Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti


Sekarang kan musim durian, sudah tentu penggemar-penggemar durian di luar sana rajin ‘memburu’ gerai-gerai durian di tepi-tepi jalan.
Bila sudah nampak durian yang selonggok itu, lagilah bertambah rasa ‘geram’ apatah lagi jika baunya menusuk hidung.
Baru hendak beli, tiba-tiba penjual bagitahu ada durian yang rosak sikit, kita pun ternampak memang ada durian yang sudah ditebuk tupai.
Tapi disebabkan nak juga beli sebab ‘tak tahan’, maka kita pun beli.
Tiba-tiba ketika sudah sampai di rumah, timbul pula rasa menyesal di hati, “Kenapalah aku beli benda yang dah rosak, nak ke ‘return’ balik kat dia?”
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada membahaskan tentang isu bolehkah kita menuntut semula wang kita walaupun pada awalnya sudah bersetuju untuk beli barangan yang rosak itu.
Mari baca penjelasan mufti ini.
Gambar sekadar hiasan. Soalan Assalamualaikum Dato Seri Mufti. Semalam saya ada membeli sebiji durian dengan harga yang murah. Sebelum membeli, penjual telah memberitahu kepada saya bahawa durian tersebut telah ditebuk oleh tupai. Kerana itu penjual telah menjual kepada saya dengan harga yang murah dan saya telah bersetuju dengan perkara tersebut. Soalan saya, bolehkah saya mengembalikan durian tersebut selepas membelinya kerana timbul rasa menyesal selepas pembelian tersebut dilakukan? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Jawapan Waalaikumussalam wrt. wbt.
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Konsep utama yang telah digariskan di dalam Islam bagi amalan jual beli adalah perlu kepada saling reda-meredai antara penjual dan pembeli dalam mensahihkan sesuatu akad jual beli. Perkara ini ada dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
(Surah al-Nisa’: 29)
Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa kalimah ‘batil’ ini bermaksud dengan cara yang bukan hak seperti riba, judi, kezaliman serta perkara-perkara lain yang dilarang kecuali dengan jalan perniagaan yang terdapat padanya reda diantara penjual dan pembeli. (Lihat Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/151)
Begitu juga dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Dawud bin Salih al-Madani daripada ayahnya telah berkata bahawa dia telah mendengar Abu Sa’id al-Khudri R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.”
Riwayat Ibn Majah (2185)
Jual beli yang harus dan menepati syarak akan memberi kesan dan implikasi iaitu bertukarnya pemilikan dengan syarat berlakunya keredaan antara penjual dan pembeli. Ianya akan dikira sebagai muktabar. (Lihat Masabih al-Tanwir ‘ala Sahih al-Jami’ al-Saghir, 1/425)
Imam al-Son’ani menyebut, keredaan adalah perkara yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Justeru itu, ianya perlu disandarkan kepada perkara-perkara yang jelas secara zahir seperti lafaz yang menunjukkan kepada rasa reda dan lain-lain. (Lihat Subul al-Salam, 1/2)
Menjawab kepada persoalan di atas, sekiranya pihak peniaga telah memberitahu kepada pembeli tentang kecacatan yang ada pada barang jualan tanpa menyembunyikan sebarang kecacatan, namun pembeli tetap mahu melakukan pembelian ke atas barang tersebut, maka pembeli sudah tidak ada hak khiyar selepas pembelian tersebut.
Ini kerana, pembeli dikira melakukan pembelian tersebut dengan KERELAANNYA dan telah reda terhadap kecacatan yang ada itu. Dalam satu kaedah fiqh menyebut:
الرِّضَا بِالشَّيْءِ رِضًا بِمَا يَتَوَلَّدُ مِنْهُ
Maksudnya: “Reda dengan sesuatu adalah reda dengan apa yang terbit daripadanya.”
Demikian itu, mereka yang meredai di atas sesuatu perkara atau perintah, maka mereka dikira telah reda di atas kesan yang mendatang daripada semua perkara yang dihasilkan daripada perkara atau perintah tersebut. (Lihat al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arbaah, 2/727)
Gambar sekadar hiasan Kesimpulan Tuntasnya, amalan jual beli perlulah didasari dengan saling reda-meredai antara penjual dan pembeli.
Seseorang yang melakukan penjualan atau pembelian di atas sesuatu barangan, maka dia perlulah melakukan dengan kerelaan hati sendiri dengan penuh kebebasan memilih dan kemahuan diri sendiri.
Seperti isu di atas, sekiranya penjual telah menjelaskan tentang kecacatan yang ada pada barang yang dijual, dan pembeli bersetuju untuk membelinya walaupun mengetahui tentang kecacatan tersebut, maka tidak ada lagi hak khiyar kepada pembeli selepas akad dibuat.
Ini kerana, perkara perbuatan tersebut telah menunjukkan bahawa pembeli telah reda terhadap kecacatan yang ada itu sekaligus menghilangkan hak khiyar kepada pembeli.
Semoga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita semua dalam bermuamalah menurut syariat Islam yang sebenar. Amin.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Tahu Durian Dah Rosak, Setuju Beli Tapi Tiba-Tiba Menyesal & Rasa Nak ‘Return’ Balik, Boleh Ke? Mari Baca Penjelasan Mufti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/12/tahu-durian-dah-rosak-setuju-beli-tapi-tiba-tiba-menyesal-rasa-nak-return-balik-boleh-ke-mari-baca-penjelasan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 360 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Pada sambutan Aidilfitri yang lalu ramai perantau sayu khususnya ketika mendengar lagu lagu raya kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman namun bermula Rabu ini lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman ...
Mak Iti Tak Boleh Bercakap Tapi Pandai Sebut La Ilaha Ilallah

Mak Iti Tak Boleh Bercakap Tapi Pandai Sebut La Ilaha Ilallah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 360 hits
Dia tidak boleh bercakap tetapi pandai menyebut La Ilaha Illallah Demikian kata ibu kepada seorang gadis yang tidak mampu bertutur akibat hiper autisme dihidapinya Raihanah Mat Jusoh 56 berkata hanya kalimah tersebut sering disebut anaknya ...
Kantor Tak Dipakai Tapi Tagihan Listrik Capai Rp2 1 Juta Tompi Dapat Penjelasan Setelah Meradang

Kantor Tak Dipakai Tapi Tagihan Listrik Capai Rp2 1 Juta Tompi Dapat Penjelasan Setelah Meradang

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 228 hits
Setelah ungkapkan kekesalan di Twitter barulah pihak PLN mengklarifikasi mengapa kantor kosongnya tetap dapat tagihan
Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 686 hits
Kebenaran untuk merentas negeri dan pembukaan semula sektor perlancongan bukan tiket untuk kita terus membawa anak anak tanpa memikirkan risikonya Biarpun telah dibenarkan oleh kerajaan namun PKPP yang dilanjutkan hingga Ogos nanti perlu me...
Pkp Fasa 2 Yang Telah Berlalu Tapi Tetap Nak Cerita

Pkp Fasa 2 Yang Telah Berlalu Tapi Tetap Nak Cerita

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 543 hits
Assalamualaikum Sambungan dari Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 1 April hingga 14 April 2020 secara jujurnya walaupun masih takut tapi gembira juga sebab tak perlu pergi kerja Dalam masa yang sama bimbang juga kalau tiba...
Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 436 hits
Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung menyarankan pengunjung melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam dengan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh KUALA LUMPUR Kegiatan pendakian ...
Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 330 hits
HP sekarang tuh udah canggih canggih lo Guys dengan budget 2 jutaan aja udah bisa dapet yang kualitasnya oke
Sakit Sangat Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik Tapi Jangan Panik Lakukan Perkara Ini

Sakit Sangat Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik Tapi Jangan Panik Lakukan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 487 hits
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka Adakah ia berbahaya Prosedur episiotomi Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp