Jangan Rampas Barang Dari Tangan Anak Anak Akan Belajar Merampas Jika Nak Sesuatu


Seawal usia 8 bulan, anak manusia mengalami satu perkembangan mental yang membolehkannya mula meneroka alam kategori.

Ini usia terawal bayi mula cuba kenal lebih mendalam setiap satu benda yang wujud di sekelilingnya + perbezaan/ciri unik setiap benda + dalam kumpulan manalah benda tersebut boleh di masukkan.
Anda fikir, bagaimanakah anak manusia boleh bezakan :
-kucing mainan VS kucing sebenar itu sama tapi tak serupa?
-Bayam VS pisang itu kedua-duanya makanan tetapi memiliki tekstur dan rasa yang berbeza?
-Anjing bertompok hitam putih VS lembu bertompok hitam putih itu lain spesis walau keduanya ada tompok yang sama, empat kaki dan ekor?
Ia memang suatu pelajaran yang RUMIT !..namun WAJIB di kuasai oleh semua bayi bermula usia 8 bulan untuk membolehkannya faham tentang dunia ini.
Bagaimana cara bayi belajar tentang kategori
Bayi akan berminat dengan semua benda y di depan matanya tanpa sedar samada perkara itu bahaya, panas, tajam, mudah pecah dan sebagainya.
Bayi akan mula minat untuk gigit , cabut, patahkan, hisap, campak, tarik, picit, ketuk dan segala kelakuan manipulasi untuk kenalpasti benda/objek dengan lebih mendalam dari segi bentuk, rasa, tekstur, warna dan sebagainya. Misalnya picit pisang untuk lihat ‘apa jadi pada pisang’ atau gigit kunci kereta untuk kenal tekstur dan bentuk.
Maka, anak diusia ini akan kelihatan ‘gatal tangan’ nak capai dan pegang semua benda serta nampak ‘kasar’ bila bermain atau pegang sesuatu.
Maka, ia juga punca anak LEBIH suka benda ‘real’ berbanding mainan. Kerana, benda ‘real’ lebih seronok untuk di terokai misalnya akan keluarkan bunyi jika di campak misalnya sudu besi akan bunyi berdeting bila di campak manakala sudu mainan, tidak.
Mereka bukan nakal, tetapi mereka sedang meneroka INGAT TU!
Ya, betul. Kadang-kala, ibubapa tak terperasan dan tiba-tiba anak telah memegang sesuatu benda yang tak sepatutnya dia pegang. Ibu mungkin marah, cemas atau panik.
Sekali lagi ingat: anak hanya meneroka. Bukan nakal.

Maka, MERAMPAS benda yang berada di pegangan tangan anak BUKAN respon terbaik.
Mengapa? INGAT, ANAK JUGA SEDANG BELAJAR MENGKATEGORIKAN JENIS EMOSI, TINGKAHLAKU DAN RESPON.
Jika anda biasakan merampas sesuatu dari anak, anak juga akan belajar bahawa bila dia mahukan sesuatu yang berada di tangan orang lain, maka yang dia perlu buat ialah: rampas .
Sama halnya dengan jerit, pukul dan cubit anak kecil . Mereka lihat contoh respon belajar mereka kategorikan semua perkara itu sebagai OK .
Bidang saya cuma menerangkan apa yang terjadi di dalam otak anak bagi setiap perkembangan mental yang di lalui. Maka, saya telah terangkan di atas tadi.
Bagaimana untuk menggendalikan kelakuan anak bagi setiap perkembangan usia, bukan bidang utama saya. Maka, saya bantu senaraikan beberapa idea untuk menghadapi tabiat anak yang ‘gatal tangan’ nak pegang semua benda. Rujuklah dengan pakar perkembangan kanak-kanak atau ahli terapi pediatrik untuk nasihat yang lebih bagus.
1⃣ ‘Child proofing’
Ini memang yang utama. Simpan dan letak semua benda ‘terlarang’ jauh dari anak. Jika orang dewasa itu sendiri yang ada tabiat suka letak barang merata-rata sehingga mudah di capai anak, tarik nafas ingat bahawa itu silap anda, bukannya anak cuba salah satu dari idea dibawah.
2⃣ Tunggu
Jika barang tersebut tidak merbahaya, mudah pecah atau bernilai, tunggu sahaja sehingga anak melepaskan barangan tersebut . Segera alihkan dari pandangan anak selepas dia melepaskannya. Bermula usia ini, segala benda tampak menarik di mata anak. Seringkali, perhatiannya terhadap sesuatu objek yang berada di tangan tak bertahan lama sebelum beralih minat ke objek lain pula.
3⃣ Tukar
Tawarkan objek lain yang selamat tetapi menarik sebagai gantian kepada objek yang tak sepatutnya sedang di pegang oleh anak.
4⃣ Minta dengan baik
Buat anak berusia 10 bulan ke atas yang telah mula ada pemahaman tentang konsep kuasa (autonomi), membuat mereka merasa berkuasa dan penting itu berkesan untuk membuat mereka berkerjasama.
Minta dengan baik untuk dapatkan barangan yang di pegang mereka. Baik bermaksud dengan riak wajah, intonasi dan bahasa tubuh yang betul misalnya, ” Boleh bagi mama, sayang? ” . Anda mungkin perlu minta beberapa kali dan beri masa untuk anak memproses fikirannya. ‘Impulse’ (naluri) anak dalam membuat keputusan tentang sesuatu tidak sepantas orang dewasa. Maka bersabar ketika meminta.
Puji, senyum dan ucap terima kasih selepas anak memberikan objek tersebut kepada anda.
Anda boleh juga meminta anak memberikan barangan tersebut kepada orang lain. Misalnya, ” Adik nak tengok kartun? Adik bagi remote tu pada abah then abah buka cerita kartun ok “.
Meminta izin dan beri jalan agar anak memilih untuk memberi objek kepada orang lain itu buat anak rasa penting dan berkuasa. Anak rasa gembira dan ini buat dia lebih mudah berkerjasama.
5⃣ Beritahu dan ambil
Beza rampas dengan ambil ialah: rampas itu bila anak tidak di maklumkan lebih awal bahawa barangannya akan di ambil + barangan di ambil dengan daya paksaan.
Ya, rampas itu perlu di lakukan HANYA JIKA anak memegang barangan yang BENAR-BENAR merbahaya seperti gunting atau barangan penting dan berharga seperti cermin mata kaca.
Jika anda PERLU rampas, PASTIKAN anda: minta maaf kerana perlu
merampas.
terangkan kepada anak (selepas merampas) kenapa anda terpaksa merampas.
Jika barangan tidak begitu merbahaya atau penting NAMUN termasuk dalam kategori ‘barangan larangan sepanjang masa’ seperti ubat-ubatan/pil milik nenek, kertas kerja dan barangan di dalam beg kerja mama atau dompet ayah, maka pandang tepat ke mata anak dan sama aras dengan ketinggian anak, beritahu anak dengan jelas , ” NO, ini tak boleh. Ini barang kerja mama jadi adik tak boleh ambil”.
Kemudian dengan lembut tetapi tegas, tarik barangan tersebut dari anak. Jika anak tidak marah atau tidak cuba menahan tarikan, alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih kepada anak.
Jika anak keberatan melepas objek, pegang bahu atau tangan anak tanpa lepas. Ulang dengan tegas tetapi lembut mesej bahawa anda tidak akan berganjak selagi dia tidak melepaskan. Misalnya , ” Mama tahu adik sedih. Tapi mama tak boleh bagi adik main ubat nenek. Bahaya kalau adik tertelan dan kalau hilang, nenek akan sakit “.
Ulang sehingga nampak atau rasa pegangan anak terhadap objek melonggar. Alihkan segera, peluk dan ucap terima kasih atas kerjasamanya.
***Selamat Mencuba ***
Sumber: Baby Language
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
The post Jangan Rampas Barang Dari Tangan Anak, Anak Akan Belajar Merampas Jika Nak Sesuatu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-rampas-barang-dari-tangan-anak-anak-akan-belajar-merampas-jika-nak-sesuatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Portuguese Man O War

Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Portuguese Man O War

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1397 hits
Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Ini Sengatan Berbisa Menyebabkan Kesakitan Melampau Obor obor beracun yang biasa menghuni Lautan Atlantik Lautan Hindi serta Lautan Pasifik hanyut ke perairan Terengganu dengan 11 ekor ditemui ...
Simpan Cita Cita Nak Jadi Pilot Adik Istimewa Qalesya Mohon Sumbangan Nak Tangan Robot

Simpan Cita Cita Nak Jadi Pilot Adik Istimewa Qalesya Mohon Sumbangan Nak Tangan Robot

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 430 hits
Sebagai seorang manusia mengejar cita cita atau impian dalam hidup bagaikan sudah menjadi lumrah Ada sesetengah orang tidak terlalu mengejar cita cita dan hanya mengikut sahaja apa yang ditakdirkan Ada pula yang bersungguh sungguh berdoa da...
Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 509 hits
Ajar anak bawa barang yang berat sebenarnya bagus untuk kawal tangan menulis dan mata membaca Memang nampak kasihan pada anak tapi kena fikir kesannya bagus untuk perkembangan otot dan otak anak Perkongsian dari Terapis Cara Kerja mengenai ...
Tangan Bukan Untuk Pukul Tangan Untuk Belai Anak Yang Selalu Dipukul Akan Suka Memukul

Tangan Bukan Untuk Pukul Tangan Untuk Belai Anak Yang Selalu Dipukul Akan Suka Memukul

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 403 hits
Sebagaimana yang Ibu kerap kongsikan kekerapan memukul anak bagi membetulkan anak adalah cara yang sangat merbahaya Ibu sangat sangat suka perkongsian Puan A yang kisahnya telah dikongsikan kepada Ibu Asalnya Puan A ini pernah dibesarkan de...
Cuti Kuarantin Pengalaman Anak Kena Penyakit Hfmd A K A Sakit Tangan Kaki Mulut

Cuti Kuarantin Pengalaman Anak Kena Penyakit Hfmd A K A Sakit Tangan Kaki Mulut

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 1264 hits
Hi u ols entri ni CA nak share pengalaman anak CA kena penyakit HFMD Alkisahnya dalam tiga orang anak CA yang si Aira ni satu2nya mencipta sejarah kena penyakit ni 2 bulan gais CA tak bawak anak anak pi mall pasar taman or tempat yang ramai...
Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

Seronok Anak Bertunang Ibu Sarung Cincin Siap Cium Tangan Bakal Menantu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 878 hits
Pertunangan merupakan satu fasa sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan Dalam masyarakat Melayu bertunang itu adalah simbolik bahawa gadis tersebut sudah mempunyai bakal suami dan akan berkahwin tidak lama lagi Bertunang juga boleh diangga...
Marah Sekalipun Elakkan Pukul Atau Menampar Anak Guna Tangan Nanti Lagi Degil

Marah Sekalipun Elakkan Pukul Atau Menampar Anak Guna Tangan Nanti Lagi Degil

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 421 hits
Kebanyakan ibu bapa rasa didikan pada anak anak dah betul Tapi sedarkah kita cara mendidik itu buat anak memendam rasa hinggakan depan kita anak berpura pura baik sedangkan di belakang kita anak buat perangai yang ibu bapa pun sendiri tak j...
Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 440 hits
Rasanya normal untuk anak membesar lalui fasa tak berselera makan tolak makanan dan tiba tiba jadi picky eater Ya NORMAL Tapi kena cepat cepat cari jalan untuk dia berselera dan suka makan Tak mudah tapi tak mustahil Jangan kita pula biarka...
Kena Selalu Bacakan Buku Pada Anak Sebelum Tidur Kalau Nak Rangsang Otak Anak Jadi Bijak

Kena Selalu Bacakan Buku Pada Anak Sebelum Tidur Kalau Nak Rangsang Otak Anak Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 356 hits
Membacakan buku kepada anak sebelum tidur bukanlah rutin masyarakat kita Tapi jika ia perkara yang baik tiada salahnya untuk kita ikut dan jadikan amalan Perkara ini dikongsi oleh motivator dan penulis yang selalu berkongsi tip tentang penj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah