Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah



PETALING JAYA: Pakar komunikasi memuji Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana berucap dalam nada kasual menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara kelmarin.

Mereka berkata, sikapnya tanpa kepura-puraan adalah menarik dan dapat membantu menyampaikan mesej kepada rakyat untuk duduk di rumah sehingga perintah kawalan pergerakan berakhir.

Mus Chairil Samani daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, ia jelas menunjukkan keikhlasan Muhyiddin berbanding bahasa rasmi yang digunakan ketika mengumumkan perintah kawalan pergerakan pada Isnin lalu.

Mus, yang menerbitkan sebuah buku mengenai komunikasi krisis, percaya kebanyakan pendengar akan menghargai apa yang perlu mereka lakukan untuk mematuhi perintah itu.

“Bahasa yang beliau gunakan menjelaskan dengan mudah apa maksud perintah kawalan pergerakan. Apabila bercakap kepada semua lapisan masyarakat, cara terbaik ialah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bukannya bahasa rasmi,” katanya kepada FMT.

Syed Arabi Idid daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, perkataan mudah yang Muhyiddin gunakan meyakinkan.

“Beliau mengulangi penggunaan frasa ‘stay at home’ sangat menarik. Jika beliau tidak bercakap dalam cara mudah, mesej itu mungkin tidak dapat disampaikan.

“PM telah menetapkan nada baik. Kini, terpulang kepada pelbagai agensi untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan.”

Syed Arabi berkata, menteri sepatutnya bertindak segera menjelaskan bagaimana perintah kawalan pergerakan akan menjejaskan pelbagai sektor di bawah seliaan mereka selepas perintah itu diumumkan.

Muhyiddin, dalam ucapannya yang ke-2 sejak penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pada minggu ini, mengulangi rayuan untuk rakyat berada di rumah, selepas puluhan ribu orang bergegas balik ke kampung sebelum perintah itu mula berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Beberapa jam sebelum beliau mengumumkan perintah kawalan pergerakan pada Isnin malam, orang ramai ke pasar raya di seluruh negara untuk pembelian panik, menentang gesaan untuk penjarakan sosial.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari, tolonglah ‘stay put where you are’.

“Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang,” kata Muhyiddin dalam ucapannya dengan menyebut “duduk di rumah” sekurang-kurangnya 4 kali sambil menggesa orang ramai menangguhkan rancangan mengadakan kenduri kahwin ketika cuti sekolah.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja.”

Walaupun ramai mengkritik kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci ketika mengumumkan perintah kawalan pergerakan, rakyat turut memuat naik video dan grafik “Duduk di rumah” yang dihasilkan mereka sendiri ke media sosial yang dilihat melengkapi rayuan Muhyiddin.

Ada pula yang memberi terjemahan sendiri terhadap ucapan Muhyiddin dan ada yang menyifatkan ia seperti nasihat seorang bapa.

“Kenapa saya rasa seperti seorang datuk memberitahu cucunya untuk berkelakuan baik – berulang kali – berserta sedikit sindiran (berkaitan kenduri kahwin),” kata wartawan sukan, Haresh Deol.

“Cara Muhyiddin memberi ucapan malam ini mengingatkan saya kepada ayah marah saya sebab tak dengar cakap,” tulis pengguna Twitter Clarky.

“Saya rasa daddy seterusnya ialah Muhyiddin, beliau betul-betul mempunyai watak daddy apabila dia suruh duduk rumah,” kata Syakiladiliah.

Pengguna media sosial lain berkata, perdana menteri cuba bersikap sopan walaupun beliau boleh menggunakan bahasa kasar.

“Muhyiddin secara dasarnya bermaksud ‘tak paham bahasa ke’ walaupun beliau perlu bercakap dalam bahasa Inggeris juga,” kata Nurarif Fitri.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/muhyiddin-dipuji-beri-mesej-ikhlas-rayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Rayu Rakyat Duduk Di Rumah Tempoh 2 Minggu Bukan Untuk Keluar Berjalan

Pm Rayu Rakyat Duduk Di Rumah Tempoh 2 Minggu Bukan Untuk Keluar Berjalan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 317 hits
Akibat kedegilan sesetengah rakyat malaysia Perdana Menteri malam ini menjelaskan sebab sebab kenapa perintah kawalan pergerakan dikeluarkan Ikuti perutusan yang disampaikan oleh beliau PERUTUSAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PERDANA...
Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

Terkini Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 469 hits
Tolong duduk di rumah ya semua small Cover image via Like Suka TV Facebook small Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bergerak keluar antara negeri Perkara ini disahkan oleh Ketua ...
Sepatutnya Mahathir Nasihat Khalid Samad Duduk Rumah Sebelum Nasihat Rakyat

Sepatutnya Mahathir Nasihat Khalid Samad Duduk Rumah Sebelum Nasihat Rakyat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 299 hits
Sebelum ini kita dimaklumakan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya Tapi malangnya si Khalid Samad jumpa Mahathir semasa menjalani kuarantin Tujuannya nak beritahu pejuangan bel...
Siapa 3 Juta Rakyat Malaysia Yang Degil Sangat Tak Mahu Duduk Diam Di Rumah Ni

Siapa 3 Juta Rakyat Malaysia Yang Degil Sangat Tak Mahu Duduk Diam Di Rumah Ni

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 827 hits
Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar Panglima Angkatan TenteraAnggota ATM dan PDRM bekerjasama melakukan sekatan jalan raya di beberapa kawasan seluruh negara Gambar Bernama KUALA LUMPUR Kira kira tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar ti...
Covid19 Agong Nasihat Rakyat Duduk Di Rumah

Covid19 Agong Nasihat Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 708 hits
Dua hari selepas menasihati rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan menerusi televisyen dan radio hari ini Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej serupa Menerusi catatan...
Kakitangan Staf Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah

Kakitangan Staf Kesihatan Rayu Rakyat Tidak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 475 hits
We stayed at work for u U stay at home for us Foto ihsan Jane Janefer Goh KP Kesihatan rayu rakyat tidak keluar rumah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar r...
Bantulah Kami Dengan Duduk Di Rumah Rayu Kp Kesihatan

Bantulah Kami Dengan Duduk Di Rumah Rayu Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 216 hits
By 18 March 2020Dr Noor Hisham AbdullahKUALA LUMPUR Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius Duduk di rumah demikian rayuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang mah...
Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 506 hits
Ramai yg TAK PAHAM BAHASA Kerajaan suruh duduk di rumah Jgn keluar kecuali hal2 yg PENTING sahaja Biar MKN PM dan MENTERI yg terlibat sahaja buat kerja bagi memutuskan rangkaian virus covid 19 Yang TIADA kaitan sila DUDUK DI RUMAH Jgn nak r...
Duduk Rumah Jangan Melilau Siti Nurhaliza Seru Rakyat Malaysia Ikut Arahan Kawal Pergerakan

Duduk Rumah Jangan Melilau Siti Nurhaliza Seru Rakyat Malaysia Ikut Arahan Kawal Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 726 hits
Siti Nurhaliza tidak ketinggalan tampil di media sosial untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia tampil memberikan kerjasama dalam mengekang penularan wabak Covid 19 di Malaysia Umum mengetahui pertambahan jangkitan Covid 19 di Malaysia semaki...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Asan Lembu The Movie

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis

Maaflah Biarlah Benak Ubi Tapi Betul Hafidz Roshdi Pertahan Tindakan Tak Hadir Mahkamah Bidas Balik Teguran Shuhada

Packing Barang Kucing Kesayangan