Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 28, 2024 9:43 PM
Gabungan Madani memenangi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota dengan kemenangan besar, dengan BN mengutip hampir 28,000 undi dan menang di semua daerah mengundi

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa gabungan Madani berjaya mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu PN pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 untuk mengalihkan undi.

Bagaimanapun, kemenangan itu berlatarbelakangkan peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu hanya 54 peratus dan turut menyaksikan penurunan ketara dalam sokongan pengundi Cina.

Analisis ini membandingkan data daripada PRK kali ini dengan PRU ke-15 apabila pengundi Mahkota membuang undi untuk kerusi Parlimen Kluang, dan pilihan raya negeri Johor pada Mac 2022.

Data peringkat daerah mengundi yang dipaparkan BN semasa pengiraan undi menunjukkan gabungan gabungan Madani berjaya memenangi semula tiga daerah mengundi - Kampung Melayu I, Kampung Melayu II dan Sri Tengah - yang dimenangi PN sebelum ini semasa PRU15.

BN juga menghapus kelebihan PN di Kampung Baru, sebuah daerah yang banyak diberi perhatian oleh pembangkang semasa PRK.

Prestasi keseluruhan PN juga merosot berbanding dua kali pengundi Mahkota pergi ke peti undi.
Tanpa mengambil kira undi pos dalam semua senario, bahagian undi PN di Mahkota menurun kepada 20.8 peratus (7,222 undi) berbanding 30.5 peratus (10,575 undi) pada PRU15 dan 21.3 peratus (7,296 undi) pada pilihan raya negeri.

Bahagian undi awalnya - yang datang dari kem tentera Mahkota - juga merosot kepada 25.9 peratus (1,088 undi) berbanding 58 peratus (1,825 undi) pada PRU15 dan 42 peratus (1,022 undi) pada pilihan raya negeri.

Pencapaian itu menandakan kesinambungan peningkatan sokongan orang Melayu terhadap gabungan Madani, yang turut diperhatikan semasa PRK Nenggiri.

Sementara itu, meski undi BN dan PH digabungkan untuk calon BN meraih 79 peratus undi, ini nampaknya telah dicapai dengan sokongan kaum Cina yang lebih rendah.

Di Bandar Tengah, daerah yang mempunyai pengundi Cina paling ramai di Mahkota dengan hampir 80 peratus penduduknya adalah Cina, hanya 1,335 undi dibuang - dengan 1,212 undi diraih gabungan Madani.

Sebagai perbandingan, 1,925 undi telah dibuang di Bandar Tengah semasa PRU15, dengan PH memperoleh 1,442 undi dan BN, 349 undi ketika itu.
Keputusan hari ini mirip pilihan raya negeri, dengan 1,418 undi dibuang di Bandar Tengah, di mana 1,042 mengundi PH dan 299 mengundi BN.

Pilihan raya negeri, seperti hari ini, juga mengalami peratusan keluar mengundi yang rendah.

Tahap sokongan PN di Bandar Tengah secara relatifnya tidak berubah, daripada 95 pada pilihan raya negeri, 129 pada PRU15, dan 123 hari ini.

Daerah pengundian majoriti bukan Melayu lain yang peratusan keluar mengundi lebih rendah hari ini berbanding PRU15 termasuk Taman Lian Seng dan Indah Jaya.

Walaupun bukan boikot sepenuhnya, angka itu menunjukkan bahawa sejumlah besar pengundi Cina tidak mengambil bahagian dalam PRK Mahkota.

Terdapat rasa tidak puas hati yang meluas di kalangan pengundi Cina sebelum PRK, antara lain dikaitkan dengan serangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung isu sijil halal. Kok dilihat sebagai mempertahankan hak bukan Melayu.

Rasa tidak senang itu bertambah buruk apabila Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed menyifatkan pengundi Cina sebagai oportunistik dan membayangkan bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah bermakna mereka tidak mahu mengundi calon bukan Cina.

Ini adalah PRK kedua yang mencatatkan penurunan ketara dalam peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina selepas PRK Sungai Bakap.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/bn-sapu-mahkota-rampas-undi-pn-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Betul Dap Jadi Alat Umno Tarik Undi Cina Di Mahkota Onn Hafiz

Tak Betul Dap Jadi Alat Umno Tarik Undi Cina Di Mahkota Onn Hafiz

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 87 hits
Dakwaan kononnya DAP hanya dijadikan alat UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota adalah tidak berasas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan seperti itu...
Ini Calon Pn Prk Mahkota Tapi Bn Ingkar Janji Spr

Ini Calon Pn Prk Mahkota Tapi Bn Ingkar Janji Spr

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 117 hits
Yong Mew Chai ketika ditemui pada hari penamaan calon PRK Mahkota di Kluang Johor pada hari ini 14 September 2024 1 Coach Haizan mesra dengan bukan MelayuKLUANG Calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota Mohamad Haizan Jaa...
Prestasi Pn Dalam Prk Mahkota Merosot Berbanding Pada Pru Ke 15

Prestasi Pn Dalam Prk Mahkota Merosot Berbanding Pada Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 31 hits
MalaysiakiniTanpa mengira undi awal dan pos PN memperoleh 6 134 undi hari ini mengikut keputusan tidak rasmi Sebagai perbandingan semasa PRU15 dalam perebutan kerusi Parlimen Kluang PN memperoleh 8 750 undi Ini menunjukkan penurunan 29 8 pe...
Bn Kuasai Undi Awal Prk Mahkota

Bn Kuasai Undi Awal Prk Mahkota

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 32 hits
Nora MahparSyed Hussien Syed Abdullah daripada BN memperoleh 3 119 undi mengatasi pencabar Haizan Jaafar mewakili PN yang mendapat 1 088 undi KLUANG Barisan Nasional mendahului pengundian undi awal PRK DUN Mahkota menurut keputusan tidak ra...
Tawaran Berlakon Tiada Tapi Dipuji Makin Cantik Lepas Hidup Solo Ira Kazar Bagi Hint Bakal Bergelar Penyanyi

Tawaran Berlakon Tiada Tapi Dipuji Makin Cantik Lepas Hidup Solo Ira Kazar Bagi Hint Bakal Bergelar Penyanyi

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 94 hits
Melalui laporan Oh Bulan bekas isteri pengarah hebat Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsikan perkembangan hidupnya selepas bercerai pada 5 September lalu
Nohhh Tak Selesai Peemohonan Maaf Selesai Tapi Di Mahkamah Tak Selwsai

Nohhh Tak Selesai Peemohonan Maaf Selesai Tapi Di Mahkamah Tak Selwsai

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 80 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan kes melibatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghasut isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik Ha...
Hiburan Sama Sekali Tidak Benar Aliff Aziz Nafi Tarik Balik Kes Terhadap Sarah Yasmine Tapi Mengikut Perintah Mahkamah

Hiburan Sama Sekali Tidak Benar Aliff Aziz Nafi Tarik Balik Kes Terhadap Sarah Yasmine Tapi Mengikut Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 71 hits
Penyanyi dan pelakon sensasi tampil menafikan dakwaan bekas kekasihnya Sarah Yasmine yang mengatakan dia menarik balik kes mahkamah melibatkan mereka berdua Ujar Aliff kes mahkamah itu sebenarnya masih belum berakhir Advertisement View this...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Topson Umumkan Persaraan Dari Dota 2 Selepas Ti 13


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Sayur Lemak Fucuk Suhun Masakan Kampung

Sedap Betul Miang Pla Di Dusun Riffaa Changlun

Rahsia Kembali Cantik Selepas Bersalin Misi Mak Mak Supermodel

Membagikan Konten Dakwah Apakah Tetap Mendapat Pahala Meski Tidak Ada Yang Membaca Atau Menontonnya

Bn Cruises To Thumping Win In Mahkota

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa