dan kepartian.
Jadi apakah trend pengundian PRU14 masih kekal mencorakkan keputusan PRN kali ini ataupun sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.
*Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Siapa bakal menang PRN Melaka
Baca Artikel Menarik :
Janji Menteri, DBKL belum sempurna Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut Syafiq lamar Mimi Lana? Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video) Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video) Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: UMNO atau Bersatu, PAS masih dalam dilema

The post Siapa bakal menang PRN Melaka appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/16/siapa-bakal-menang-prn-melaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rauf Calon Ketua Menteri Jika Umno Menang Prn Melaka

Rauf Calon Ketua Menteri Jika Umno Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 333 hits
AGENDA DAILY Tiada siapa berani menyanggah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kerana dia orang kuat Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disebut sebut bakal Ketua Menteri jika parti itu menang PRN 20 Nove...
Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

Prn Melaka Gabungan Pas Bersatu Bakal Kalah Teruk Lapor Portal

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 276 hits
perakinsights com PRN Melaka yang bakal diadakan dijangka menjadi penentu landskap politik di peringkat nasional menuju PRU15 Ia terutama berkaitan kekuatan gabungan Perikatan Nasional antara Bersatu dengan PAS yang sama ada berisiko kalah ...
Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 369 hits
Penganalisis berkata kedudukannya sebagai presiden Umno mungkin tergugat jika parti itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Umno 2020 di Pusat Daganga...
Rekod Adly Ph Akan Menang Selesa Jika Prn Diadakan Di Melaka

Rekod Adly Ph Akan Menang Selesa Jika Prn Diadakan Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 282 hits
BORHAN AHMADAMANAH yakin Pakatan Harapan akan menang selesa jika pilihan raya negeri diadakan di Melaka terutama jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN PN dan Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata keyakin...
Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 286 hits
Mana Mana parti atau Pakatan dapat selesaikan atau kurang kan Krisis atau isu politik dalaman menjadi petanda mampu menang di PRN Melaka PH ada tiga isu besar penggunaan lambang calon agihan kerusi dan 4 pengkhianat PN selesai tanpa penyert...
Dr Zainal Kling Orang Melayu Bakal Hilang Kuasa Di Prn Melaka

Dr Zainal Kling Orang Melayu Bakal Hilang Kuasa Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 288 hits
Penganalisis politik meramalkan orang Melayu bakal hilang kuasa politik dan Pakatan Harapan akan kembali berkuasa jika berlaku pertembungan banyak penjuru membabit UMNO BERSATU dan PAS pada Pilihan Raya Negeri Melaka nanti Profesor Emeritus...
Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

Politik Melaka Prn Bakal Saksikan Pertembungan Bn Ph Dan Pn Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 356 hits
Shuhada Abdul KadirOktober 11 2021Pertembungan dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika perbincangan antara parti parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama Gambar failAYER KEROH Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini