Tak Betul Dap Jadi Alat Umno Tarik Undi Cina Di Mahkota Onn Hafiz



Dakwaan kononnya DAP hanya dijadikan alat UMNO untuk menarik sokongan pengundi Cina dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota adalah tidak berasas.
(Suara TV) – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, dakwaan seperti itu tidak wajar dan Johor mempunyai cara serta pendekatan sendiri dalam berpolitik.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Johor mengingatkan, lawan politik agar menghormati keharmonian bangsa Johor.
Pimpinan pembangkang tidak wajar berkempen secara menabur hasutan dan tohmahan, tegas beliau.
Kata Onn Hafiz, politik hasut menghasut tidak sesuai di bumi Johor.
“Politik sebegitu tak sesuai di bumi Johor, seperti yang saya sebut kepada rakan-rakan media tempoh hari (kempen cara Johor).
“Dekat sini sama-samalah kita jaga adab, jaga tertib dan keharmonian banga Johor.
“Kita hargai semua, jangan kita terikut-ikut dengan tohmahan dan hasutan, itu rayuan saya kepada Bangsa Johor, terutamanya yang berada di kawasan Mahkota,” seru beliau yang sebelum ini mengingatkan semua pihak terbabit dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk berkempen ‘Cara Johor’ yang mengutamakan serta menitikberatkan aspek keharmonian.
Sebelum ini beliau juga berkata, perkara berkaitan 3R (kaum, agama dan raja) seharusnya tidak disentuh langsung oleh mana-mana pihak terutama dalam tempoh berkempen kerana keamanan dan keharmonian perlu dipelihara setiap masa.
Onn Hafiz berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menyeru agar masyarakat Tionghua di DUN Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar “alat” Umno untuk mendapatkan undi daripada mereka.
Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah pada hari pertama kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah pada malam Sabtu.
Menurut Azman, kerajaan hari ini berbentuk “silo” kerana Kerajaan Perpaduan di Kerajaan Persekutuan manakala di Johor pula hanya melibatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata tanpa campur tangan parti komponen lain.
Katanya, masyarakat Melayu juga ditipu habis-habisan bahawa tidak berlaku “perkahwinan” antara Umno dan DAP.
“Perkara ini supaya orang Melayu yang marah kepada DAP terus menyokong Umno tetapi sebenarnya harini penamaan calon saya tengok gambar ada pemimpin DAP yang turun ramai sebab komposisi pengundi 55 peratus Melayu 45 peratus bukan Melayu.
“Jadi Umno memerlukan jentera-jentera DAP untuk kempen kepada pengundi-pengundi Cina supaya mengundi Umno- BN tapi orang-orang Tionghua di DUN Mahkota ini cerdik sudah pun sedar penipuan dibuat oleh pemimpin DAP,” katanya.
Tambahnya, DAP telah berpaling arah yang dahulunya memperjuangkan hak asasi manusia dan reformasi tetapi hari ini berlaku perkara sebaliknya.
Justeru, beliau berkata, masyarakat Cina khususnya perlu menghantar isyarat jelas kepada DAP mengenai penolakan kaum itu di DUN Mahkota.
“Jadi orang Cina kena hantar isyarat, kali ini pilihan raya di DUN Mahkota kena hantar isyarat yang jelas kepada pemimpin DAP.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) DAP menang majoriti. Ekonomi tak bagus, penipu dan janji tidak ditunaikan,” katanya.
The post Tak betul DAP jadi alat Umno tarik undi Cina di Mahkota – Onn Hafiz appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/09/16/tak-betul-dap-jadi-alat-umno-tarik-undi-cina-di-mahkota-onn-hafiz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Pas Tahniah Iaf Jordan X Tahniah Umno Alat Dap

Tahniah Pas Tahniah Iaf Jordan X Tahniah Umno Alat Dap

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 194 hits
1 Pimpinan PAS terima darjah kebesaran Sultan PahangKUALA LUMPUR Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al ...
Umno Dulu Dominan Kini Tunduk Kepada Pkr Dap Tun M

Umno Dulu Dominan Kini Tunduk Kepada Pkr Dap Tun M

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 393 hits
harakahdaily netSeptember 12 2024Mahathir MohamadKUALA LUMPUR Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan keras terbaharu terhadap integriti Umno sebagai parti yang pernah gah suatu ketika dahulu Beliau menya...
Menggelar Nyonya Tua Kepada Teresa Berpotensi Membuatkan Pengundi Cina Melakukan Protes Di Mahkota

Menggelar Nyonya Tua Kepada Teresa Berpotensi Membuatkan Pengundi Cina Melakukan Protes Di Mahkota

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 161 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh barangkali agar keterlaluan dalam menyerang Naib Pengerusi DAP Teresa Kok sehingga menggelarnya sebagai nyonya tua Gelaran itu ternampak bertujuan memperlekeh Teresa dengan gambaran beliau seorang yang suda...
Tak Yah Swmbang La Woiii Cina Dap Tu Tutup 22 Jadi 11 Hangpa Buka Masa Tu Tak Bantah Pun

Tak Yah Swmbang La Woiii Cina Dap Tu Tutup 22 Jadi 11 Hangpa Buka Masa Tu Tak Bantah Pun

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 185 hits
Lebai kalau sembang Tak usah la lebai Masa 33 bulan PAS dalam kerajaan dulu apa penambah baikkan yang PAS telah buat RUU355 pun tak berjaya diperkasakan Macam macam la alasan dia buat Cerita gempak siap buat Hudud lagi la Siap cakap kalau a...
Johor Dap Sees Mahkota By Election As Crucial For Shaping Ge16

Johor Dap Sees Mahkota By Election As Crucial For Shaping Ge16

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 172 hits
The Johor State DAP Committee will be chipping in to help the Barisan Nasional candidate win the Mahkota state by election on Sept 28 Its chairman Liew Chin Tong said the decision was made in a special meeting on preparations for the Mahkot...
Maki Cina Kapiaq Harbi Bagai Cina Itu Ini Hangpa Nak Soh Cina Undi Memang Dak La

Maki Cina Kapiaq Harbi Bagai Cina Itu Ini Hangpa Nak Soh Cina Undi Memang Dak La

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 229 hits
PAS AKHIRNYA SEDAR PENTINGNYA UNDI BUKAN MELAYUDalam podcast bersama Zaid Ibrahim beberapa hari lalu kami ada membangkitkan tentang perlunya Pas memperuntukkan sebahagian masanya untuk mula mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu Ini ker...
Boycott Mahkota By Election 1 Vote For Bn Is 1 Vote For Umno Akmal So Better Stays At Home And Rest

Boycott Mahkota By Election 1 Vote For Bn Is 1 Vote For Umno Akmal So Better Stays At Home And Rest

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 258 hits
Does anyone get a feeling the current Anwar administration despite less than 2 years old actually feels extremely familiar as if it has been six decades Yes it feels and smells like the previous ruling Barisan Nasional government is running...
Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 358 hits
MAHKOTA BY ELECTION Umno supreme council member Ahmad Maslan denied that party youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh was asked to stay away from the campaign over the halal certification issue He said the situation between Akmal and DAP s Tere...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan