Anak Batuk Demam Selesema Tambah Bawang Merah Bawang Putih Vitamin C Dalam Makanan


Meskipun anda dan pasangan merupakan ibu bapa yang sangat cermat, akan ada juga masa di mana situasi tidak dapat dikawal dan akhirnya si kecil anda jatuh sakit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda dijangkiti penyakit-penyakit biasa yang akan sembuh seiring dengan peredaran masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga bayi anda dan ubah sedikit diet seharian mereka.

Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu untuk menjaga pemakanan bayi yang sakit:
Bagaimanakah anda perlu menyusukan bayi anda yang sakit?
Penyusuan badan merupakan cara utama untuk membekalkan bayi anda yang masih lemah dengan antibodi dan nutrien penting. ini sangat diperlukan untuk anak anda menguatkan sistem imun dan melawan bakteria. Oleh itu, teruskan memberi bayi anda susu badan. Anda juga boleh memberikan mereka susu formula tetapi bukan pada kekerapan dan jangka masa yang lama. Ini kerana bayi yang sedang sakit cenderung untuk muntah setiap kali selepas sesi penyusuan.
Perlukah anda terus menyuapkan makanan pejal kepada mereka?
Anda boleh terus menyuapkan makanan pejal kepada bayi anda selagi makanan tersebut mudah untuk dihadam, mengandungi nutrien yang tinggi dan bayi anda masih mahu untuk memakannya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mereka tidak mahu makan makanan pejal?
Jangan memaksa mereka untuk makan sebaliknya tukarkan diet bayi anda daripada makanan pejal kepada minuman sekiranya mereka tidak berselera untuk makan. Ini mungkin menunjukkan badan mereka terlalu letih untuk menerima sebarang jenis makanan. Ketika ini, anda perlu memberikan makanan cair atau minuman yang tinggi nutrisi dan pastikan mereka kekal berhidrasi.
Apa yang perlu diberikan kepada bayi anda yang sedang sakit?
Pakar perubatan menyarankan ibu bapa untuk mengubahsuai sedikit sajian bayi anda bergantung kepada jenis penyakit mereka:
Batuk dan demam selsema: tingkatkan pengambilan vitamin C mereka dengan menambahkan bawang merah, bawang putih dan pelbagai makanan kaya vitamin C yang lain. Jika bayi anda berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh berikan mereka air suam bercampur madu. Produk tenusu tidak disarankan kerana ia akan mengakibatkan senak perut dan meningkatkan penghasilan mukus.
Sakit perut: tingkatkan pengambilan cecair dan berikan makanan yang mudah untuk dihadam. Doktor juga mungkin mencadangkan kanak-kanak yang yang mengalami sakit perut untuk mengikut diet BRAT (banana-rice-apple-toast).
Proses penyembuhan
Selera bayi anda akan kembali setelah mereka sembuh. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergopoh-gapah dan memaksa mereka untuk mengikut diet sajian yang anda mahukan selagi mereka masih belum bersedia. Berhubunglah dengan doktor anda untuk memberikan vitamin atau suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan bayi anda.
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Batuk, Demam & Selesema? Tambah Bawang Merah, Bawang Putih & Vitamin C Dalam Makanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-batuk-demam-selesema-tambah-bawang-merah-bawang-putih-vitamin-c-dalam-makanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kerap Demam Dan Selesema Antara 10 Tanda Kekurangan Nutrisi Bahaya Untuk Tumbesaran Anak

Anak Kerap Demam Dan Selesema Antara 10 Tanda Kekurangan Nutrisi Bahaya Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 312 hits
Bayi anda memerlukan sejumlah vitamin dan mineral secukupnya untuk perkembangan mental dan fizikal mereka Oleh itu anda perlu memberi perhatian kepada sebarang tanda tanda yang menunjukkan bayi kekurangan nutrisi bagi memastikan anak anda m...
Anak Demam Selesema Cuba Resipi Sup Antibiotik Ibu Ini Mudah

Anak Demam Selesema Cuba Resipi Sup Antibiotik Ibu Ini Mudah

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 486 hits
Sekarang memang musiam anak anak tak sihat Banyak yang demam serta dijangkiti batuk dan selesema Sebagai ibu susah hati tak perlu ceritalah Memang tak boleh tidur malam dibuatnya Kalau yang demam tu masih bayi sudah tentulah kita nak elak d...
Bubur Nasi Dengan Singo Pear Redakan Batuk Demam Anak Ibu Ni Sediakan Resipinya

Bubur Nasi Dengan Singo Pear Redakan Batuk Demam Anak Ibu Ni Sediakan Resipinya

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 593 hits
Buah lai mungkin sudah biasa dengan kita namun Singo Pear yang juga dikenali sebagai Golden Pear atau Korean Pear sebenarnya cukup baik untuk anak anak kita Jika anda perasaan sejak akhir akhir ini semakin ramai ibu ibu yang berkongsi resip...
Dampak Wabah Corona Harga Bawang Putih Di Kota Solo Terus Melejit

Dampak Wabah Corona Harga Bawang Putih Di Kota Solo Terus Melejit

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 176 hits
Harga bawang putih di sejumlah pasar tradisional di Kota Solo terus terus melejit Pada Jumat pagi harga jual hampir mendekati Rp60 000 per kilogram Mengantisipasi adanya permainan atau tindak kejahatan lainnya Satgas Pangan Polresta Surakar...
Harga Bawang Putih Meroket Anggota Dpr Curiga Ada Indikasi Kartel

Harga Bawang Putih Meroket Anggota Dpr Curiga Ada Indikasi Kartel

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 250 hits
Sebagai wakil rakyat dia prihatin sekaligus kecewa karena masalah bawang putih terulang setiap tahun menghadapi permasalahan yang serupa Harga naik dikarenakan pasokan ditahan tahan oleh importir importir nakal demi mendapatkan keuntungan y...
Inai Merah Vs Inai Putih Dua Dua Cantik Tapi Mana Lebih Elok Dipakai Pada Hari Bahagia

Inai Merah Vs Inai Putih Dua Dua Cantik Tapi Mana Lebih Elok Dipakai Pada Hari Bahagia

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 944 hits
Malam berinai dah jadi satu trend terutama sekali kepada pihak pengantin perempuan Setuju tak small Cover image via Twitter twtmalaywedding small Kalau dulu malam berinai diadakan malam sebelum majlis akad nikah dan pengantin perempuan akan...
Harga Bawang Putih Melejit Pemkot Solo Minta Pemerintah Buka Kran Impor

Harga Bawang Putih Melejit Pemkot Solo Minta Pemerintah Buka Kran Impor

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 238 hits
Pihak Pemkot juga mengimbau masyarakat agar bijak dalam berbelanja Selain itu TPID sudah bersikap dengan melakukan sidak dan rapat beberapa waktu lalu
Virus Corona Buat Harga Bawang Putih Impor Asal China Naik Dua Kali Lipat

Virus Corona Buat Harga Bawang Putih Impor Asal China Naik Dua Kali Lipat

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 316 hits
Harga bawang putih impor dari China di pasar tradisional di Makassar melambung tinggi dengan kenaikan nyaris mencapai 100 persen atau dua kali lipat Seperti yang terjadi di Pasar Terong harga bawang putih sebelumnya Rp30 000 per kilogram ki...
Ibu Sound Guru Tak Basuh Bekas Bekal Makanan Anak

Ibu Sound Guru Tak Basuh Bekas Bekal Makanan Anak

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 537 hits
Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya dipandang tinggi kerana jasa mereka yang bukan sahaja memberikan pendidikan kepada pelajar tetapi sebagai bertanggungjawab sampaikan ilmu Namun ibu bapa perlu sedar tidak semua perkara boleh lepas ta...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng

Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya