Bolehkah Anak Tiri Mendapat Harta Pusaka



SOALAN:
Arwah ibu saya telah terlanjur dengan orang lain dan mengandung sebelum berkahwin dengan ayah saya, tetapi ibu saya bersalin selepas berkahwin dengan ayah saya dan dikurniakan anak lelaki. Setelah ibu dan ayah saya meninggal, adakah abang tiri saya akan dapat hak harta pusaka ayah saya? Saya memohon agar pihak panel dapat menjawab soalan saya. Sekian.

JAWAPAN:
Pertamanya, bagi memastikan seseorang itu layak mendapat bahagian daripada harta pusaka, mereka hendaklah mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan mereka dengan si mati. Mengikut Undang-Undang Pusaka Islam, terdapat tiga sebab perwarisan iaitu nasab (pertalian darah), perkahwinan dan al-walā’. Fokus perbincangan akan tertumpu berkaitan nasab dan perkahwinan sahaja berdasarkan situasi soalan di atas yang melibatkan isteri, anak kandung dan anak tiri.

Nasab bermaksud hubungan kekeluargaan antara pewaris (si mati) dan waris-waris yang berlaku melalui pertalian darah. Mereka terdiri daripada al-furuʿ (anak dan cucu), al-usūl (bapa dan datuk), al-ḥawāshiyy (adik-beradik, pakcik dan makcik) serta lain-lain yang berkaitan.

Keduanya, hubungan yang terhasil melalui pertalian darah atau perkahwinan mempunyai perbezaan antara satu sama lain daripada sudut penerimaan harta pusaka. Mereka yang lebih akrab susur galurnya kepada si mati akan tersenarai sebagai penerima utama harta pusaka. Ini kerana, ketetapan kadar yang ditetapkan Allah berbeza-beza bergantung keutamaan, tanggungjawab dan susunan kekeluargaan.

Penerima pusaka boleh dibahagikan kepada tiga kelompok utama mengikut turutan; ashāb al-furūd, al-‘asabah, dan dhawi al-arḥām. Pengertiannya:

Ashāb al-furūd: Ahli waris yang paling utama didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta. Golongan ini merupakan ahli waris yang telah ditetapkan bahagian atau saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-Sunnah dan ijma'. Contohnya, suami, isteri dan anak perempuan.Al-‘Asabah: Ahli waris yang menerima keseluruhan harta pusaka jika tiada ashāb al-furūd atau menerima baki pusaka sekiranya mempunyai lebihan selepas diagihkan kepada ashāb al-furūd. Contohnya, anak lelaki.Dhawi al-Arḥām: Ahli waris selain ashāb al-furūd dan al-‘asabah yang tidak ditentukan hak pewarisan harta pusaka dalam al-Quran, sunnah atau ijma'. Contohnya, cucu lelaki dari jalur anak perempuan si mati.
[Lihat: al-Mawarith fi al-Shariah al-Islamiyyah, m/s 37]

Melihat situasi di atas, abang tiri penanya yang juga merangkap anak tiri si mati tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka. Alasannya kerana tidak memenuhi kriteria perwarisan harta seperti pertalian darah, perkahwinan mahupun wala’. Seperti kita sedia maklum, anak tiri tidak mempunyai pertalian darah dengan bapa tirinya.

Namun perlu diingatkan, walaupun anak tiri tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka, tidaklah menghalang adik-beradik tiri lain yang mendapat bahagian harta pusaka untuk melakukan amal jariah dengan membantu meringankan beban dan kesusahan melalui pemberian wang saku, makanan dan lain-lain kepada mereka secara sukarela.

Hayatilah saranan Nabi agar memberikan keutamaan bantuan kepada kaum kerabat berbanding orang lain. Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Salman bin Amir R.A, Nabi SAW telah bersabda:

‏الصَّدَقَة عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةْ، وَعَلَى ذِي الْرحم ثنتان‏:‏ صَدَقَةْ وَصِلَةْ
“Zakat kepada orang miskin diberikan fadhilat zakat manakala kepada ahli kerabat diberikan dua fadhilat; iaitu zakat dan silaturrahim.” [Riwayat al-Nasai’e (2582) dan Ibn Majah (1844)]

Akhirnya, apabila agama menghadkan suatu perkara, agama juga membuka seribu macam pintu kebaikan yang lain. Rebutlah peluang kebaikan tersebut, moga-moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup, insyaAllah.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/bolehkah-anak-tiri-mendapat-harta-pusaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 554 hits
PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi jangan makan harta anak yatim kepada ibunya Sabariah Arshad 63 Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rum...
Pasangan Yang Tiada Anak Lelaki Golongan Yang Paling Kritikal Untuk Buat Hibah Harta

Pasangan Yang Tiada Anak Lelaki Golongan Yang Paling Kritikal Untuk Buat Hibah Harta

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 456 hits
Kalau isteri nak dapat 100 harta suami pastikan mereka dah buat hibah ke atas semua harta Caj hibah biasanya 1 dari nilai keseluruhan harta tak termasuk lawyer fee dan lain lain Benda ni penting tapi kita tak ambik peduli Sabda Rasulullah S...
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 617 hits
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan memastikan menghalalkan dan mewajibkan Tapi menurut istilah syara ad...
Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1902 hits
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam Ia mengandungi hukum pewarisan formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati y...
Jangan Rampas Barang Dari Tangan Anak Anak Akan Belajar Merampas Jika Nak Sesuatu

Jangan Rampas Barang Dari Tangan Anak Anak Akan Belajar Merampas Jika Nak Sesuatu

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 494 hits
Seawal usia 8 bulan anak manusia mengalami satu perkembangan mental yang membolehkannya mula meneroka alam kategori Ini usia terawal bayi mula cuba kenal lebih mendalam setiap satu benda yang wujud di sekelilingnya perbezaan ciri unik setia...
Lolos Uji Coba Teknologi Ebt Karya Anak Bangsa Mulai Diterapkan

Lolos Uji Coba Teknologi Ebt Karya Anak Bangsa Mulai Diterapkan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 200 hits
Teknologi baterai berkapasitas penyimpanan 8 KWh ini sejatinya telah diluncurkan Baran Energy pada pertengahan tahun lalu namun baru bisa diterapkan secara sempurna setelah beberapa kali melalui uji coba hingga dipastikan layak digunakan
Cara Tepat Bagi Anak Muda Untuk Tetap Sehat Di Tengah Banyaknya Jajanan

Cara Tepat Bagi Anak Muda Untuk Tetap Sehat Di Tengah Banyaknya Jajanan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 312 hits
Bukan enggak boleh makan jajanan kekinian Milenial yang saya baca memang punya sifat suka mencari hal baru dan suka explore Dengan gawai mereka berselancar mencari jajanan apa saja yang lagi nge tren sekarang tutur ahli gizi Siti Dharma Azi...
Anak Kerap Demam Dan Selesema Antara 10 Tanda Kekurangan Nutrisi Bahaya Untuk Tumbesaran Anak

Anak Kerap Demam Dan Selesema Antara 10 Tanda Kekurangan Nutrisi Bahaya Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 348 hits
Bayi anda memerlukan sejumlah vitamin dan mineral secukupnya untuk perkembangan mental dan fizikal mereka Oleh itu anda perlu memberi perhatian kepada sebarang tanda tanda yang menunjukkan bayi kekurangan nutrisi bagi memastikan anak anda m...
Anak Batuk Demam Selesema Tambah Bawang Merah Bawang Putih Vitamin C Dalam Makanan

Anak Batuk Demam Selesema Tambah Bawang Merah Bawang Putih Vitamin C Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 345 hits
Meskipun anda dan pasangan merupakan ibu bapa yang sangat cermat akan ada juga masa di mana situasi tidak dapat dikawal dan akhirnya si kecil anda jatuh sakit Walau bagaimanapun anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda dijangkiti penyak...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu