Tolonglah Jangan Bawa Anak Kecil Keluar Jalan Jalan Kita Berdepan Musuh Tak Nampak
Sejak kebelakangan ini setelah kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh nampak kehadiran anak kecil bersama ibu bapa di tempat awam dan pusat membeli belah.
Keadaan ini telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan yang kerap kali menasihatkan orang ramai memandangkan kanak-kanak di bawah 12 tahun merupakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 selain warga emas.
Menerusi laporan terdahulu, kerajaan ada mengingatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil ke pasar raya dan pusat beli belah sebagai langkah keselamatan dan pencegahan walaupun keadaan sekarang sedikit terkawal.
Sebelum ini pun dalam satu kenyataan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan ketika ini sedang bercadang untuk mengkaji semula Akta 342 dalam melarang ibu bapa dari membawa kanak-kanak ke pasar raya dan pusat beli-belah.
ARTIKEL BERKAITAN [Virus Covid-19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin. Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum]
“Kita akan berbincang dengan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencapai persetujuan.
“Kalau perkara ini dipersetujui maka peraturan boleh dipinda. Jika melanggar peraturan boleh dihukum di bawah Akta 342,” katanya pada sidang media sebelum ini.
Tambahnya kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai implikasi dan mendapatkan nasihat perundangan sebelum peraturan boleh dipinda.
Sementara itu, melalui kemas kini status terbaru di Facebook Kementerian Kesihatan, peringatan ‘Jangan bawa warga emas atau anak-anak kecil ke ‘mall’ untuk ‘jalan-jalan’. Kita berhadapan musuh tak nampak. Bahaya!’ telah viral dan mendapat respon positif dari orang ramai.
Rata-ratanya bersetuju dan mengharapkan kerajaan boleh bertindak tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya. Namun ada juga yang masih tak berpuas hati kerana walaupun banyak mesej yang disampaikan, namun rakyat Malaysia seolah mengambil hal ini acuh tak acuh.
Perlu diingatkan walaupun kerajaan melonggarkan pergerakan, tak bermakna semuanya bebas. Sebolehnya jangan bawa anak kecil ke tempat berisiko untuk mengelakkan anak terdedah kepada virus jahat yang masih belum ada ubatnya lagi.
ARTIKEL MENARIK [Bagi Yang Ada Anak Lelaki, Ingat Pesan Ini. Supaya Kelak Dia Tak Jadi Boss Dalam Rumah]
Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
The post Tolonglah Jangan Bawa Anak Kecil Keluar Jalan-Jalan. Kita Berdepan ‘Musuh’ Tak Nampak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tolonglah-jangan-bawa-anak-kecil-keluar-jalan-jalan-kita-berdepan-musuh-tak-nampak/