Tony Pua Kata Melanjutkan Tol Menguntungkan Rakyat



Rakyat seluruh negara akan menerima manfaat bernilai melebihi RM26 bilion dengan penjimatan pampasan yang tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS Tony Pua, FMT
Najib Razak kini rajin memutar-belitkan isu lebuhraya bertol kerana apa yang Barisan Nasional gagal capai selama ini akan ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Nampaknya bekas perdana menteri Najib sudah pening dan hilang akal memikirkan bagaimana nak pertahankan dasar lebuh raya bertol kerajaan BN yang menganiayai rakyat.
Biar saya ingatkan beliau mengenai dasar lebuh raya PLUS bawah kerajaan BN:
(i) Pada 1999, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 sehingga 2030 dengan peningkatan kadar tol 26% setiap 3-5 tahun sehingga 2016.
(ii) Pada 2005, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sekali lagi selama 8 tahun dari 2030 sehingga 2038, di mana kadar tol akan meningkat 10% setiap 3 tahun.
(iii) Pada 2011, kadar tol lebuh raya PLUS distruktur semula supaya kadar tol meningkat 5% setiap 3 tahun, manakala semua konsesi lebuhraya lain bawah kumpulan PLUS iaitu, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Laluan Ke-2 Johor-Singapura (Linkedua) dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) – dilanjutkan sehingga 2038 dan juga dikenakan jadual kenaikan masing-masing.
Bawah kerajaan BN, walaupun konsesi dilanjutkan beberapa kali, tidak pernah sekali pun kadar tol menurun, malah kadar tol masih akan meningkat setiap 3 tahun mengikut perjanjian konsesi.
Walaupun pengguna PLUS ada kalanya tidak dikenakan kenaikan kadar tol, tetapi kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi mengikut perjanjian yang dirunding oleh BN. Pada zaman BN, pampasan melebihi RM3 bilion terpaksa dibayar oleh kerajaan kepada pihak konsesi untuk membekukan kadar tol.
Sebaliknya, dengan penstrukturan yang baru daripada kerajaan PH, rakyat akan menikmati pengurangan tol untuk kali pertama dalam sejarah lebuh raya PLUS, iaitu diskaun 18% daripada kadar semasa.
Tambahan lagi, kadar ini tidak akan lagi meningkat mengikut perjanjian sehingga tamatnya konsesi, tak seperti semasa zaman BN di mana kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya 5% setiap 3 tahun mengikut perjanjian konsesi.
Sebagai contoh, kadar tol bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar akan masih kekal pada RM45.50 pada 2038 berbanding dengan formula Najib iaitu RM82.00 pada tahun yang sama. Ini merupakan pengurangan sebesar 44.5%.
Dengan penstrukturan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan PH, kadar tol akan dibekukan sepanjang konsesi dengan diskaun 18% tanpa memerlukan 1 sen pampasan pun daripada pihak kerajaan.
Ini bermaksud pampasan sebanyak RM26 bilion dapat dijimatkan oleh kerajaan PH sepanjang konsesi berbanding dengan kadar tol zaman Najib. Jumlah yang besar ini akan diperuntukkan kepada rakyat serata Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak dalam bentuk kebajikan dan pembangunan ekonomi, dan bukannya kepada syarikat lebuh raya bertol.
Malah, pemansuhan kutipan tol di 3 plaza tol PLUS mulai 2018 yang sering diungkit oleh bekas perdana menteri sebagai “pencapaian” beliau pula mengikat kerajaan dengan bayaran pampasan sebanyak RM856 juta yang masih terhutang kepada PLUS.
Nasib baik dengan pelan yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini, “hutang” ini daripada kerajaan kepada PLUS akan dilupuskan dan tidak perlu lagi dibayar. Ini secara langsung membolehkan kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan semula jumlah ini kepada lain-lain perbelanjaan yang lebih memanfaatkan rakyat seluruh Malaysia.
Secara jelas, Najib gagal menunaikan janji manifesto BN pada 2013 untuk mengurangkan kadar tol. Saya ingin memperingatkan beliau BN menaikkan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya lain pada 2015.
Sekarang Najib pening dan gelisah kerana kerajaan PH berjaya mencapai “triple win” di mana:
(i) Pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun tol sebanyak 18% dengan tiadanya peningkatan kadar tol selama-lamanya;
(ii) Rakyat seluruh negara akan menerima manfaat bernilai melebihi RM26 bilion dengan penjimatan pampasan yang tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS;
(iii) manakala pada masa yang sama, hak dan kepentingan pemegang saham syarikat PLUS – Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – tidak terjejas.
Ini bermaksud nilai aset PLUS tidak akan merosot dalam penstrukturan ini, dan bayaran dividen dari KWSP kepada pekerja tidak akan terjejas.
Tony Pua adalah setiausaha politik kepada menteri kewangan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/22/tony-pua-kata-mengkekalkan-tol-menguntungkan-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Gagal Ph Berjaya Turunkan Kadar Tol 18 Tony Pua

Bn Gagal Ph Berjaya Turunkan Kadar Tol 18 Tony Pua

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 331 hits
The ReporterPenstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan sekali gus mewujudkan penjimatan RM26 bilion yang bol...
Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 171 hits
Najib Razak membalas kritikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua berhubung isu pengurangan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan mempersoalkan apakah manifesto Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol atau melanjutkan tempoh konsesi Najib ...
Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 357 hits
Pada 2017 PLUS dilaporkan berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011 kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038 PETALING JAYA Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malays...
Diskaun 18 Tol Jimat Berbilion Ringgit Wang Rakyat

Diskaun 18 Tol Jimat Berbilion Ringgit Wang Rakyat

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 180 hits
ULASAN Penstrukturan semula konsesi PLUS Malaysia Berhad yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai dua kesan positif jangka panjang yang penting untuk rakyat Malaysia dan negara Usaha ini secara anggaran kasar akan memula...
Guan Eng Najib Perlu Berhenti Tipu Rakyat Isu Tol

Guan Eng Najib Perlu Berhenti Tipu Rakyat Isu Tol

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 230 hits
Diterbitkan Hari ini 4 38 petangBERITAMenteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Najib Razak untuk berhenti menipu rakyat dengan membandingkan keadaan konsesi tol di bawah BN dan PH Najib dalam kenyataan di Facebooknya seb...
Mujahid Kata Pantang Dicabar Kenapa Takut Rakyat Mahu Debat Bukan Profail Diri

Mujahid Kata Pantang Dicabar Kenapa Takut Rakyat Mahu Debat Bukan Profail Diri

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 201 hits
Dicabar tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak berani sedangkan itu janji manifesto Pakatan Harapan kononnya untuk siasat penyelewengan Tabung Haji bidas Ahli Kerja Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Bahkan katanya dicabar o...
Eksklusif Rebut Kuasa Boleh Hakis Kepercayaan Rakyat Kata Saifuddin

Eksklusif Rebut Kuasa Boleh Hakis Kepercayaan Rakyat Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 255 hits
WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan pandangan beliau apabila disoal wartawan Sinar Harian berkenaan tentangan beberapa pihak dalam PKR sendiri...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats