Bnm Umum Penangguhan Bayaran Kereta Rumah Dan Lain Lain Sehingga 6 Bulan Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 1 April.
Beliau berkata, selain itu, pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.
sumber gambar: Sinar Harian Bermula 1 April
Jelasnya, fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April sehingga 31 Disember 2020.
“Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.
“Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Pengumuman Muhyiddin itu mengesahkan laporan media sebelum ini yang memetik dokumen diserahkan Bank Negara (BNM) kepada bank-bank di Malaysia, sebelum ini, bahawa pelanggan akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Laporan sebelum ini juga menyebut penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Kenyataan BNM
Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan.
Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.
Hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan
sumber gambar: Astro Awani Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan, kata Bank Negara Malaysia (BNM) menurut dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di Malaysia.
“Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.
“Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual,” katanya.
Menurut BNM, usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan BNM pada Selasa dan akan berkuat kuasa bermula 1 April.
Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.
Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan bank masing masing. Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.
Keputusan ini dibuat PM kerana ramai rakyat yang resah memeikirkan hutang yang perlu dibayar dengan keadaan sekarang.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata langkah itu amat bermakna dan mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Kementerian Kewangan, BNM serta industri perbankan negara.
“Seperti yang saya umumkan tempoh hari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi akan dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara.
“Saya telah pun meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman ini dengan lebih mendalam agar rakyat memahami sepenuhnya manfaat yang ditawarkan,” katanya.
Ujarnya, kerajaan pada hari ini sentiasa mendengar permintaan dan denyut nadi rakyat.
“Saya sedar bahawa impak wabak COVID-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan.
“Rakyat pelbagai lapisan sama ada usahawan, petani, nelayan, pekerja harian tertanya-tanya akan kedudukan ekonomi mereka.
“Antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ini ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi peminjam persendirian mahupun PKS yang perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini,” katanya
Sumber: Astro Awani
The post BNM Umum Penangguhan Bayaran Kereta, Rumah Dan Lain-Lain Sehingga 6 Bulan. Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bnm-umum-penangguhan-bayaran-kereta-rumah-dan-lain-lain-sehingga-6-bulan-rakyat-terjejas-boleh-tarik-nafas-lega/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bnm Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan

Bnm Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia membenarkan pelanggan perbankan termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan Ia lan...
Tempoh Pkp Adakah Penyewa Diberi Kemudahan Penangguhan Untuk Jelaskan Bayaran Sewa Rumah

Tempoh Pkp Adakah Penyewa Diberi Kemudahan Penangguhan Untuk Jelaskan Bayaran Sewa Rumah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 481 hits
TEMPOH PKP ADAKAH PENYEWA DIBERI KEMUDAHAN PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH Persoalan seperti ini mungkin timbul ekoran kemudahan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan bank di Malaysia iaitu Adakah wajar diberi PENANG...
Moratarium Penangguhan Bayaran Loan Selama 6 Bulan Perlukah

Moratarium Penangguhan Bayaran Loan Selama 6 Bulan Perlukah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 370 hits
Moratorium penangguhan bayaran pinjaman seperti ASB LOAN hire purchase housing loan persoalannya perlukah saya ambil Jawapannya perlu kalau anda terganggu pendapatan disebabkan wabak covid19 yang melanda negara sekarang ini dan jawapannya a...
Bnm Arah Bank Tangguh 6 Bulan Bayaran Balik Hutang Peminjam

Bnm Arah Bank Tangguh 6 Bulan Bayaran Balik Hutang Peminjam

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 368 hits
PELANGGAN tiga institusi kewangan atau pinjaman wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang terkesan akibat Covid 19 dibenar menangguhkan bayaran pembiayaan selama enam bulan berkuat kuasa semalam Menteri Pembangunan Us...
Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1133 hits
COVID19 di Malaysia semakin membimbangkan di mana terdapat peningkatan kes dari semasa ke semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan adalah langkah tepat bagi membendung bagi membendung penularan wabak Covid 19 Pastinya ada yang terk...
Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Loan Kereta Rumah Personal

Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Loan Kereta Rumah Personal

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 535 hits
Tahukah anda terdapat 17 bank yang menawarkan PAYMENT HOLIDAY bagi ansuran loan rumah dan kereta sehingga 6 bulan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang terkesan dengan Covid 19 Dapatlah anda bernafas selama 6 bulan ini Anda boleh rujuk ...
Sharifah Shahira Lega Suami Sekarang Melekat Di Rumah

Sharifah Shahira Lega Suami Sekarang Melekat Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 263 hits
Umum mengetahui kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini dan rakyat disarankan untuk duduk di rumah bagi The post appeared first on
Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Pakar komunikasi memuji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana berucap dalam nada kasual menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara kelmarin Mereka berkata sikapnya tanpa kepura puraan adalah men...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage