Tempat Menarik Di Bentong Pahang Yang Korang Perlu Tahu


Assalamualaikum
Tahukah korang sebenarnya banyak tempat menarik di Pahang yang perlu kita terokai dan sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri lah yang perlu menaikkan tempat-tempat menarik ni supaya ia menjadi satu tarikan yang mengagumkan dan sekaligus dapat membantu sektor pelancongan di Malaysia. Siapa lagi yang perlu naikkan sektor pelancongan Malaysia, kalau bukan kita sendiri. Kan

Jadi baru-baru ni aku berkesempatan dan merasai pengalaman meneroka beberapa tempat menarik di daerah-daerah di negeri Pahang iaitu Bentong, Raub dan Lipis. Satu pengalaman yang best dan sangat mengujakan sebab aku pun tak menyangka ada tempat yang menarik yang patut kita kongsikan di 3 daerah ni.

Untuk entry kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di daerah Bentong. Back to nature tak pernah mengecewakan, yang pasti aku dah mula rindu dengan suasana di dalam hutan, menyelusuri sungai, mandi sungai, bunyi unggas-unggas hutan, makanan sedap dan pemandangan yang cukup tenang,jauh dari hiruk pikuk bandar. Rasa sangat segar walaupun sekejap

Lokasi pertama yang aku lawati adalah di Janda Baik, sesungguhnya Janda Baik adalah satu tempat yang dah memang terkenal dengan tarikan utama seperti sungai, air terjun, chalet-chalet yang cantik, aktiviti menarik dengan suasana tenang di dalam hutan dan tak pernah membosankan. Sebenarnya dah lama aku nak datang ke sini, tapi selalu ada hal yang tidak mengizinkan, so here we go !!!
Chalet Mama Papa


Chalet Mama Papa terletak di Kuala Lurah, kira-kira 45km dari Kuala Lumpur dalam 50 minit perjalanan. Apa yang ada di Chalet Mama Papa ni ? Haa bestnya chalet ni, ia berdekatan dengan sungai Benus yang jernih dan menyegarkan, hanya beberapa langkah je sebab sungai tu terletak di belakang chalet ni je, siap boleh dapat bilik view sungai lagi. 
Indah sangat kan, pagi-pagi bukak jendela bilik terus nampak view sungai, dengan secangkir kopi, sejuk embun pagi, wow sangat!

Bilik-bilik yang ada di Chalet Mama Papa ni sangat-sangat sesuai untuk korang yang bekeluarga ataupun bujang, lebih-lebih lagi teringin nak buat family day setelah lama kita dikuarantinkan, jadi ni lah masa yang sangat sesuai, dan bilik-bilik disini boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa, pelbagai pilihan bilik lah yang korang boleh pilih.


Selain mandi-manda di sungai, banyak aktiviti lain yang boleh dibuat di sekitar Chalet Mama Papa ni, suka aktiviti lasak ? Boleh naik ATV, jungle trekking, berbasikal, memancing, boleh berjalan kaki dan mandi air terjun di Air Terjun Gunung Nuang, Air Terjun Lata Tampit, boleh main Paintball, Archery, melawat kebun sayur, Taman Rusa & Arnab dan macam-macam lagi
Antara kemudahan yang ada, parking persendirian percuma, surau, bilik mesyuarat, cafe, tempat BBQ, karaoke(atas permintaan), kaunter maklumat untuk aktiviti rekreasi, padang permainan, telematch, dan sebagainya

Dan aku sebenarnya tertarik untuk pergi ke Air Terjun Tampik yang mempunyai air terjun 7 tingkat , mesti lawa gila kan tempat dia, tapi nak ke air terjun ni kena ada permit tau, kalau korang teringin jugak boleh jenguk web ni www.tampikwaterfall.com , sumpah lawa gila ~ okay next wishlist ! So untuk info lanjut boleh contact terus Chalet Mama Papa okay

Kemudahan dan Pakej yang disediakanMakan Minum Selera KampungHari KeluargaSeminar dan Percutian SyarikatTeambuildingBerkhemahKalau korang sukakan makanan kampung, boleh juga pilih pakej selera kampung haa boleh lah masakan-masakan tradisional yang dah lama kita tak makan, sedap gila sambal hijau kat sini lepas tu serawa durian perghhh letop ! 

Contact : www.wasap.my/+60193688594Facebook : https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/
Radiant Retreats

Terletak di Kampung Janda Baik juga, Radiant Retreats ni merangkumi semua aspek, untuk family day boleh, untuk pembelajaran pelajar sekolah, pelajar kolej, team building syarikat korporat dan sebagainya. Kiranya jika korang tercari-cari tempat yang boleh buat aktiviti sambil belajar nah disini memang lengkap dengan semua fasiliti 
Aku pun sempat juga melawat sekeliling Radiant Retreats ni, kawasan sini sangat luas, boleh belajar macam-macam dan fasilitator disini sememangnya terlatih di peringkat antarabangsa. Bagusla untuk anak-anak juga sebenarnya, disini pelbagai pembelajaran yang kadang kita pun tak terfikir untuk ajar mereka.


Untuk percutian or family day, disini ada 3 rumah percutian dan juga tapak perkhemahan, Forest Lodge, Mountain Logde dan Orchid Villa. Terdapat juga khemah tepi sungai dan 2 tapak perkhemahan yang lengkap dengan segala kemudahan.





Pakej yang ada disini Corporate Team BuildingCorporate Training & Facilitation (HRDF Claimable)Camps for school and youth Holiday Homes and Campsite Family Lagi mudah, korang  bagitahu je kepada pihak pengurusan Radiant Retreats ni korang nak buat program apa, haa nanti diorang akan uruskan dari A-Z.


More info boleh layari Web : https://www.radiant-retreats.com/Fb Page : https://www.facebook.com/radiantretreatspage/Ig : https://www.instagram.com/radiant_retreats/
The Land Bentong



Terletak di Kampung Asap, Bentong, aku tak sangka ada tempat cantik dan setenang The Land ni, bayangkan lah tempat ni jauh dari rumah-rumah penduduk kampung yang lain, sebelum masuk ke kawasan The Land ni ada jalan kecil dan dihias dengan bunga-bunga, jadi lah port bergambar jap :p

Tapi sesungguhnya ni memang kali pertama aku tahu tentang The Land dan aku rasa tak semua tahu tempat ni kan walaupun orang Pahang kan kan kan ? Haa  kawasan sini sangat luas, ada kolam yang cantik dipenuhi dengan pokok Teratai dan ikan talapia, seronok bagi makan ikan, lepastu ada beberapa haiwan ternakan

Sememangnya suasana kampung tu sangat dirasai.The Land sangat sesuai untuk percutian keluarga, wedding indoor / outdoor, farmstay, acara korporat, event space dan boleh memuatkan hingga 400pax. Oh ye untuk membawa diri pun sesuai sangat haha. Jiwa kacau ? Boleh je, jangan terjun kolam dah la ~

Cantik juga view bilik yang ada di The Land ni, sebab tu owner panggil bilik ni "Bali' ala-ala berada di Bali gais, penginapan boleh memuatkan hingga 50 pax, dan hari tu owner ada share pengunjung  yang datang siap buat konsert sendiri lagi, means boleh la kalau korang nak karaoke ke apa-apa yang fun disini.







Datang ramai-ramai lepas tu buat bbq, karaoke, lepak-lepak dan korang boleh masak apa sahaja yang korang nak sebab disediakan tempat dan alatan memasak, haa bawak je bahan-bahan so masak lah sepuas hati.


GRM Jumbo Camp (Green Ranger Malaysia)Untuk aktiviti aku nak highlight sikit, kat sini korang boleh buat aktviti sendiri tapi kalau korang nak aktiviti yang lagi best, korang boleh join GRM Jumbo Camp ni

Itinerary agak menarik, ada day trip ke National Elephant Conservation Centre, Biodiversity Trip, Water Confidence and Trekking di Sungai Chamang, Teambuilding Games dan banyak lagi , boleh mandikan gajah, tengok harimau dan sebagainya lah haa more info boleh contact je pihak The Land okay! 
Web : https://thelandbentong.business.site/Fb : https://thelandbentong.business.site/Ig : https://www.instagram.com/thelandbentong/
Akhir kata, banyak lagi tempat menarik di Bentong yang kita boleh lawati, antaranya Bentong's Rural Charm, Felda Lurah Bilut Museum, Jungle Oasis, Genting Highlands, Janda Baik, Bukit Tinggi dan sebagainya. Jangan lupa cuti-cuti di Pahang. Jangan lupa share okay ! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2020/07/tempat-menarik-di-bentong-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Pergi Tempat Menarik Sekitar Daerah Bentong Pahang

Wajib Pergi Tempat Menarik Sekitar Daerah Bentong Pahang

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 772 hits
Salam uolls Alhamdulillah kembali lagi Ty di blog bersawang Ty ni Dan juga syukur dengan terlaksana nya PKPP ni Ty tak lagi terperuk sahaja di rumah seorang diri sebab Ty berkesempatan meluangkan selama 3 hari 2 malam di negeri Pahang Darul...
Menarik Di Kuala Lipis Pahang Tempat Tempat Yang Mesti Dilawati

Menarik Di Kuala Lipis Pahang Tempat Tempat Yang Mesti Dilawati

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 549 hits
Kuala Lipis adalah satu bandar lama di negeri Pahang Jika sebelum ni hanya mendengarkan namanya tetapi kali ini saya berjaya menjejaki kaki kesana melawat ke tempat menarik di Kuala Lipis Kuala Lipis pernah menjadi ibu negeri kepada Negeri ...
6 Tempat Percutian Menarik Di Bangkok

6 Tempat Percutian Menarik Di Bangkok

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 297 hits
Saya baru saja menerima maklum balas untuk 2 paper conference di Vietnam Alhamdulillah diterima walaupun masih perlu diperbaiki Sambil sambil tu mencari destinasi pelancongan di Vietnam tetapi tercari tempat menarik di Thailand pula Menyedi...
Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 840 hits
Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di terengganu ni Di Kuala Terengganu sahaja berpuluh puluh tempat menarik yang menarik jumlah pelancong asing malah pelancong luar dan dalam Terengganu pun turut tertarik dan belum terokai semua tempa...
Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 840 hits
Jambatan Victoria adalah sebuah yang terletak di Engor Kuala Kangsar Perak Jambatan yang merentangi ini mula dibina pada tahun 1897 dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk dis...
Tempat Penginapan Menarik Di Sekinchan

Tempat Penginapan Menarik Di Sekinchan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 458 hits
Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Sekinchan yang ramai netizen tak berkesempatan untuk explore Mana tidaknya Tempat tempat menarik sebegini tumbuh seperti cendawan Kejap lokasi sana Esok lusa lokasi sini pula Trend sekarang ini rakyat...
5 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah

5 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 710 hits
Baru baru ini akak tempat saya mengajar tuisyen bercerita tentang percutiannya di Kundasang Sabah Boleh dikatakan semasa bercerita dengan orang luar Kundasang pasti menjadi pilihan tempat percutian mereka di Sabah Mungkin kerana Desa Dairy ...
Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Pahang Apa Yang Menarik

Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Pahang Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 475 hits
Boh Tea Centre Sungai Palas Cameron Highland Apabila mendengar dan bercerita mengenai Cameron Highland pasti akan terbayangkan akan kehijauan ladang teh Dengan bayu sejuk kawasan tanah tinggi yang menyamankan seolah olah berada di kawasan p...
7 Tempat Best Sekitar Bentong Raub Dan Lipis

7 Tempat Best Sekitar Bentong Raub Dan Lipis

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 473 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraDengan kembali bukanya Pelancongan Domestik bagi rakyat Malaysia untuk melancong didalam Negara abang tak lepaskan peluang untuk membantu ekonomi rakyat setempat dengan travel dalam negara Minggu lepas ab...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal