Cuti Cuti Ke Cameron Highland Pangsapuri Kaktus Di Brinchang


Baru-baru ni k.fiezz, mr hubby & family k.fiezz cuti-cuti ke Cameron Highlands. Balas dendam 3 bulan duduk kat rumah tak boleh ke mana-mana sebab ikut arahan kerajaan - Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi bila PM umum, dah boleh start rentas negeri. Apa lagi...Cuti-cuti lah uolls sesambil balik kampung..

Paling dekat dengan perak, haruslah Cameron Highlands. hehe. Dah pilih lokasi bercuti, kena fikir pula tempat penginapan di Cameron. Jadi antara hotel di cameron highland dengan homestay. Kitaorang lebih suka pilih homestay. Rasanya lebih jimat sikit & lebih selesa duduk homestay sebab ramai. Senang nak bincang pun nak jalan-jalan ke mana. Tak adalah kena keluar, ketuk pintu bilik kalau duduk hotel. Mr hubby pun kalau kitaorang cuti ramai-ramai macam ni, lebih suka pilih homestay. Jadi tugas mencari homestay, mr hubby yang incharge & pilihan mr hubby homestay di Brinchang Cameron Highland. 
Setel part Homestay..Apa lagi..

Jom ke Cameron, uoll.   Naik Cameron Dari Simpang PulaiKitaorang naik Cameron Highland dari Simpang Pulai. Jalan dari sini nak naik ke Cameron tak lah teruk sangat. Kalau compare ikut Tapah, mr hubby cakap lagi mencabar. Tapi dah kebetulan memang kitaorang dari belah Ipoh, jadi pilih Simpang Pulai je lah. Senang. Perjalanan dari Simpang Pulai nak ke Cameron, tak lah jauh sangat pun. Sejam kalau tak silap k.fiezz. Tengok pada cara pemanduan masing-masing. PENGINAPAN DI CAMERON HIGHLANDMr hubby memang dah siap-siap booked melalui Agoda. Jadi sampai je Cameron Highland, terus menuju ke Homestay di Brinchang Cameron Highland iaitu Pangsapuri Kaktus. Jalan masa nak ke pangsapuri ni, jammed weiii. Dah nampak pangsapuri nya tapi sangkut dalam jammed, tak boleh buat apa. Hadap je lah. Sekolah belum mula lagi jadi orang ramai lah bercuti kat Cameron masa ni. 
Homestay kitaorang iaitu Pangsapuri Kaktus ni, jenis apartment. Ada lif & parking setiap unit rumah ada 1. Jadi satu kereta je boleh parking dalam kawasan disediakan. Yang lain, parking di luar. 
Nak masuk dalam homestay ni, tuan rumah dah bagi arahan. Kunci boleh ambil dalam peti di luar pintu rumah & nak buka peti tu ada lah kata laluan khasnya
KENAPA PILIH HOMESTAY? Senang duduk homestay. Jimat dari segi sewa boleh kongsi

Nak jimat boleh masak-masak juga. Lepas tu dah ada bilik cukup untuk setiap orang. Jadi senang macam tu.  Lagipun senang kumpul semua dalam satu rumah. Nak bincang macam nak makan kat mana, nak jalan-jalan ke mana, boleh terus sembang. Tak yah nak whatsapp.
Rate Pangsapuri Kaktus yang terletak di Brinchang ni RM200 / 1 malam. 
Masa mula-mula booked, mr hubby pilih homestay jenis Bohemian tapi masa sehari sebelum kitaorang naik cameron, pemilik homestay atau pun pihak Agoda Whatsapp Mr hubby beritahu terpaksa tukar sebab homestay Bohemian tu ada masalah paip. Alahhh..dah berangan nak duduk yang bohemian tu sebab deko dia cantik...Tapi tak pe lah dah problem paip pulekkk..Kang dah satu hal. Tak pe lah, ikut je lah yang mana okey. Janji selesa & tak bermasalah. 
Tukar lah dari homestay Bohemian ke homestay Blue & White Theme ni. Bawah ni video k.fiezz rekod dalam rumah. Gigih tau. Haha. Nak cakap depan kamera, maluuu..Kita tak sampai lagi level Sugu Pavithra. haha. Jadi kita buat suara latar je lah. Yang intro k.fiezz ada enterprame jap. haha.



Korang nak tengok keseluruhan dalam rumah, boleh tengok dalam video ni. 


Ruang Tamu - Dari sudut depan


Ruang Tamu - Dari sudut tepi


Dapur 


Dapur
Bahagian dapur, lengkap dengan segala perkakas / barangan dapur. Microwave, dapur elektrik, pinggan, cawan, cerek elektrik, periuk nasi & lain-lain. Boleh rujuk video. 


Cantik wallpaper kat ruang makan ni. Tu yang sibuk nak bergambor juga. hehe



Bilik Utama - Bilik air + Iron & Iron Board + Hair Dryer


Bilik ke-2


Bilik ke-3
Satu lagi bilik air di luar. K.fiezz lupa nak snap gambar. Dalam video atas ni, ada k.fiezz rekod


Dengan abah k.fiezz kat balkoni ambil angin sejuk..Homestay yang kitaorang menginap ni belakangKaktus Valley. Jadi memang keluar je di balkoni terus nampak tanaman kaktus & sebelahnya tu ladang sayur.  

Ni hah. ladang sayuran. sebelah dengan kaktus valley


Kaktus Valley. Nampak lah orang yang jalan-jalan dalam kaktus valley ni sebab rumah kitaorang menginap ni di tingkat 2. Memang sama level dengan tempat kaktus. 
Overall penginapan yang menarik kat sini. Selesa. memuaskan hati. Untuk k.fiezz sesuai sangat homestay ni untuk yang datang beramai-ramai. Ruang tamu, ruang makan, dapur, balkoni luas weiii..Kalau ada budak-budak, memang seronok diaorang main kejar-kejar. Tapi kena hati-hati juga tau sebab tuan rumah ada almari perhiasan letak barang-barang kaca di ruang tamu. Kalau pecah tu, nangis nak ganti. haha. Tapi rumah ni memang selesa sangat untuk kitaorang seramai 6 orang. Tempat dia pun tenang & tak crowded. Dekat dengan kedai tak?Dekat lah juga. Juga tau. haha. Nak exercise boleh juga tapi kalau tak larat, naik kereta je lah. Penat gak. Haritu kitaorang jalan kaki dari homestay nak ke kedai, cari tempat makan. Mengah weii. haha. Sebenarnya tak lah jauh sangat. 5-10 minit berjalan dah sampai area kedai-kedai.  Cuma bila lalu jalan yang berbukit mengah kejap. 
Masa tu kitaorang decide jalan kaki sebabnya jalan jammed. Dari sangkut dalam jammed, baik lah jalan kaki. Cuma stamina kena ready jalan kaki. hehe. Sesekali kan. Apa salahnya

Kalau korang nak sewa homestay di Brinchang, Cameron Highland k.fiezz memang rekomen sangat Pangsapuri Kaktus ni dengan korang. Terutama yang bercuti ramai-ramai dengan family. Boleh masak, ruang luas.  
Booking boleh dibuat melalui AGODA

Alamat - Pangsapuri Kaktus 16, Jalan Angsana 1Brinchang, 39000 Pahang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/07/Cuti-Cuti-Ke-Cameron-Highland-Pangsapuri-Kaktus-Di-Brinchang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Vir4l Di Cameron Highland Kemas Bilik Sendiri Lepas Check In

Hotel Vir4l Di Cameron Highland Kemas Bilik Sendiri Lepas Check In

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 587 hits
Rancangan untuk bercuti di hujung minggu dan waktu yang diharapkan dapat dihabiskan dengan tawa riang dirosakkan oleh pihak penginapan Melalui Aira berkongsi pengalaman burvk dia dan abangnya menginap di sebuah hotel dekat Cameron Highland ...
Jalan Jalan Ke Cameron Highland

Jalan Jalan Ke Cameron Highland

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 587 hits
Walaupun selalu pergi Tapi tak pernah rasa bosan Haha zaman dah berubah Blog dah jarang orang guna Tapi tak salahkan jika kita masih jadi pengguna
Bomba Lengkap Ppe Usung Mayat Turun Pangsapuri

Bomba Lengkap Ppe Usung Mayat Turun Pangsapuri

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Seramai 13 anggota bomba lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri membantu polis membawa turun mayat seorang lelaki dari sebuah pangsapuri di Kampung Baru petang tadi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerim...
Harga Tambang Bas Ekspress Ke Genting Highland Dari Lrt Gombak

Harga Tambang Bas Ekspress Ke Genting Highland Dari Lrt Gombak

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 455 hits
Hai semua Rasanya dah lama BBL tak naik ke Genting Highland Last rasanya tahun lepas itu pun pergi kejap je tetiba tahun ni rasa repeat pergi jalan jalan ambil angin sejuk atas puncak Banjaran Titiwangsa Yelah mana tahu saja nak cuci mata p...
Bercuti Di Cameron Highlands Selepas Pkp

Bercuti Di Cameron Highlands Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 775 hits
PEKAN TANAH RATAAda yang yang bertanya Bagaimana suasana bercuti selepas PKP masuk ke fasa PKPP yakni pemulihan Umum mengetahui semasa Perintah Kawalan Pergerakkan atau PKP dilaksanaka Cameron Highlands bagaikan bandar mati yang sepi berban...
Potret Kaktus Tumbuh Mengungguli Gedung Di Jepang Bikin Netizen Heboh

Potret Kaktus Tumbuh Mengungguli Gedung Di Jepang Bikin Netizen Heboh

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 248 hits
Tingginya diperkirakan lebih dari 10 meter Bahkan tak sedikit yang bertanya tanya apakah ini adalah tanaman kaktus tertinggi di dunia
Pangsapuri Kapsul Terkecil Sekali Didunia

Pangsapuri Kapsul Terkecil Sekali Didunia

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 272 hits
Noritaka Minami jurugambar berasal dari AS membuat siri foto menarik bernama 1972 yang mendokumentasikan pangsapuri kapsul kecil di sebuah bangunan perumahan pasca perang di Jepun Jauh sebelum mikro pangsapuri menjadi trend di Jepun sebuah ...
Pangsapuri Paling Padat Penduduk Di Dunia Tinggal Kenangan

Pangsapuri Paling Padat Penduduk Di Dunia Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 445 hits
Bandar Kowloon Walled City popular kerana peengedaran dadah dan jenayah bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah satu tempat dengan penduduk paling padat di dunia Lebih daripada 50 000 orang tinggal berdesakan dalam 300 b...
Remaja Perempuan Dijumpai Mati Dipercayai Terjatuh Dari Pangsapuri

Remaja Perempuan Dijumpai Mati Dipercayai Terjatuh Dari Pangsapuri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 249 hits
BUKIT MERTAJAM 9 Julai Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dijumpai mati selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di kawasan Perai Indah sini hari ini kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad Katany...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu