Jangan Ambil Mudah Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Bawa Maut Jika Tidak Dirawat Ini Simptom Simptomnya


Pasti anda sudah terbiasa mendengar tentang alahan makanan. Sememangnya alahan makanan bukanlah suatu perkara yang anda boleh pandang ringan. Ia boleh menyebabkan maut jika tidak diatasi dengan cepat.
Kebiasaannya kita hanya mendengar tentang individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan sebagainya.
Tetapi, adakah anda pernah mendengar mengenai alahan lain seperti alahan serangga, getah, besi dan kacang?
Alahan kacang? Ya, mungkin anda jarang mendengarnya tetapi ia adalah penyebab paling biasa bagi serangan alahan yang teruk. Malah, simptom alahan kacang tanah sebenarnya boleh mengancam nyawa!
Alahan kulit disebabkan kacang tanah yang mungkin anda tidak tahu Bagi mereka yang masih belum tahu tentang hal ini, kacang tanah adalah sejenis makanan yang paling kerap menyebabkan alahan pada manusia. Bagi sesetengah individu yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah, dengan hanya terkena sedikit sahaja cebisan kacang ini boleh menyebabkan reaksi yang agak teruk.
Alahan kacang tanah ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun anak anda mempunyai alahan kulit yang ringan terhadap kacang tanah, bawalah mereka untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan risiko reaksi yang lebih serius pada masa hadapan.
Apakah simptom-simptom alahan kulit ini? Reaksi alahan terhadap kacang tanah ini biasanya berlaku dengan pantas, iaitu hanya selepas beberapa minit berlakunya pendedahan terhadap kacang tanah. Perlu diingat, walaupun anda mungkin menganggapnya sebagai sejenis alahan kulit, namun simptom yang berlaku tidak hanya pada kulit sahaja.
Antara simptom-simptom alahan yang boleh berlaku ialah:
Hidung yang berair Reaksi kulit seperti kemerahan dan juga pembengkakan Gatal-gatal atau rasa kesemutan pada atau sekitar mulut dan juga tekak Berlakunya masalah pencernaan seperti cirit-birit, ketakcernaan, kejang perut, loya atau muntah-muntah Rasa ketat pada bahagian tekak Sesak nafas atau bunyi nafas yang berdehit Batuk yang berulang Nadi yang lemah Kulit yang pucat atau berwarna biru Pening kepala Berasa keliru Bagaimanakah alahan kulit kacang tanah ini boleh terjadi? Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana alahan kacang tanah ini boleh berlaku? Di sini kami terangkan kepada anda. Alahan kacang tanah ini berlaku apabila sistem imun tubuh telah tersilap dalam mengenal pasti protein kacang tanah sebagai sesuatu yang berbahaya.
Pendedahan secara langsung atau tidak langsung dengan kacang tanah akan menyebabkan sistem imun tubuh melepaskan sejenis bahan kimia dalam aliran darah. Bahan kimia ini kemudiannya menyebabkan berlaku simptom-simptom seperti di atas.
Pendedahan terhadap kacang tanah ini boleh berlaku melalui 3 cara iaitu:
Pendedahan langsung Ini adalah cara yang paling kerap menyebabkan alahan. Memakan kacang tanah atau sebarang produk makanan yang mengandungi kacang tanah adalah satu bentuk pendedahan langsung. Kadangkala, sentuhan secara langsung antara kulit dan kacang tanah juga boleh mencetuskan reaksi alahan.
Pendedahan silang Ini adalah pendedahan terhadap kacang tanah secara tidak sengaja di dalam sesuatu produk makanan. Biasanya produk makanan yang dihasilkan telah terdedah dengan sisa kacang tanah semasa diproses atau menggunakan alatan yang sama semasa memproses kacang tanah.
Menyedut nafas Reaksi alahan juga boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu menyedut nafas dengan habuk atau semburan aerosol yang mengandungi kacang tanah. Habuk kacang tanah ini boleh terhasil daripada serbuk atau tepung kacang dan juga semburan minyak masak kacang tanah.
Walau bagaimanapun, jenis pendedahan ini adalah sangat jarang berlaku. Ini kerana, biasanya kacang tersebut perlu dimakan untuk mengakibatkan reaksi alahan.
Adakah alahan ini hanya melibatkan kacang tanah sahaja? Walaupun kita menyebutnya sebagai kacang tanah, tetapi ia bukanlah sejenis kacang pokok (tree nuts). Ia adalah sejenis legum yang tergolong dalam keluarga yang sama seperti kacang pis dan kacang dal.
Walau bagaimanapun, protein kacang tanah ini mempunyai struktur yang sama seperti yang ada pada jenis kacang pokok. Oleh itu, individu yang ada alahan dengan kacang tanah juga akan mempunyai alahan dengan jenis kacang pokok seperti badam, walnut, kacang hazel, macadamia, pistachio, pecan dan juga gajus.
Bagaimana reaksi alahan kacang tanah ini boleh dirawat? Alahan kacang tanah ini boleh menyebabkan reaksi yang teruk yang disebut sebagai anafilaksis. Anafilaksis mungkin bermula dengan simptom yang lebih kurang sama seperti reaksi yang kurang teruk, tetapi ia akan menjadi lebih teruk dengan kadar yang pantas.
Sekiranya anafilaksis ini tidak dirawat secepat mungkin, ia boleh mengancam nyawa individu tersebut. Biasanya, jika anda mempunyai alahan terhadap kacang tanah atau sebarang alahan terhadap makanan yang serius, doktor akan memberikan anda epinephrine auto-injector sekiranya berlaku kecemasan.
Ia adalah sejenis ubat preskripsi yang mudah untuk digunakan. Anda perlu membawanya bersama ke mana-mana untuk keselamatan anda.
Berita baik! Rawatan pertama untuk alahan kacang tanah telah diluluskan Untuk pengetahuan anda, rawatan pertama untuk alahan kacang tanah ini telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat.
Palforzia, adalah sejenis serbuk kacang tanah rumusan khas yang dimakan setiap hari dalam jumlah yang kecil, yang kemudiannya akan bertambah dosnya dari semasa ke semasa. Ia membantu golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya reaksi alahan yang serius.
Walau bagaimanapun, Palforzia ini bukanlah sejenis penawar. Mereka yang menggunakan rawatan ini masih perlu mengelakkan pengambilan kacang tanah dan perlindungan akan hilang sekiranya mereka berhenti mengambil Palforzia ini.
Selain itu, rawatan ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan termasuklah risiko reaksi alahan yang teruk. FDA memerlukan pesakit untuk mengambil dos pertama mereka dan setiap pertambahan dos perlulah dilakukan di bawah pengawasan doktor.
Apa yang boleh anda lakukan? Sekiranya anda merupakan seorang individu yang memiliki alahan terhadap kacang tanah, pastikan anda tidak mengambil sebarang produk yang mempunyai sisa kacang di dalamnya. Perhatikan label produk untuk memastikannya dengan tepat.
Antara jenis produk yang biasa mengandungi sisa kacang ialah biskut, roti, gula-gula, aiskrim dan juga yogurt. Oleh itu, elakkan daripada mengambil produk-produk ini melainkan ia benar-benar tidak mengandungi sebarang kandungan atau sisa kacang tanah di dalamnya.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Ambil Mudah, Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Bawa Maut Jika Tidak Dirawat, Ini Simptom-Simptomnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/17/jangan-ambil-mudah-alahan-kulit-kacang-tanah-boleh-bawa-maut-jika-tidak-dirawat-ini-simptom-simptomnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

Dah Boleh Pergi Holiday Jangan Lupa Bawa Beg Makeup Guna Tips Makeup Ni Supaya Lebih Glam

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 329 hits
Sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan dah boleh melancong dalam negeri ramai yang berkobar kobar buat tempahan hotel Ada yang terus packing barang Eh jangan lupa masukkan sekali beg makeup sebab pergi holiday pun kena jaga penampilan Jangan...
Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

Terkejar Kejar Nak Pakai Tudung Mama Kepit Jarum Di Mulut Bahaya Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 364 hits
Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab Tahukah a...
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 363 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Kencing Tikus Seorang Maut Empat Masih Dirawat Di Hsnz

Kencing Tikus Seorang Maut Empat Masih Dirawat Di Hsnz

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA TERENGGANU 24 Syawal 1441H Selasa Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia disyaki akibat kencing tikus manakala empat lagi mangsa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Pengarah Kesihatan Negeri Terengg
Jangan Buang Topeng Muka Merata Rata Ia Boleh Menyebarkan Virus Covid 19

Jangan Buang Topeng Muka Merata Rata Ia Boleh Menyebarkan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 662 hits
Jutaan rakyat Malaysia mula memakai penutup muka sejak COVID 19 menyerang namun tidak ramai sedar cara membuangnya dengan betul dan selamat kerana cara pembuangan topeng muka yang tidak betul boleh menyebabkan virus itu tersebar Cara paling...
Rupa Rupanya 6 Tip Ini Boleh Bantu Masalah Kulit Jerawat

Rupa Rupanya 6 Tip Ini Boleh Bantu Masalah Kulit Jerawat

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 333 hits
Nampaknya gelombang Hari Raya Aidilfitri kedua sudah kembali selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan membenarkan kita untuk merentas negeri Tetapi walaupun sudah boleh jumpa kawan kawan satu masalah pula timbu...
Kalau Isteri Mengadu Letih Mungkin Dia Alami Sleep Debt Suami Jangan Ambil Mudah

Kalau Isteri Mengadu Letih Mungkin Dia Alami Sleep Debt Suami Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 374 hits
Tugas isteri sebagai isteri dan juga ibu memang tak pernah habis Tak kiralah bagi yang bekerja mahupun suri rumah setiap masa sentiasa menyiapkan tugasan rumah Baru nak rehat anak menangis nak perhatian ibu Begitulah kehidupan seharian iste...
Panggilan Video Google Meet Kini Boleh Dilakukan Terus Dari Gmail Pada Peranti Mudah Alih

Panggilan Video Google Meet Kini Boleh Dilakukan Terus Dari Gmail Pada Peranti Mudah Alih

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 290 hits
Norma baharu dunia Covid 19 ialah melakukan mesyuarat atas talian menerusi aplikasi telesidang Sejak lebih dua bulan yang lalu kami sendiri telah menghadiri beberapa sesi telesidang pelancaran produk yang dilakukan secara atas talian Antar ...
Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 735 hits
Durian raja buah disukai lapisan masyarakat tak kira Melayu Cina India Iban mahu pun pelancong asing Musimnya umpama pesta perang harga di antara penjual kita jangan tahu makan je ilmu memilih durian kena ada kalau tak kena ketuk la dengan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization