Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Pahang Apa Yang Menarik



"Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland"

Apabila mendengar dan bercerita mengenai Cameron Highland pasti akan terbayangkan akan kehijauan ladang teh. Dengan bayu sejuk kawasan tanah tinggi yang menyamankan seolah olah berada di kawasan percutian hawa sederhana.


Boh Tea Centre Cameron HighlandCameron Highland adalah antara lokasi percutian domestik yang akan berada di dalam senarai para pelancong.


Kawasan Pelancongan Tanah Tinggi

Cameron Highland yang terletak di negeri Pahang ini memiliki pelbagai tarikan kawasan ala-ala luar negara yang bercuaca sejuk.

Dengan bunga-bungaan indah, kawasan berbukit yang menghijau, bangunan yang ala eropah sudah mengambarkan Cameron Highland adalah tempat perlancongan pilihan ramai.

Salah satu tarikan di kawasan sejuk seperti Cameron Highland, adalah hamparan kehijauan kekuningan ladang teh.

Permandangan Ladang Teh yang Cantik

Tidak lengkap jika singgah atau melancong di sini tanpa ada kepingan kenangan dengan latar belakang ladang teh yang indah.

Permandangan Ladang TehOleh kerana tarikan ini, bukan banyak ladang teh yang ada di Malaysia, melainkan satu lagi di Ranau, Sabah.

Bermula dengan kawasan kilang memproses teh dengan jenama Boh. Telah menjadi ilham kepada pihak perladangan untuk mewujudkan satu kawasan tarikan perlancongan dengan tema teh.

Tempat Menarik Dalam Boh Tea Centre, Cameron Highland

Bukan sekadar keindahan latar belakang indah tanaman teh yang terbentang luas, di Boh Tea Centre Cameron Highland ini terdapat beberapa tarikan yang boleh dilawati, antaranya:

1. Kafe

Bangunan pertama yang akan pelancong temui adalah kafe. Kafe yang bertemakan makan dan minum sambil melihat keindahan ladang teh.

Kafe Pelbagai Makanan Berasaskan TehDi kafe ini menyediakan makanan yang tidak berat, kebanyakan makanan atau hidangan menunya dalam kategori makanan minum petang, seperti;

-Kek
-Roti
-Tart
-Kuih

dan dengan minuman semestinya berasaskan teh dan minuman ringkas.

Dapatkan satu senarai menu yang ada ketika beratur, disitu telah ditulis segala harga dan menu makanan dan minuman yang ada.

Tidaklah nanti terpinga-pinga memilih makanan dan mengira berapa harganya.

Disarankan untuk yang datang, bahagikan kepada dua tugasan, seorang dapatkan tempat duduk dan seorang lagi beratur untuk makanan dan minuman.

Penulis mencuba beberapa makanan yang ada disini, sebagai pelengkap tiba di kafe ini, takkanlah mahu minum teh sahaja.

Beberapa makanan mengajak penulis untuk mencuba, dengan tanpa usul periksa penulis telah memilih;

-Green Tea Tiramisu Cake
-Strawberry Cheese Cake
-Strawberry Tart
-Orchard Splash (Iced Tea)

Menu Makanan Di Boh Tea CentreKebanyakan menu yang penulis ingin cuba semestinya yang menggambarkan Cameron Highland seadanya, teh dan strawberi.

Cukup enak hidangan yang dipilih dengan pilihan air yang kena untuk dua hidangan berasaskan kek. kesemua hidangan yang penulis dapatkan diatas termasuk sebotol air mineral berharga.....boleh rujuk di bawah.

Bolehlah untuk sekali sekala.

Cara untuk dapatkan makanan disini adalah layan diri. Beratur, dapatkan makanan, bayar dan dapatkan minuman.

Sudah ?

Makan Tepi TingkapApalagi terus menuju ke tempat duduk tepi tingkap untuk permandangan dan bayu sejuk yang tenang.

Ladang Teh Dengan Bunga
2. Anjung Tinjau Permandangan

Selesai makan, bolehlah dapatkan sedikit kenangan dan menjamu pula mata dengan keindahan alam. Telah tersedia satu kawasan untuk pengunjung mendapatkan gambar dengan latar belakang ladang teh.

Walkway Ke Anjung BergambarCukup indah, lengkap dengan kawasan rendah dan nun kejauhan kawasan berbukit bukit. 

Apalagi dengan tiupan angin lembu yang dingin menyapa pipi dan segenap kulit, sukar untuk dirasai di majoriti kawasan Malaysia yang beriklim tropika.

Di Atas Anjung Tinjau Boh Tea CentrePengunjung boleh mendapatkan permandangan secara 180 darjah kerana anjung ini betul betul menghadap ladang.

Datang ketika orang ramai akan berlaku rebutan kawasan untuk mendapatkan kawasan sesuai untuk 'posing'.

3. Kedai Barangan Teh dan Cenderamata

Sudah kenyang, sudah penuh memori kad dengan gambar kenangan sekitar anjung tinjau, terdapat satu kedai jualan barangan teh berjenama Boh dilaluan untuk keluar dari bangunan Boh Tea Centre.

Ingat mahu cuci mata sahaja, namun, pancingan dari 'tester' air di hadapan berjaya membuatkan penulis masuk ke dalam kedai mendapatkan barangan berasaskan teh.

Produk Dari Teh'Ter'beli 3 in 1 Green tea dan Green tea dalam uncang.

Banyak lagi sebenarnya barangan hasil dari teh yang ada, yang mungkin tiada dijual di pasaraya berhampiran rumah juga ada.

Green Tea Milk Tea 3 in 1Kalau mahu cuba, apa salahnya membelinya.

4. Galeri Boh Tea

Nak diberikan jolokan muzium bukanlah sampai tahap muzium namun apabila keluar sahaja dari tempat membeli produk hasil teh terdapat beberapa mesin memproses teh yang lama diletakkan di bahagian luar.

Sebagai maklumat dan info serba sedikit mengenai pemprosesan teh oleh jenama Boh dari dahulu.

Pelbagai Kemudahan Dalam Boh Tea Centre

Itulah beberapa kawasan yang ada di Boh Tea Centre, Sungai Palas ini. Bukan semata-mata tempat mengambil gambar dengan latar belakang ladang teh yang menghijau. Terdapat tempat-tempat mini yang lain di dalamnya.

Boleh makan-makan, cuci mata ambil gambar dan dapatkan barangan teh selain dari melihat bentuk mesin membuat teh dan kilangnya sendiri.

Spot Bergambar Di Boh Tea Centre

Jangan lupa untuk bergambar di hadapan nama 'BOH Tea Centre Sungai Palas' di dinding tersergam indah sebagai tanda anda sudah 'was here'.



Tempat makan juga menarik, apalagi jadikan makanan sebagai subjek dan latarnya adalah ladang teh.

Bukan itu semua sahaja, sebenarnya mercu tanda yang popular jika ke sini adalah satu binaan yang tertulis B-O-H dengan permandangan ladang teh dan sedikit latar anjung tinjau tea centre.



Disitu jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan.

Untuk lebih kenal dan teruja dengan apa yang penulis tuliskan ini, jom lihat video dari youtube dibawah.




Boleh berikan 'like' jika anda terhibur haha.

Informasi pengunjung

Lokasi Boh Tea Centre

Untuk masuk ke sini, pengunjung perlu masuk ke simpang menuju ke Gunung Berinchang.
Jalannya agak sempit dan jangan memotong serta kurangkan kelajuan.

Jangan terlepas ke puncak gunung pula.

Ini alamatnya;

Boh Tea Centre Sungai Palas,
Brinchang, 39000
Cameron Highland, Pahang



Waktu Operasi Boh Tea Centre

Dibuka setiap hari kecuali hari isnin.
Mula beroperasi pada jam 9 a.m dan mula ditutup pada jam 4.30 p.m.



Harga Tiket

Percuma

Harga Makanan (yang dicuba)

Green Tea Tiramisu + Strawbery Cheesecake + Strawberry Tart + Orchard Splash + Mineral Water = RM 37.80

Anda fikir anda tahu Apa yang Ada di Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Pahang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/07/boh-tea-centre-sungai-palas-cameron.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Pergi Tempat Menarik Sekitar Daerah Bentong Pahang

Wajib Pergi Tempat Menarik Sekitar Daerah Bentong Pahang

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 783 hits
Salam uolls Alhamdulillah kembali lagi Ty di blog bersawang Ty ni Dan juga syukur dengan terlaksana nya PKPP ni Ty tak lagi terperuk sahaja di rumah seorang diri sebab Ty berkesempatan meluangkan selama 3 hari 2 malam di negeri Pahang Darul...
Jalan Jalan Ke Cameron Highland

Jalan Jalan Ke Cameron Highland

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 587 hits
Walaupun selalu pergi Tapi tak pernah rasa bosan Haha zaman dah berubah Blog dah jarang orang guna Tapi tak salahkan jika kita masih jadi pengguna
Cuti Cuti Ke Cameron Highland Pangsapuri Kaktus Di Brinchang

Cuti Cuti Ke Cameron Highland Pangsapuri Kaktus Di Brinchang

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 355 hits
Baru baru ni k fiezz mr hubby family k fiezz cuti cuti ke Cameron Highlands Balas dendam 3 bulan duduk kat rumah tak boleh ke mana mana sebab ikut arahan kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan Jadi bila PM umum dah boleh start rentas negeri A...
Menarik Di Kuala Lipis Pahang Tempat Tempat Yang Mesti Dilawati

Menarik Di Kuala Lipis Pahang Tempat Tempat Yang Mesti Dilawati

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 558 hits
Kuala Lipis adalah satu bandar lama di negeri Pahang Jika sebelum ni hanya mendengarkan namanya tetapi kali ini saya berjaya menjejaki kaki kesana melawat ke tempat menarik di Kuala Lipis Kuala Lipis pernah menjadi ibu negeri kepada Negeri ...
Tempat Menarik Di Bentong Pahang Yang Korang Perlu Tahu

Tempat Menarik Di Bentong Pahang Yang Korang Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 1384 hits
AssalamualaikumTahukah korang sebenarnya banyak tempat menarik di Pahang yang perlu kita terokai dan sebagai rakyat Malaysia kita sendiri lah yang perlu menaikkan tempat tempat menarik ni supaya ia menjadi satu tarikan yang mengagumkan dan ...
Operasi Perniagaan Di Pahang Kembali Ikut Kelulusan Lesen

Operasi Perniagaan Di Pahang Kembali Ikut Kelulusan Lesen

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang membenarkan premis perniagaan yang beroperasi pada masa ini kembali mengikuti waktu operasi berdasarkan kelulusan lesen sedia ada berkuat kuasa serta merta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata...
Wang Rm835 258 19 Disita Daripada Mca Pahang Kini Milik Kerajaan

Wang Rm835 258 19 Disita Daripada Mca Pahang Kini Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Wang berjumlah RM835 258 19 yang disita darripada MCA Pahang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad kini menjadi milik kerajaan Ini berikutan...
China Fakta Menarik Unik Dan Aneh

China Fakta Menarik Unik Dan Aneh

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 472 hits
GALAKSI VIRAL Mari kita baca fakta menarik ringkas unik dan istimewa mengenai negara China Adakah ianya sepelik negara Jepun yang selalu muncul dengan info info di luar kotak Jawapan ada di bawah ini Jom baca Bendera Negara China dan NagaCH...
Pg Mall Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

Pg Mall Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 333 hits
PG Mall Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik Korang kaki shopping lagi lagi shopping online atau membelah beli atas talian Mesti banyak apps yang korang dah download kan Korang ada download apps PG Mall Tak ada Rugilah seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator